May 22, 2012, 01:23:59 AM
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Laporan ringkas Munaqasyah Falak-di Ipoh (23 April 2005)  (Read 1544 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« pada: April 24, 2005, 11:29:37 PM »

Assalamualaikum wbt

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Alhamdulillah dan syabas kepada Jbtn Mufti Perak kerana telah berjaya menganjurkan satu munasyaqah falak, yang terus terang saya katakan... simple tapi begitu padat dgn maklumat & ilmu. Sememangnya, bila kita perhatikan apa yang telah dicapai oleh ahli-ahli falak terdahulu, cara mereka menyediakan jadual, menggarap formula, sememangnya mengkagumkan dan 'mind boggling'!!!  Saya ketika duduk bersama rakan-rakan dari Melaka ( sdra Rahman & sdra Rosdin ), masing-masing geleng kepala setiap kali mendengar al-kisah kehidupan dan sumbangan Al-marhum Tn Hj Khair!!

Buat Ustaz Faizal dan team, saya ingin merakam terima kasih atas kesudian melayan saya, walaupun al-sibuk-al-memanjang pada hari Sabtu tu, wink

Dan saya kira lokasi Seri Malaysia tu pun agak baik dipilih, kerana jauh dari bandar, dan kawasannya tenang. walaupun saya sesat sejam keliling bandar Ipoh..konon-konon terer nak cari sendiri hotel tu.. hehe.

Bagi ahli panel yang dijemput, masing-masing telah berjaya menggarap sumbangan al-marhum di dalam ilmu falak dengan cukup baik. Dan suka saya katakan di sini, informasi yang diberikan oleh Prof Madya Dr. Mat Rofa (UPM) begitu menaikkan semangat kami untuk kembali meletakkan keagungan ilmu, terutama sekali ilmu falak ke tempat yang selayaknya! Kalau boleh, saya cadangkan pihak Jbtn Mufti boleh jual VCD, saya akan beli tanpa banyak soal!!!

Jumpa juga sekali lagi buat sdra Azam dan sdra Azwan kita !! Kesian pulak tengok Azam hilang suara! Kalau tidak makin meriah ler dengar celotehnya di Ipoh pulak.. wink .  Mana pergi lepas habis munaqasyah tu? Tak sempat nak gambo ramai-ramai...

Buat sdra Syahril dan team dari KUSZA, Alhamdulillah dapat bertemu lagi! Sayang sekali sdra Ahmad Taufan dan Cikgu Baharuddin tak dpt hadir kali ini.. tongue

dan buat Cikgu Kassim...saya tabik tinggi-tinggi.. saya cukup terharu melihat kesungguhannya menuntut ilmu dgn al-marhum, sehingga kertas-kertas tulisan tangan ketika catitan nota dulu masih disimpan!! Seronok gak dapat tengok gambar cikgu Kassim masa muda-muda dulu...  hehehe..

Bagi yang perasan, di laman web www.falak-online.net masa hari Sabtu lepas, saya sempat poskan gambar-gambar terkini suasana munaqasyah. Maaflah gambar tu tak berapa terang, resolution 640X480 je dan kameraphone 0.3 Megapixel je.. tapi mudah-mudahan dapat membawa suasana munaqasyah ke alam siber! Gambar dalam digital kamera nanti saya poskan.

Keseluruhannya, saya amat bersyukur & berpuas hati dapat bersama-sama di dalam sebuah program yang sungguh bermanfaat! Sekalung tahniah sekali lagi buat Ustaz Faizal dan team dan Jbtn Mufti Perak!

Wassalam
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
botok
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 163


« Reply #1 pada: April 25, 2005, 12:57:52 PM »

Yupe, rugi sekali tak dapat pergi.
Suatu ketika dahulu 'umat kita' yg mendahului dan memegang ilmu falak dan astronomi ini. Lihat sahaja nama bintang-bintang dilangit, banyak yang bernama arab dan 'hampir' arab. Menunjukkan yg satu ketika dahulu ilmu ini kita yg empunya. Tapi zaman berubah, masa berlalu dan kita alpa dan umat lain yang mengejar ilmu dan akhirnya kita menjadi 'pelajar' mereka.
Tapi tak mengapa, masih jauh perjalanan kita. Kalau kita sedar dan berusaha tak mustahil kita kembali mengenggam ilmu tersebut. Setiap individu boleh berusaha dengan cara yang mereka mampu untuk menyumbang. Insyallah!
Saya pun tgh mendalami dan belajar sedikit demi sedikit. Beli peralatan sedikit demi sedikit. Sekarang pun saya dah bukak kelas astronomi di institut yang saya mengajar secara percuma dan kalau takde aral dan masa yang melintang cuti sekolah ni saya akan buka bengkel astronomi bagi pelajar2 sekolah rendah dan menengah untuk menanam minta mereka pada astonomi. Saya akan cuba dahulu secara kecil-kecilan bila dah berjaya dan ada pengalaman nanti kita boleh jemput otai-otai falak kita bagi ceramah dan sebagainya. Insyallah!
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« Reply #2 pada: April 27, 2005, 05:07:45 PM »

Gambar munaqasyah boleh dilihat dalam

    Galeri Falak-Online
    perakfalakonline.textamerica.com
    [/list:u]

    Enjoyyy....
    Logged

    -Shah-
    Owner & Founder of Falak Online
    Personal twitter : twitter.com/shahgazer
    Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

    *** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
    azwan
    Amatur
    *
    Offline Offline

    Posts: 1

    azwan_astronomer azwan_astronomer04
    Email
    « Reply #3 pada: May 04, 2005, 12:32:57 AM »

    assalamualaikom ini kali pertama saya menulis dalam forum ini, berbabik kepada persoalan abg syah, kemana saya dan abg azam pergi selepas seminar ini dan tak sempat nak ambil gambar.....

    sebenarnya habis saja seminar itu kami terus mencari siapa yang boleh diharapkan untuk kami tumpang balik. antaranya pegawai mufti pp dan ustaz  zainuddin. kami pon tak sempat nak duduk lama di dewan itu dan terus keluar makan . itulah sebabnya kita tak boleh bergambar beramai-ramai sorry erk........

    pasal munaqasyah tu memang sempoiiii....

    hayati tulisan saya di falak-net (saya copy paste jerk )


    Assalamualaikom dan salam sejahtera kepada semua umat manusia di alam ini. Syukur alhamdulillah dengan kudratnya dan inayahnya dapat saya ke negeri perak darul ridzwan untuk mengikuti salah satu konvensyen yang ulung kali diadakan di negeri perak iaitu seminar munaqasyah falak pengkisahan tokoh falak al marhum tuan haji mohd khair bin haji mohd taib yang telah dirasmikan oleh DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzwan Raja Dr Nazrin shah ibni sultan azlan muhibbudin shah yang telah diadakan di dewan utama hotel seri malaysia ipoh perak pada sabtu 14 rabiul awal 1426H bersamaan 23 april 2005 jam 8 pagi hingga ke 5 petang

    Untuk pengetahuan semua saya telah ke sana bersama kawan karib saya iaitu seorang hamba allah yang amat terkenal di falak net dan siber falak iaitu saudara azam noor. Sebut saja nama dia semua orang akan kenal,tak kira kecil dan besar semua sama saja.

    Pada kali ini saya rasa amat bertuah kerana dapat menghadirkan diri pada seminar pada kali ini setelah membatalkan 2 kali seminar sebelum ini iaitu di planaterium negara dan di terengganu. Walaupun saya amat meminati ilmu falak ini sejak tahun 1998 iaitu sejak komet hale bopp ditemui namun sehingga hari ini saya tak pernah keluar dari pulau pinang semata-mata untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang ilmu falak ini.

    Saya dan saudara azam bertolak pada pukul 12.30 tengah hari pada hari jumaat dari stesen bas di sungai petani dan tiba tepat pukul 3 petang. Apabila saja tiba terus kami menelefon seorang ahli falak net yang semakin menonjol semenjak-menjak ini iaitu ustaz zainuddin. Alhamdulillah dia datang seperti yang dijanjikan. Lebih kurang pada pukul 3.30 petang saya tiba di hotel seri malaysia. Selepas di “check in” bilik menggunakan nama ustaz zainuddin maka kami berdua lepak-lepak di dalam bilik sehingga dalam pukul 6 petang. Selepas itu kami membuat keputusan untuk  mencari kedai buku yang menjual majalah sky and telescope yang seperti diketahui umum majalah tersebut amat mahal jika dibeli di Pulau Pinang. Alhamdulilah saya dapat membeli majalah terbaru sky and telescope beautiful universe 2005 edition the most awesome and inspiring images of the heavens yang berharga rm 25 dan majalah astronomy keluaran  march 2002 dengan harga rm 3 serta sebuah buku tambahan halal dan haram dalam islam karangan dr yusuf al-qardawi yang ditulis di dalam bahasa indonesia setebal 487 ms yang berharga rm 2. jika ditambah semua berjumlah RM 30 namun disebabkan kami berdua adalah pelanggan terakhir maka saya hanya perlu membayar RM 25 sahaja dan bukan RM 30 seolah-olah seperti membeli sebuah majalah dan percuma 2 majalah. Selepas penat membeli dan mencari buku yang berselerak sehingga kami terpaksa menyelongkar kesemua buku hampir memakan masa 1 jam. Itupon tak habis sehinggakan tuan punya kedai menghalau kami.ehheheh.

    Hampir pukul 10 lebih kami balik ke hotel menggunakan teksi.

    Pada awal pagi sabtu pula iaitu pada waktu seminar pula saya diperkenalkan dengan ustaz faizal. Kalau sebelum ini asyik dok mail email jerk kali ini dapat bersmua muka.  Alhamdulillah ada jugak kawan di perak ni. Selepas makan saja kami masuk kedalam dewan utama untuk menunggu datangnya raja muda perak. Sebaik saja masuk saja nampak la pulak orang besar falak net. Jeng jeng jeng abang shah. Kami pon terus menuju ke sebelahnya. Akhirnya 3 orang sekawan falak net di sebaris kerusi.ehehhehehe.
    Dapatla saya berbual tiga empat perenggan ngan abg shah. Tapi yang pastinya abg shah terkejut besar nampak kami berdua sebab sebelum ini saya tak pernah beritahu kami akan hadir pada munaqasyah ini. Boleh dikatakan pada munaqasyah pada kali ini berjalan dengan baik dan sempoi. Masa di dalam dewan ini saya juga dapat melihat kemunculan seorang ahli falak iaitu Tn Haji Abd Ghani Salleh.

    Masa waktu ceramah diadakan sepenjang hari tak perlu lah saya ulas sebab apa yang saya nampak semua berjalan dengan lancar dan tanpa cacat cela semoga perkara ini dapat dicontohi oleh semua negeri semasa menganjurkan seminar seperti ini. AMIN
    Logged
    Pages: [1]   Go Up
    Print
    Jump to:  

    Page created in 0.107 seconds with 20 queries.