Ini ialah gambar matahari yang diambil menerusi teleskop suria Lunt 60mm. Teleskop ini kemudiannya dipasangkan dengan sebuah lagi penuras suria untuk tujuan "double-stack".
Imej matahari selepas 'double-stack' jauh lebih jelas dari sebelum 'double-stack'.
Kamera yang digunakan ialah jenis DMK21au04. Barlow 2.5x digunakan. Hasilnya ialah gambar mosaic yang dicantumkan dari 18 gambar individu. Saya rasa gambar ini bukannya yang terbaik sebab masa saya mengambil gambar, langit tidak berapa baik dan diambil waktu tengahari. Lagipun,ada sebahagian besar imej tidak dapat digunakan sebab flat-field saya tak dapat digunakan. Sebab itu, matahari ada bahagian matahari yang hilang!
