May 22, 2012, 12:47:00 AM
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Bulan mengandungi perak  (Read 467 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
penangazer
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 192


Email
« pada: October 23, 2010, 08:52:43 AM »

WASHINGTON - Permukaan bulan bukan sahaja mengandungi air tetapi kaya dengan pelbagai elemen termasuk perak dan karbon dioksida (CO2), kata beberapa ahli astronomi kelmarin.

Penemuan itu yang akan disiarkan dalam jurnal Science adalah berdasarkan analisis data daripada Satelit Pengesanan Dan Pemerhatian Kawah Bulan (LCROSS) yang terhempas di bulan pada tahun lalu.

Satelit LCROSS itu sengaja dihempaskan ke kawah Cabeus yang menghasilkan debu setinggi 10 kilometer di bulan dalam satu eksperimen bagi mengumpul maklumat mengenai ais yang dipercayai tersembunyi di bawah permukaan kawah bulan.

Saintis-saintis semalam menyatakan, mereka turut menemui hidrokarbon ringan, sulfur dan CO2 dalam debu yang terhasil selepas satelit itu terhempas.

Komponen-komponen debu berkenaan dianalisis oleh sebuah kapal angkasa lain dikenali sebagai Pengorbit Peninjau Bulan (LRO) yang mengekori LCROSS untuk mengumpul data.

Menurut saintis, terdapat kuantiti kristal ais di bulan yang mencukupi untuk digunakan sebagai air minuman atau bahan bakar oleh manusia.

Selain kristal ais, saintis-saintis turut menemui banyak logam ringan dalam debu-debu itu termasuk perak, sodium dan raksa. - Dpa

Logged

Astronomy for all
mymoon
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 1265


Wish list comes true


Email
« Reply #1 pada: November 03, 2010, 06:32:37 PM »

memang bulan mengadungi logam



colour enhanced menunjukan logam2 yang ada



dari chemistry dulu-dulu

1. hijau- copper

2. rust- iron

3. dark yellow -silver?

4. dll

untuk contoh seterusnya sila klik disini dan tekan Navigate.

cheers





Logged

Astronomy is looking up!.......
Member of self funded astronomy group!
IZgazer
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 133


*In God We Trust*

wdzulfiqar
Email
« Reply #2 pada: November 04, 2010, 03:24:47 PM »

Assalamualaikum... grin

Quote
terdapat kuantiti kristal ais di bulan yang mencukupi untuk digunakan sebagai air minuman atau bahan bakar oleh manusia.

Bahan bakar, macam mana tu? Betulkah ia boleh dijadikan bahan bakar, atau sekadar sokongan kepada bahan bakar? huh
Logged

*Dalam Perbandingan Wujud Penghinaan*
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.098 seconds with 20 queries.