May 22, 2012, 12:54:03 AM
News: Portal Falak Online sedang menjalani proses pengubahsuaian dan penyelenggaran tahunan. Harap Maaf atas segala kesulitan yang mungkin berlaku
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Misi NASA hantar angkasawan ke Marikh  (Read 493 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
penangazer
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 192


Email
« pada: October 28, 2010, 03:37:29 PM »

SAN FRANCISCO - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) merancang satu misi berani untuk menghantar beberapa angkasawan dalam satu laluan sehala bagi membolehkan mereka tinggal di planet lain buat selama-lamanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Idea itu dikenali sebagai Kapal Angkasa Seratus Tahun bagi menghantar angkasawan menjajah planet lain.

Dalam misi itu, beberapa angkasawan bakal dihantar ke planet seperti Marikh dan mereka mengetahui tidak lagi akan pulang semula ke Bumi shocked.

Pengarah Pusat Penyelidikan Ames milik NASA, Pete Worden menyatakan bahawa pihaknya telah menerima pembiayaan sebanyak AS$1.58 juta (RM4.91 juta) untuk memulakan projek terbabit.

Pasukan penyelidik turut menerima wang tambahan sebanyak AS$100,000 (RM310,850) daripada NASA.

"Kami juga berharap dapat meminta beberapa orang bilionair untuk membentuk satu dana dikenali Kapal Angkasa Seratus Tahun.

"Program angkasa lepas sekarang sangat bermatlamat untuk membolehkan manusia tinggal di dunia lain," kata Worden.

Worden juga memberitahu, dia sudah berbincang mengenai kos penerbangan satu hala ke Marikh dengan pengasas bersama enjin carian Google, Larry Page.

Misi tersebut mungkin melibatkan kos AS$10 bilion (RM31 bilion). Dia menyatakan bahawa teknologi-teknologi baru seperti biologi sintetik dan pengubahsuaian genom manusia boleh diteroka dalam misi terbabit.

Worden mendakwa manusia boleh berada di bulan planet Marikh menjelang tahun 2030. - Agensi

Logged

Astronomy for all
me_ai
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 191


my Location

hahahha...sini+rupanya...
WWW
« Reply #1 pada: October 28, 2010, 07:42:41 PM »

misi yg menarik, byk yg perlu dipikirkan,

once migrate into space,
mkn minum, peralatan sokongan,
keperlua hidup,
kurang2 saiz kapal pun agak besar utk support semua keperluan,

beberapa tahun dulu ada bberapa study yg dah dibuat oleh beberapa org
utk dev space ship. pelbagai jenis enjin yg sesuai utk konsep sapce shi p ni juga di sebut. antaranya plama enjin..
even syarikat virgin airline involve dlm dev projek camni,
dev space ship

bila org msia mau join semua ni...
Logged

i will reach the sky
redzuan
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 851


Email
« Reply #2 pada: October 28, 2010, 09:02:31 PM »

tajuk menjajah tu. Nanti jadi mcm org US dgn UK. asal usul sama kat area Eropah, tapi bila dah hijrah, diorang wujudkan negara sendiri.

Kalau penaklukan mcm ni berlaku, tak mustahil in the future kita akan hadapi masalah yang sama dan mungkin lebih rumit.

Org Malaysia ada yang mula berjinak2 dgn area space tourism ni, cubaan utk joint venture dgn other parties but yet to see the product.
Logged

Astronomers believe that space is not a complete vacuum- there are three atoms per cubic meter...
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.108 seconds with 19 queries.