May 22, 2012, 01:31:23 AM
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Article berkenaan aktiviti Geminids FO di Kampar - di Utusan Msia hari ini.  (Read 718 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« pada: December 18, 2010, 09:58:30 AM »

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Sebuah artikel berkenaan aktiviti mencerap Meteor Geminids FO di Kampar haritu dah keluar dalam akhbar Utusan Msia hari ini (18 Dec).  Jom jom beli!  grin

Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
penangazer
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 192


Email
« Reply #1 pada: December 18, 2010, 12:13:18 PM »

Keindahan dunia astronomi Versi Online....
Oleh ABD. HALIM HADI
halim.hadi@utusan.com.my


BERBUMBUNG langit dan berlantai bumi. Bermandikan embun dari malam hingga awal pagi untuk melihat kejadian di langit bukan sesuatu yang biasa dilakukan oleh kebanyakan kita.

Dengan berbaring mengadap langit, sekumpulan pemerhati cakerawala bersedia untuk menghitung setiap juraian cahaya yang sempat ditangkap oleh mata kasar.

Ketika penulis tiba, kiraan masih belum bermula kerana keadaan awan ketika itu yang masih tebal.

Tidak jauh dari situ, beberapa orang kelihatan sedang sibuk memasang peralatan-peralatan yang besar, mereka juga nampak begitu ‘serius’.

Ia diangkat dan dikeluarkan dengan perlahan-lahan dari kenderaan.

Selepas beberapa kali tiupan angin menyelak lapisan awan, langit pada malam itu memperlihatkan gugusan bintang yang bertaburan menghiasi ruang angkasa.

Tidak lama selepas itu kiraan meteor pun bermula.

“Ini adalah tempat yang baik untuk melihat tahi bintang atau meteor. Di Kuala Lumpur kita tidak berpeluang untuk mendapat langit yang gelap seperti ini,” kata Shahrin Ahmad, 36, Pengasas Falak Online, komuniti peminat astronomi tempatan.

Aktiviti pada hari itu dijalankan di kawasan padang berhampiran tasik di Pusat Rakan Muda Kampar, Perak.

Kawasan dipilih kerana ia bebas daripada pencemaran cahaya yang mengganggu penglihatan pada apa yang berlaku di langit.

Mengikut perkiraan astronomi, malam itu (Sabtu hingga Selasa minggu lepas) adalah waktu terbaik untuk melihat hujan meteor, khususnya di sekitar buruj Geminids.

Menurut Shahrin, setiap buruj mempunyai juraian meteor yang tersendiri.

“Di kawasan buruj Gemini ada Geminids manakala di buruj Taurus ada Taurids,’’ ujarnya yang mula meminati astronomi sejak usia empat tahun.

Aktiviti melihat meteor bersama ahli kumpulan Falak Online dan rakan-rakan seperti itu dilakukan beberapa kali setahun berdasarkan jumlah juraian yang mungkin kelihatan.

Katanya, selain memilih tempat gelap, keselamatan kawasan juga perlu diutamakan bagi mengelak sebarang ancaman merbahaya.

Tambah beliau, dianggarkan 30 musim meteor dapat disaksikan di langit negara ini pada setiap tahun.

“Yang paling terang adalah meteor Perseid di dalam buruj Persius yang berlaku pada bulan Ogos.

“Satu lagi adalah Leonit dari buruj Leo pada setiap November,’’ katanya sambil menunjukkan beberapa susunan buruj.

Menjelaskan kejadian itu, beliau berkata, hujan meteor berlaku apabila bumi melalui kawasan angkasa yang dipenuhi taburan batu dan berhabuk.

Apa yang disaksikan dari bumi adalah garisan cahaya yang terhasil apabila batu-batu yang memasuki ruang angkasa bumi itu terbakar.

Jelas beliau lagi, cahaya bintang yang dilihat manusia adalah cahaya yang sampai pada mata selepas pancaran jutaan tahun dahulu.

Menariknya, setiap kejadian di langit dikatakan berlaku secara berulang-ulang dan boleh dijangka melalui pengiraan.

Sementara itu, kiraan meteor sehingga awal pagi di Kampar pada hari itu direkodkan sebanyak 52 juraian.

Katanya, daripada pemerhatian itu, maklumat yang diperolehi direkod untuk rujukan pada masa akan datang.

“Data yang diperolehi pengkaji amatur seperti kami ini boleh juga diberi kepada Organisasi Meteor Antarabangsa,”

ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_01.htm
Logged

Astronomy for all
redzuan
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 851


Email
« Reply #2 pada: December 19, 2010, 09:11:04 AM »

“Data yang diperolehi pengkaji amatur seperti kami ini boleh juga diberi kepada Organisasi Meteor Antarabangsa,”

ni yg tak tahan ni...

apapun, nice job. keep it up. make FO well known to the public!
Logged

Astronomers believe that space is not a complete vacuum- there are three atoms per cubic meter...
sunlay
Kapten Sistem Solar
***
Offline Offline

Posts: 75

lamanindah@hotmail.com
Email
« Reply #3 pada: January 07, 2011, 12:51:03 PM »

tahniah FO
Logged
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 5.401 seconds with 19 queries.