ASW dan Salam sejahtera,
Last minute trip to Teluk Kemang was a pretty good trip.
Dari KL, ada 15 orang.
Surprise group from JAKIM also joined, and of course from tuan rumah Jabatn mufti negeri sembilan.
Terima kasih buat Falak N9 kerana benarkan kami guna lokasi tapak under-construction balaicerap N9.
Sampai sana tengah malam, cuaca nampak amat baik. Bintang di mana-mana.
Namun, awan tebal terus menerus menyelubungi sebelah barat. Dan awan tompok-tompok bergerak sana sini.
Jadi, amat jarang kami dapat betul-betul langit bebas dari awan.

Group kami pecah dua, FO di satu sudut, manakala JAKIM & N9 di sudut lain.
Namun, disebalik cuaca yang tidak menentu, team FO masih dapat lihat kalau tak silap
35 meteorTeam Jakim/N9 dapat lihat
50 meteor.Waktu mencerap dari jam
12.00 AM ke 5 AM.
Saya dapat lihat arah utara, banyak jugak meteor. Nampak gaya untung juga yang cerap di KL, seperti royalwanz yang dapat 43!! Tahniah... kalah kitaorg!

Tak ada fireball yang dapat dilihat. Mostly agak terang dan laju.
Dan yang best ialah meteor yang gerak
zig-zag sudah kembali!! ! Kalau tak silap, bro Halda dapat tangkap dalam foto dia kat
SINI. Sama macam yang kami lihat ketika Leonids tahun lepas (
Klik SINI)
Menjelang 5 AM, awan makin tebal, mata makin berat, kami pun tewas pulang ke KL.
Great night. Tapi rasanya langit ketika pencerapan di Kampar lebih baik, cuma masa tu belum peak.
Looking forward next year's meteor showers!
Masa tu mungkin dah kena beli fish-eye kot!