May 22, 2012, 12:52:47 AM
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Outreach and Astro Talk Show  (Read 573 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
mymoon
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 1265


Wish list comes true


Email
« pada: October 27, 2010, 01:19:10 PM »


Minta Suadara Shah beri komen tentang artikel ini

Beliau aktif dalam bidang ini. Hujan dan ribut tak jadi halangan.  grin

Baik juga  ahli FO untuk bacaan umum dan renungan.

cheers
Logged

Astronomy is looking up!.......
Member of self funded astronomy group!
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« Reply #1 pada: October 27, 2010, 05:17:26 PM »

Assalamualaikum,

Suatu masa dulu, sebenarnya sekarang pun ada jugak terdengar ayat-ayat seperti

"Buat stargazing depan surau ni, nampak ke? Banyak lampu"

"Guna Dobsonian tak bagus, orang tolak senang gerak, baik pasang GoTo"

"Kita boleh buat live viewing... guna live view, ramai-ramai boleh tengok.. tak perlu mallincam"   evil
 

grin

Ok, ok. secara kasarnya saya boleh kumpulkan aktiviti mencerap ini kepada 4

1. Mencerap/Stargazing untuk program outreach , contoh orang ramai, umum
2. Stargazing/visual untuk peminat astronomi yang ada teleskop sendiri, atau tak de tapi nak join sekali
3. Stargazing/visual untuk peminat yang ada alat sendiri dan mampu explore sendiri atau dengan bantuan yang minimum
4. Astrophotography activity.

Adalah mustahil untuk melakukan kesemua tu dalam satu program yang sama.

Kerana audience yang ditujukan itu mempunyai pelbagai persepsi dan harapan.

Kita kena pandai tengok target orang yang datang, atau tengok jenis aktiviti/program yang sedang berjalan.

Contoh, selalu dalam seminar/konvensyen astronomi, akan ada satu malam untuk stargazing awam. Ketika itu, yang datang tu dari tua ke muda, yang minat, yang dah tahu, yang saja-saja datang, yang baru nak belajar...

Oleh itu, saya tak suka buat kerja-kerja imaging/astrophotography masa tu, pasal yang akan datang mengerumun sekeliling kita tu, 1001 soalan akan ditanya. Dah lah tu, masa tu juga kita nak buat alignment, masa tu jugak nak set GoTo, set wire ke kamera, reboot windows, etc etc.

tak ke serabut tu!? Memang la nampak canggih penuh wayar kiri kanan, tapi akhir sekali, gambar pun tak dapat, ilmu di dada pun tak sempat nak sebarkan ke orang ramai.

Saya lebih gemar pacak Dobsonian masa tu. senang pasang. Kita pun tak letih angkut batu 10 kilo! Lebih rileks. Cuma yang kekurangannya ialah tak de tracking. Tapi itu masalah kecik je.

Masa tu juga, tak perlu nak cerita CCD chip size, signal-noise ratio, guidescope

Bagaimana pula dengan aktiviti yang betul-betul kita akan menerokai objek Messier, NGC,  IC yang diidamkan tu?. Pasti yang tu perlu konsentrasi yang tinggi. Maka waktu tu, tak sesuai lah nak buka aktiviti tu kepada umum. Lebih sesuai untuk mereka yang betul-betul minat. Malah, kalau ada yang minat tapi tak ada peralatan, pun kadang-kadang boleh mengganggu perancangan kita nak buat star-hopping ke kawasan yang belum pernah diterokai.

Lebih cantik jika masa tu, masing-masing cuba cari objek, lepas tu bila dah dapat, baru kongsi dengan rakan-rakan lain untuk tengok.

Astrophotography? Jangan sesekali buat masa aktiviti umum. Tak praktikal langsung. Bayangkan je lah dengan setting yang kena buat, nak target lagi, tracking mount ok ke tak etc etc, mana ada masa nak "bersosial" dengan orang lain. Itu lebih kepada aktiviti lone-ranger.

Kita pasti tak mahu buat star trail selama 60 minit, tiba-tiba bila masuk minit ke 59 ada pulak orang yang tertendang tripod!

Tapi yang pasti, saya rasa satu kepuasan apabila dapat menceritakan kisah-kisah angkasalepas ni kepada orang ramai, terutama pelajar, dan melihat mata mereka terbeliak apabila saya sebut "1 hari di Venus lebih lama dari 1 tahunnya" . Dan juga melihat mereka bertanya soalan ketika sesi soal-jawab. Setiap soalan yang ditanya itu menunjukkan bahawa mereka benar-benar ingin tahu dan belajar.

Bagaimana dengan objek? Seperti mana selalu saya beritahu kepada organizer aktiviti, carilah waktu malam yang ada BULAN. Kerana 99% akan minta nak tengok bulan (setuju dengan Pakcik Rod Mollise kata tu). Planet? Yang pertama paling best nak tunjuk ialah Zuhal, kedua Musytari. Tapi pastikan zoom sedekat yang boleh. Orang biasa tidak akan dapat appreciate objek yang kecik cinonit dalam eyepiece tu, seperti kita-kita yang dah tahu apa yg bakal dilihat.

Marikh? Tak payah tunjuk!

Bintang? Cari yang terang-benderang, seperti Sirius, Canopus. Alpha Centauri pun best nak tunjuk pasal ia bintang kembar yang mudah dilihat dalam teleskop.

Nebula? Kalau kita buat aktiviti tengah bandar,  jangan nak cuba tunjuk Nebula, kerana tak akan menarik perhatian sesiapa pun (melainkan guna Mallincam). Malah, waktu yang paling best saya pernah lihat Nebula , dalam kes ni Orion Nebula ialah masa di Gopeng tahun lepas, masa cerap Geminids... guna Dob 10 inci.. , siap nampak curvature awan nebula tu sekali... tak percaya cuba tanya Din Perak..  grin

Kenapa saya suka sangat sebut Mallincam? Bagi saya, Mallincam sudah menjadi satu tool yang amat-amat berguna untuk program outreach, terutama apabila nak display ke skrin besar. Bukan sahaja Bulan dan planet nampak besar, tetapi segala Deep-Sky boleh ditunjukkan, walaupun dalam lokasi yang lampu agak banyak.

Percayalah, jangan perlekeh kemampuan Mallincam. Di US dan Canada , ia sudah menjadi top product malah video streaming pun sudah berjaya di buat.

Dan jangan compare Mallincam dengan CCD. Kedua-dua tu adalah berbeza fungsi dan targetnya. Image Malincam tidaklah se-detail dan crisp dengan CCD. Tetapi kekurangan itu telah berjaya di-cover dengan waktu imaging yang amat-amat singkat dan boleh tengok Live direct ke TV, tak perlu nak capture dulu, masuk software, stack, pastu display... banyak pulak kerja camtu.

Pernah ke tengok orang guna CCD untuk program outreach?  rolleyes

Semua ini sebenarnya satu hikmah keindahan mempelajari dan menerokai alam semesta. Tidak ada satu equipment yang boleh tunjuk semua, Tidak ada satu aktiviti yang boleh memuaskan hati semua.

Disebabkan itu, apa salahnya kita buat pengkhususan. Malam ni katalah ada program outreach, bawa Dob je. EQ6 100kilo tu tinggal kat rumah. Minggu depan, nak kejar komet hartley di lokasi yang belum pasti, bawak je DSLR. CCD tinggal rumah pasal leceh nak setup.. sejam tu pun belum pasti dapat perfect. Awan lagi.... Minggu lusa ada masa sikit, tengok meteor.. yang tu tak perlu bawa teleksop, bawak tikar, air kopi, sleeping beg. Nak up sikit, bawak DSLR mana tau dapat tangkar sekor dua meteor!

No stress and enjoy stargazing.

disclaimer.. ada pasti yang tanya, kenapa saya sekarang angkut EQ6, 120ED sana sini untuk outreach. ada 2 jawapan..

1. Alang-alang belum di-permanent-kan equipment tu, baik juga utilize kat luar.
2. Dobsonian tengah uzur sangat. Kena buat face-lift sikit. Telrad pun dah kelabu... susah nak pointing. Laser pointer pulak hilang!!  cry cry

So, begitulah sedikit komen dari saya..
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
redzuan
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 851


Email
« Reply #2 pada: October 27, 2010, 07:06:32 PM »


disclaimer.. ada pasti yang tanya, kenapa saya sekarang angkut EQ6, 120ED sana sini untuk outreach. ada 2 jawapan..


Siap kasi disclaimer siap2 tu... Haha~. Bila nak try satu 80mm atas EZ3 punyer setup pula? lg mobile...
Logged

Astronomers believe that space is not a complete vacuum- there are three atoms per cubic meter...
mymoon
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 1265


Wish list comes true


Email
« Reply #3 pada: October 27, 2010, 11:09:51 PM »

 
TQ to Saudara Shah for sharing his thought on the matter. 4 aktiviti yang berasingan tapi tak semestinya di lain malam.

Biasanya  aktiviti bermula dengan satu jam multimedia presentation selepas isyak dan di ikuti jika cuaca elok dengan public observation sahingga jam 12 malam.

selepas selesai itu nak buat star trails ke, nak ambil gambar buruj ke, nak tanya Shah tentang star hopping ke boleh jika langit sesuai.

Saya masih ingat lagi di FO Star Party di Pantai Mek Mas 2009 ada orang sibuk dengan ambil startrails semasa public observation.

sayang startrail nya penuh dengan cahaya hijau dari green laser pointers  grin

saya setuju EQ mount dan outreach tak sesuai. Tapi bila 1000 peminat datang apa nak buat. kata lah 20 saat seorang meneropong , apa2 teliscope yang ada di pasang lah.

DOB teliscope sangat sesuai untuk outreach. Disebab kan putaran bumi  ia nya perlu sentiasa di tolak.  Jadi a tracking mount (dengan goto )amat sesuai untuk kanak -kanak dan orang tua untuk lihat bulan dan planet. Masaalah nya kena guna kuasa letrik.

Sekarang dengan ada nya Netbook dan iPad maklumat tentang planet dan buruj dan stars serta lain2 objek boleh di petik dengan sera merta.



untuk Geminids 2010 ada apa2 lagi pesanan untuk pengetahuan ahli baru FO yang belum pernah tengok meteor shower atau hadhir ke Star Party.

Saudara Shah dah sentuh cara yang paling sesuai ialah tidur atas tikar (bawa bantal) pandang keatas dan lihat dengan mata kasar. kalau berpadukan Fluxtimator waktu yang paling baik ialah dari jam 1 pagi hingga subuh. Jangan terlena sudah lah.

mungkin sebelum tu FO adakan sadikit intro langit malam. Kalau bawa kamera jangan lupa bawa tripod dan remote shutter release boleh ditunjuk cara ambil startrails dll. taada tripod tak apa  guna bonnet kereta pun boleh; cuma susah untuk framing saje

silakan.....




Logged

Astronomy is looking up!.......
Member of self funded astronomy group!
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« Reply #4 pada: October 29, 2010, 10:52:12 AM »


untuk Geminids 2010 ada apa2 lagi pesanan untuk pengetahuan ahli baru FO yang belum pernah tengok meteor shower atau hadhir ke Star Party.

Saudara Shah dah sentuh cara yang paling sesuai ialah tidur atas tikar (bawa bantal) pandang keatas dan lihat dengan mata kasar. kalau berpadukan Fluxtimator waktu yang paling baik ialah dari jam 1 pagi hingga subuh. Jangan terlena sudah lah.


Saya ada tulis artikel ringkas berkenaan aktiviti melihat meteor. sila KLIK DI SINI

Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
CepiauCtambaguzChluub
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 134


cepiauctambaguz
WWW Email
« Reply #5 pada: October 31, 2010, 09:41:22 PM »

Assalamualaikum,

Quote
Oleh itu, saya tak suka buat kerja-kerja imaging/astrophotography masa tu, pasal yang akan datang mengerumun sekeliling kita tu, 1001 soalan akan ditanya. Dah lah tu, masa tu juga kita nak buat alignment, masa tu jugak nak set GoTo, set wire ke kamera, reboot windows, etc etc.

tak ke serabut tu!? Memang la nampak canggih penuh wayar kiri kanan, tapi akhir sekali, gambar pun tak dapat, ilmu di dada pun tak sempat nak sebarkan ke orang ramai.

Saya lebih gemar pacak Dobsonian masa tu. senang pasang. Kita pun tak letih angkut batu 10 kilo! Lebih rileks. Cuma yang kekurangannya ialah tak de tracking. Tapi itu masalah kecik je.

Masa tu juga, tak perlu nak cerita CCD chip size, signal-noise ratio, guidescope
[/b]  smiley

Salam, Saya setuju jugak dengan kenyataan saudara di atas. bab-bab 'Technical' ni, agak kurang sesuai atau langsung tak sesuai diselitkan dalam program tersebut. Pacak je 'Dobsonian, dan beri peluang saper nak guna 'What you see is what you get' ler (lebih jurang gitulah) , maaf jika statement ni tak sesuai, tapi lebih kurang gitulah. Apapun saya mengucapkan selamat naju dan berjaya.   wink
« Last Edit: October 31, 2010, 10:15:39 PM oleh shahgazer » Logged

Salam & Selamat Sejahtera dari Cepiau™ ,Ctambaguz™ & Chluub ™ ®

وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَ&#
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.09 seconds with 20 queries.