mySKY diwujudkan bagi memberi informasi percuma kepada peminat Astronomi dan Falak di Malaysia dan nusantara. Kompilasi maklumat mySKY kebanyakkannya spesifik kepada lokasi di rantau ini. Maka, beberapa kiraan dan penyesuaian waktu telah dibuat. Ini memerlukan banyak tenaga dan waktu untuk mengumpulnya. Oleh itu, saya amat berbesar hati jika para pengunjung yang ingin menggunakan maklumat di sini mengikut syarat-syarat mudah berikut:
1. Jika anda ingin mengambil sebarang informasi dari mySKY untuk disebarkan kepada rakan-rakan di laman web sendiri, facebook, twitter, google+ dan seumpamanya, sila letakkan dari mana sumber tersebut diambil (Falak Online - mySKY) dan letakkan link www.falak-online.net/almanak kembali ke laman web ini.
2. Anda dibenarkan menyebarkan sebarang informasi di sini secara percuma, tetapi saya tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kerosakan, kehilangan dan seumpamanya disebabkan maklumat dari mySKY.
3. Anda boleh buat cetakan kalendar maklumat mySKY untuk kegunaan sendiri tetapi adalah dilarang menjualnya di dalam sebarang bentuk komersial, melainkan mendapat kebenaran daripada saya terlebih dahulu.
4. Anda dilarang memplagiat maklumat di sini dan menyatakan ia dari anda sendiri. Saya tak akan redha jika ada yang berbuat demikian samada terang-terangan atau sembunyi-sembunyi. Tetapi saya galakkan perkongsian maklumat dengan cara yang betul dan tulus (sila lihat item 1).
Terima kasih atas kerjasama semua.