|
shahgazer
|
 |
« pada: October 12, 2010, 07:39:15 AM » |
|
Assalamualaikum
Perubahan cuaca yang dialami sekarang agak mendadak. Boleh dikatakan jumlah hari kurang dari seminggu sahaja yang boleh dikatakan agak sesuai untuk mencerap sepanjang Ramadhan dan Syawal lepas!
Itu di Kuala Lumpur, tak pasti pula di bandar lain. Dengar khabar di Johor langit ok sepanjang Aidilfitri.
Mungkin ada hikmahnya. Waktu yang tak menentu membolehkah adik-adik yang akan menduduki UPRS dan PMR haritu, fokus dulu dengan ulangkaji. Bagi yang dewasa fokus kepada tugasan lain.
Semua ini membuat saya berfikir akan kaitan cuaca dengan aktiviti pencerapan oleh kita, ahli amatur astronomi di Malaysia. Formasi perubahan awan dengan cuaca baik masih menjadi satu misteri buat saya sendiri. Maklumlah, selama ini tidak pernah ada usaha untuk mencuba mempelajari secara terperinci.
Namun, ia menjadi semakin penting, lebih-lebih lagi untuk kita mengambil peluang waktu singkat mencerap atau window of opportunity, untuk melakukan apa yang diidamkan selama ini.
Usaha saya untuk mendapat maklumat cuaca terkini bagi tempat-tempat terpilih di Malaysia menemu jalan berliku. Paling mengecewakan ialah data yang sikit itu terpaksa dibayar untuk mendapatinya!
Mengapa perlu disusahkan untuk mendapat maklumat-maklumat ini? Bukankah kita semua duduk di bawah langit yang sama?
Kepayahan memperolehi maklumat ini menjurus kepada sehingga terpaksa menggunakan kaedah 'kurang saintifk' iaitu menelepon rakan-rakan yang berada di lokasi yang hendak dicerap itu dan bertanya keadaan cuaca ketika itu.
Maklumat yang ada di laman web pun kadangkala tidak membantu dari segi memberi maklumat yang berguna dan boleh digunapakai.
Agak menghairankan kerana, jika kita bertanya dengan masyarakat seperti nelayan dan petani, mereka amat peka dengan perubahan cuaca di langit sehingga boleh membuat ramalani yang jauh lebih tepat berbanding info yang terpaksa digali di laman web sekarang.
Mungkin sudah sampai waktunya kita, sebagai ahli astronomi amatur yang cintakan langit, mula menimba cabangan ilmu yang baru, iaitu ramalan cuaca, dengan menggunakan kaedah tradisional yang dipakai oleh masyarakat lama, untuk mencari satu saat peluang keemasan bagi membolehkah kita menjenguk keluar ke angkasaraya yang serba luas dan yang tidak jemu-jemu menanti kita.
|
|
|
|
|
Logged
|
-Shah- Owner & Founder of Falak Online Personal twitter : twitter.com/shahgazer Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline
*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
|
|
|
|
ahpeace
|
 |
« Reply #1 pada: October 12, 2010, 08:23:47 AM » |
|
Agak menghairankan kerana, jika kita bertanya dengan masyarakat seperti nelayan dan petani, mereka amat peka dengan perubahan cuaca di langit sehingga boleh membuat ramalani yang jauh lebih tepat berbanding info yang terpaksa digali di laman web sekarang. teringat kisah sy ketika sedang minum di kuala perlis hari ketika itu agak windy, awan kelam tidak kelihatan berdekatan tauke kedai yg juga seorg nelayan menyuruh kami masuk & minum di dlm kedai katanya hujan akan turun dlm masa 5 minit, kami semua kehairanan tp menurut shj tp bak kata shahgazer, mereka ini mmg pakar, x smpai 5 minit hujan lebat pon turun tauke kedai tu dgn selamba berkata "kami dh biase, kt laut penting bace cuaca ni" respek! p/s: sorry kerana ini agak off topic, cerita ni hanya utk menyokong pernyataan shagazer shj
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
shahgazer
|
 |
« Reply #2 pada: October 12, 2010, 09:23:10 AM » |
|
Menarik ni. Pengalaman seperti inilah yang patut kita mendalami lebih terperinci. Mungkin satu hari, ada ahli FO yang ada contact dengan sedara mara yang kerja nelayan, boleh kita buat sesi borak santai dengan mereka, untuk penuh- penuhkan dada kita dengan kepelbagaian ilmu ... Tak gitu? 
|
|
|
|
|
Logged
|
-Shah- Owner & Founder of Falak Online Personal twitter : twitter.com/shahgazer Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline
*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
|
|
|
|
universe24
|
 |
« Reply #3 pada: October 12, 2010, 03:25:49 PM » |
|
Sebenarnya I tak berapa percaya bahawa seseorang itu boleh ramalkan cuaca dengan tepat. Seseorang individu boleh ramalkan masa hujan tak hujan dengan tepat, tetapi tidak boleh meramalkan berawan atau tak berawan. Kerana tak hujan tak bererti tak berawan. Kebanyakan orang menyatakan cuaca baik sekiranya tak berhujan, tetapi bukan tak berawan. Oleh itu, kalau kita cakap pasal awan, itu suatu perkara yang amat sukar diramalkan.
Walaupun begitu, kami masih boleh anggarkan bila masa langit akan tidak berawan dalam peratusan. Sebagai contoh, cuaca di Langkawi ni baik bermula dari Dis ke Feb. I dah pergi ke Langkawi utk cerapan sebanyak 3 tahun dan setiap kali bulan Dis ke Feb pun boleh dapat cuaca yg tak berawan lebih kerap berbanding dgn bulan lain. Inilah yg kita boleh ramalkan.
|
|
|
|
|
Logged
|
To infinity, and beyond
|
|
|
|
ahpeace
|
 |
« Reply #4 pada: October 13, 2010, 07:17:26 AM » |
|
maksudnya buat ramalan awan lah? bukan ramal cuaca?
utk meramal cuaca bukankah awan itu adalah salah satu faktor penting yg diambil kira?
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
redzuan
|
 |
« Reply #5 pada: October 13, 2010, 10:22:51 AM » |
|
Saya sokong pendapat Mr Universe. Sukar untuk mendapatkan ramalan awan di Malaysia. Saya sendiri pun pernah bertemu dengan Pengarah jabatan Meteorologi dan juga menyatakan keperluan kita untuk mengetahui lebih daripada ramalan hujan yang mereka ada. Setakat ini, mereka lebih tertumpu kepada kajian awan yang hanya mampu membawa hujan dan tidak lebih dari itu. Mereka agak kurang yakin apabila saya mencadangkan satu research diadakan dalam bidang baru untuk meramal keadaan awan bergantung kepada faktor seperti angin dan juga keadaan laut (suhu dan arus).
Apa yang saya lakukan apabila berpeluang untuk mencari masa untuk membuat cerapan, saya perhatikan keadaan cuaca Semenanjung selama seminggu dan melihat pergerakan awan dari gambar-gambar satelit yang ada disediakan oleh JMM di website mereka yang lama. Gambar2 yang dikumpul kemudian disusun mengikut masa dan dimainkan secara berterusan untuk melihat pergerakan awan. Dari situ, saya boleh mengagak dengan lebih tepat keadaan cuaca di satu2 tempat berbanding membuat panggilan telefon kepada mereka. Mahu atau tidak, mmg kene belajar untuk ramal sendiri.
Dan saya turut mencadangkan cara saya kepada semua untuk permulaan belajar meramal pergerakan awan secara kecil2an. Dan saya juga mencadangkan agar tidak mempercayai 100% ramalan yang dikeluarkan oleh pihak lain.
|
|
|
|
|
Logged
|
Astronomers believe that space is not a complete vacuum- there are three atoms per cubic meter...
|
|
|
|
mymoon
|
 |
« Reply #6 pada: October 13, 2010, 01:35:01 PM » |
|
I for one don't believe in spending public money and resources that benefit only a few. Specific help yes but it is up to the special interest group members to organise themselves for their own benefit. First of all we must know what we want; possibly an up-to-date meteorological forecasts in order to provide us with information to plan the night sky observation activities. The amateur astronomers ask the Canada Weatheroffice (meteorological station)for data for Cloud forecast Seeing forecast Sky transparency forecast Weather forecast near the ground and one amateur astronomer working as computer programmer wrote a wrote a script to generate the images like the one below which summarises the above forecast images.  It's the amateur astronomer's forecast. At a glance, it shows when it will be cloudy or clear for up to the next two days. It's a prediction of when Pensacola, FL, will have good weather for astronomical observing. ORwe can participate in something like this but this like putting the cart before the horsewe must make known and accepted by the public our existence first ie there is such an animal in Malaysia as the AMATEUR ASTRONOMER. At the moment we hide behind the skirt of ANGKASA, UIA, UPSI, UM, USM, the state PEJABAT MUFTI ad naseum. my 2 sen.
|
|
|
|
|
Logged
|
Astronomy is looking up!....... Member of self funded astronomy group!
|
|
|
|
redzuan
|
 |
« Reply #7 pada: October 13, 2010, 02:24:31 PM » |
|
we must make known and accepted by the public our existence first ie there is such an animal in Malaysia as the AMATEUR ASTRONOMER.
At the moment we hide behind the skirt of ANGKASA, UIA, UPSI, UM, USM, the state PEJABAT MUFTI ad naseum.
How very true... Kita seolah2 mempunyai hobi dan minat tetapi terlalu continuously memerlukan support org lain (dependent on others for our own 'pleasure') hence the skirt... Maybe we need more structure and a leader (representative) for start. But will this be enough to trigger the interest untuk other to explore this new frontier (cloud forecasting)?
|
|
|
|
|
Logged
|
Astronomers believe that space is not a complete vacuum- there are three atoms per cubic meter...
|
|
|
|
mymoon
|
 |
« Reply #8 pada: October 13, 2010, 03:01:28 PM » |
|
...........
But will this be enough to trigger the interest untuk other to explore this new frontier (cloud forecasting)?
berdikari lah. Amatur Astronomi cerdik pandai boleh dapat maklumat dari pihak Jabatan Kaji Cuaca dan ubah suai untuk kegunaan mereka. sebabnya raw maklumat sudah ada. cuma untuk di uli jadikan cloud forecast saje. silat lihat website ini dan bandingkan dengan website ini pada pendapat saya banyak elemen sama; perbezaan pada presentation dan focus saje. untuk kegunaan berbeza.  cheers
|
|
|
|
« Last Edit: October 13, 2010, 03:12:06 PM oleh mymoon »
|
Logged
|
Astronomy is looking up!....... Member of self funded astronomy group!
|
|
|
|
universe24
|
 |
« Reply #9 pada: October 13, 2010, 07:25:48 PM » |
|
Sebenarnya, cuaca di kawasan yang dipanggil "rain forest" ni, memang sukar diramalkan. Saat ni langit tidak berawan, saat seterusnya awan akan muncul. Oleh itu, tidak ada satu ramalan cuaca boleh bagi tau kita bila baik dan sebaliknya.
Di Kepong hujan, tapi di KLCC boleh ada langit yg tak berawan... Ramalan cuaca secara statistik (merangkumi data cuaca beberapa tahu) adalah lebih tepat berbanding dgn ramalan semasa.
Apa yang kita boleh buat adalah komit pada hobi kita. Sekiranya ada masa saja, pergilah tempat yang jauh dari pencemaran udara dan tunggu cuaca baik. I dan seorang kawan telah berusaha utk pergi ke Fraser's Hill atau KKB pada setiap bulan sekali. Kalau cuaca tak baik, anggaplah pergi berehat... Selain itu, cuba tetapkan rancangan cerapan pada setiap tahun. Macam I dan sekumpulan kawan setiap tahun pun pergi Gem Island untuk buat astrophotography. I sendiri pula setiap tahun pun pergi Mt. Kinabalu utk astrophotography juga.
Ini lebih cost effective and savetime.
|
|
|
|
|
Logged
|
To infinity, and beyond
|
|
|
|
IZgazer
|
 |
« Reply #10 pada: October 13, 2010, 09:05:01 PM » |
|
Assalamualaikum.....
Dari pendapat saya, meramal cuaca adalah salah satu skill yang boleh dipelajari. Kalau x silap saya, pelatih pesawat komersil ada mempelajari bagaimana untuk meramal cuaca. Mungkin ia tidak setepat mesin pengukur yang ada diluar sana, tapi semestinya skill tersebut dapat membantu sedikit sebanyak.
Know your climate, know your seasons, know the type of cloud and notice where the wind blows.
|
|
|
|
|
Logged
|
*Dalam Perbandingan Wujud Penghinaan*
|
|
|
|
mymoon
|
 |
« Reply #11 pada: October 13, 2010, 10:15:14 PM » |
|
..............
Apa yang kita boleh buat adalah komit pada hobi kita. Sekiranya ada masa saja, pergilah tempat yang jauh dari pencemaran udara dan tunggu cuaca baik. I dan seorang kawan telah berusaha utk pergi ke Fraser's Hill atau KKB pada setiap bulan sekali. Kalau cuaca tak baik, anggaplah pergi berehat... Selain itu, cuba tetapkan rancangan cerapan pada setiap tahun. Macam I dan sekumpulan kawan setiap tahun pun pergi Gem Island untuk buat astrophotography. I sendiri pula setiap tahun pun pergi Mt. Kinabalu utk astrophotography juga.
Ini lebih cost effective and savetime.
14 kali cubaan dalam setahun. emphasis dan berusaha pada tempat yang betul. no mucking around. tanda berjaya. boleh ikut sama.  cheers
|
|
|
|
« Last Edit: October 13, 2010, 10:19:45 PM oleh mymoon »
|
Logged
|
Astronomy is looking up!....... Member of self funded astronomy group!
|
|
|
|