May 22, 2012, 01:01:36 AM
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Catatan Transit Venus bersama kumpulan AIG Putra (8 Jun 04)  (Read 1344 times)
0 Members and 3 Guests are viewing this topic.
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« pada: September 04, 2004, 03:57:57 PM »

CATATAN DI FALAK-NET

Setelah hampir 48 jam transit Zuhrah berakhir, akhirnya dapat juga meluangkan masa menulis pengalaman mencerap transit di UPM.

Sekitar jam 9.30 pagi, saya sampai di UPM dan terus berjumpa dgn Dr.Zaidan. Kemudian kami mengambil keputusan untuk memunggah barang-barang saya dulu di kawasan mencerap kami, iaitu berhadapan dengan surau Fakulti Sains & Alam Sekitar, dan berhampiran Fakulti Ekologi. Syukur juga kawasan tersebut mempunyai 'pondok' yang redup untuk diletakkan barang dan TV untuk tatapan orang ramai.

Sekitar jam 10, kami bercadang untuk terus memasang teleskop-teleskop dan kamera, dan membatalkan sesi penerangan. Rasanya tindakan kami ini tepat kerana kami mengambil masa yang agak lama, malah sehingga beberapa minit sebelum transit bermula, untuk menyiapkan segala prasarana.

Teleskop-teleskop yang digunakan dideretkan selari dengan arah pergerakan matahari. Jaringan wayar dan kabel merentasi kawasan ini, di dalam usaha untuk merekodkan peristiwa bersejarah ini di dalam keadaan sempurna.

Untuk permulaan, saya telah memasangkan kamera mintron dr.zaidan yg dipasang pd lens Minolta 135mm. Imej matahari yang penuh telah berjaya dipancarkan ke TV. Kemudian saya alihkan kabel AV dan pasang pd Mintron yg disambung ke teleskop 8" LX90. Imej matahari menerusi teleskop agak besar, hanya 1/3 matahari sahaja berjaya dimasukkan ke dalam satu view, tetapi sesuai untuk melihat Zuhrah di dalam saiz yang besar.

Kamera Mintron 12V1-EX saya mempunyai setting untuk mengubah imej yang terhasil flip dalam arah vertical atau horizontal. Ini bagus untuk menyesuaikan orientasi imej yang keluar pada TV dengan orientasi sebenar objek yang berada di langit. Antara banyak-banyak setting, inilah yang paling menakutkan saya kerana ia boleh menyebabkan kamera ini target pada kawasan limb matahari yang salah.

Ketiga-tiga teleskop telah dilengkapi dengan Solar Filter jenis Mylar, tetapi hanya teleskop Dr.Zaidan (ETX125) sahaja yang dilengkapi penapis secara penuh (full aperture), manakala teleskop LX90 dan 10inch Starfinder saya ditutup hampir 90% aperture dan meninggalkan hanya satu lubang yang kecil untuk diletakkan filter bekenaan. Hasilnya ialah walaupun ketiga-tiga teleskop boleh menunjukkan matahari dgn jelas, teleskop Dr.Zaidan lah yang paling jelas imejnya.

Jam menunjukkan hampir 1 pm. Semua peralatan telah siap sedia untuk rakaman. Alhamdulillah cuaca begitu elok sekali ketika ini. Seolah-olah ia membolehkan kami menjadi saksi kepada satu fenomena alam yang jelas menunjukkan kebesaran & kekuasan Allah SWT.

Di dalam keadaan panas terik, saya & Dr.Zaidan serta ahli-ahli AIG membuat pemeriksaan kali ke-2, ke-3 dan kali ke berapa entah, bagi mempastikan tidak ada kecuaian dan kesilapan berlaku yang boleh menggagalkan usaha rakaman ini.

Jam menunjukkan 1.10pm, ada 3 minit lagi untuk detik bersejarah. Saya bayangkan seluruh penduduk dunia juga turut serta sama-sama memerhatikan ke arah matahari untuk melihat detik dan ketika bayang planet Zuhrah memotong sebahagian drpd limb matahari. Berdasarkan maklumat di dalam perisian astronomy dan di internet, Zuhrah dijangka akan mula muncul di bahagian atas kanan matahari. Saya memang arahkan teleskop dan kamera ke arah tersebut. Hati berdebar-debar dgn sebarang kemungkinan yang berlaku.

Perisian Starry Night telah dibuka, bagi menunjukkan posisi Zuhrah ketika ini. Jelas menerusi perisian ini Zuhrah begitu hampir dengan Contact I, dan akan memotong pd bahagian atas kanan matahari.

Jam 1.13 PM. Sekarang ialah waktu yang ditunggu-tunggu. Orang ramai sudah mula merenung tepat ke arah TV, sama-sama menanti kemunculan Zuhrah.

1.14 PM. Zuhrah tak muncul-muncul!! Aik...mana pulak pergi nya. Mungkin time video atau jam pada PC tidak berapa tepat.

1.14:30 saat. Masih tak ada!  Isyhhh...tak boleh jadi. Kepala saya mula memikirkan apakah langkah-langkah yang mungkin saya tertinggal semasa membuat persediaan. Nak kata oerintasi timur barat dah saya betulkan. Saya rasa tak sedap hati, terus menuju ke teleskop. Dengan menggunakan viewfinder video kamera yang dipasang berhampiran teleskop itu, saya perlahan-lahan menggerakan teleskop ke sekeliling limb matahari dlm arah lawan jam. Kawasan atas kiri matahari nampak clear, kawasan bawah kiri matahari pun clear. Saya pun gerak ke bawah kanan matahari. Ketika itu terdengar teriakan suara orang ramai yg berada di depan TV. Zuhrah sudah kelihatan

Astaghfirullah!! Rupanya saya target tempat yang salah!!! Apa yang saya khuatir akan berlaku telahpun berlaku!

Jam menunjukkan 1.15 PM, sudah hampir 2 minit rupanya Zuhrah memulakan transitnya di hadapan matahari! Saya hanya mampu menggaru kepala yang tak gatal, dan gelak kecil mengenangkan kesilapan ini!!

Walaubagaimanapun, ini merupakan satu pengajaran yang cukup cukup berguna (dan memalukan!) buat diri saya.

Alhamdulillah sepanjang transit sehingga sekitar jam 4, cuaca cukup terang. Yang paling mengkagumkan ialah keadaan planet Zuhrah apabila dilihat menerusi teleskop. Saya dapati bulatan planet ini begitu jelas dan tepat. Dan warnanya begitu hitam sekali! Sekali imbas kita boleh bayangkannya dlm bentuk 3 dimensi.

Kami juga cuba melihat Zuhrah tanpa menggunakan teleskop (mata kasar) dan berbekalkan lebihan filter Mylar, hampir kesemua yang mencuba telah berjaya melihat titik hitam Zuhrah dengan mudah di atas permukaan matahari.

2 tape DV ( 60 minit each ) telah habis digunakan sepanjang 2 jam pertama. Setakat ini, saya hanya sempat memproses beberapa minit yang pertama ketika transit.

Secara umumnya, saya berpendapat fenomena transit planet Zuhrah ini merupakan bukti yang sejelas-jelasnya kehebatan alam semesta ciptaan Allah SWT. Ia begitu jelas menunjukkan ketepatan dan kepatuhan mahkluk-makhluk Allah spt Zuhrah, Bumi dan Matahari bergerak di dalam falak (orbit) masing-masing, sehingga membolehkan manusia mengira dengan tepat sehingga ke saat detik dan ketika setiap Contact yang berlaku sepanjang transit ini.

Terima kasih kpd team AIG Dr.Zaidan kerana sudi memberi peluang saya setup peralatan & kongsi aktiviti di UPM, Tn Hj Askury kerana sudi ambil cuti untuk dtg sama-sama mencerap, rakan-rakan sepejabat Telekom Malaysia Research & Developent dr opis MTDC berdekatan, rakan-rakan dr Melaka, Cikgu Norhaiza yang menelepon dan berSMS sepanjang transit, dan Azam yg berkongsi berita dr utara Semenanjung. Agak terkila tak sempat nak SMS Hazzary & Dr.Mos serta team dr KUSZA, tangan ada dua je, kerja berjela-jela... smiley

Mudah-mudahan tahun 2012 nanti, jika panjang umur dan Falak-Net masih wujud, kita boleh sama-sama buat trip ke lokasi Transit Zuhrah yang seterusnya, InsyaAllah.
[/img]
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« Reply #1 pada: September 04, 2004, 03:58:39 PM »

Alhamdulillah, kami di UPM telah berjaya menjadi saksi dan merakam sebuah fenomena Transit yang cukup indah. Bersertakan dengan keadaan langit yang agak bersih dari awan, dan berbekalkan 3 buah teleskop, orang ramai yang hadir telah sama-sama menonton tayangan LIVE transit ini menerusi TV.

Imej di sebelah merupakan ketika Zuhrah/Kejora baru sahaja selesai Contact II pada jam 1.32 PM Waktu Malaysia. Sebuah fenomena yang memang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat astronomi dunia, iaitu effect Black-Drop, nampak gayanya seolah-olah boleh dilihat menerusi imej di atas. Kajian lebih lanjut akan dibuat dalam masa beberapa hari yang mendatang. Ini hanya merupakan laporan awal sahaja.

Secara umum, team di UPM telah mencerap sehingga jam 6 ptg, sebelum awan mula menyelubungi matahari, dan rasa penat tetapi puas mula mencengkam sanubari kami.

Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« Reply #2 pada: September 04, 2004, 03:59:14 PM »



Imej di atas merupakan gabungan 23 frame video yang diambil selama 23 minit, bermula sekitar jam 1.17PM, dan digabungkan menjadi file animated GIF. Setiap frame merupakan tindihan (stack) 50 imej selama 2 saat. Imej diproses menggunakan Registax 2 dan Animator Nine 3.6.

Nota: Tompokan hitam yang kelihatan bukanlah tompok matahari atau Sunspot. Ia hanya merupakan imej habuk yang masih terlekat pada cip CCD kamera Mintron 12V1-EX yang digunakan.

Peralatan yang digunakan ialah teleskop Meade LX90 8 inch, Focal reducer 0.6 (Steve Mogg), kamera Mintron disambung secara afokal kepada teleskop
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.116 seconds with 19 queries.