Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Nama saya Shahrin Ahmad. Minat saya di dalam bidang Astronomy bermula sejak tahun 1984 lagi. Kebanyakkan rakan-rakan menggelarkan saya sebagai seorang ahli astronomi amatur. Bergiat aktif di dalam program kesedaran astronomi menerusi sesi ceramah dan pencerapan awam. Portfolio penglibatan saya di dalam aktiviti astronomi boleh dilihat di SINI.
Saya juga merupakan pemilik portal astronomi Falak Online, yang juga merupakan medium utama saya menyampaikan segala bentuk berita, informasi dan pendapat di dalam ilmu yang serba hebat dan menakjubkan ini.
Selain itu, saya juga merupakan seorang peminat teknologi perisian. Ini adalah kerana latar belakang pendidikan saya ialah Sains Komputer.
Saya memililki sebuah balai cerap persendirian di Sri Damansara, yang diberi nama ShahGazer Observatory atau SGO, bersempena menggunakan nama pena atau gelaran saya di alam maya. Dari sini, saya banyak melakukan cerapan terutama di dalam bentuk astrofotografi menggunakan peralatan astronomi yang biasa-biasa je. Galeri Astrofoto saya boleh di lihat di SINI.
Alhamdulillah saya diberi peluang untuk ditemuramah oleh akhbar dan televisyen. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak media. Di antara salinan keratan akhbar dan video boleh dilihat di SINI.
Saya juga terlibat di dalam beberapa projek pembangunan perisian astronomi, integrasi sistem balai cerap, subject matter expert serta kadangkala membekal peralatan astronomi. Equatorial Sky Innovations merupakan syarikat yang saya kendalikan di dalam usaha meningkatkan kemampuan dan pencapaian teknologi astronomi di Malaysia.
Disebabkan minat saya di dalam astronomi lebih menjurus kepada fenomena-fenomena samawi yang berlaku malam dan siang, saya membangunkan sebuah sub division kepada Falak Online, yang fokus hanya kepada penyampaian informasi terkini kejadian dan fenomena astronomi, iaitu mySKY - Almanak Astronomi.
Untuk hubungi saya, boleh emel saya terlebih dahulu di shahgazer at gmail dot com (tukar 'at' dan 'dot' kepada yang berkaitan), atau boleh hubungi di Google+, Facebook Page Falak Online atau Twitter Falak Online. Jika ada yang menelepon saya tetapi tak diangkat, harap boleh sms terlebih dahulu, InsyaAllah saya akan menghubungi kembali.