May 22, 2012, 01:55:36 AM
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Laporan ringkas Hari Falak Negeri Melaka (14 Mei 2005)  (Read 1126 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« pada: May 15, 2005, 12:36:56 PM »

Assalamualaikum wbt

(Foto boleh dilihat di SINI)


Alhamdulillah saya sempat menghadiri ke Hari Falak Melaka, di Balaicerap
Al-Khawarizmi semalam (14 mei 2005), walaupun terlewat sampai. Cadangnya
nak datang pagi-pagi tapi kena selesaikan beberapa urusan, hanya sampai
jam sekitar 1 tgh.

Seperti mana tahun lepas, beberapa buah gerai telah didirikan oleh
pertubuhan-pertubuhan yang berminat. En.Looi dari Infinity Infocus turut
mengambil bahagian. Dia bawak teleskop gergasinya , Meade 16" LX200!

Cuma tahun ini, agak terkilan tak dapat jumpa En.Ridwan Hidayat dari
ATSB. Lama tak dengar berita dari beliau.

Dr.Azahri (JUPEM) menjadi ucaptama perasmian pagi tadi, saya tak sempat
nak hadiri kerana sampai lewat. Cuma sempat jumpa sekitar jam 1 tgh je.
Kemudian beliau dah nak balik dah.

Di sebelah petang, telah diadakan pertandingan roket air. Ini kali
pertama saya lihat pertandingan ini, agak menarik melihat kemampuan
pencipta-pencipta rekot dari sekolah-sekolah sekitar melaka, ada yang
berjaya terbang cantik, ada yang sangkut atas pokok, jatuh atas khemah
utama, dan ada sebiji tu betul-betul jatuh tempat saya berdiri!!!

Cuaca ketika pertandingan itu begitu panas! Tapi saya perhatikan langit
pada kali ini agak 'hazy', tidak sebiru spt tahun lepas. Kemudian
apabila menjelang petang (sekitar jam 4.30 atau 5), tiba-tiba awan
menyelubungi keseluruhan langit secara mendadak! Isyhh..kalau macam ni
sampai ke malam, nampak gaya tak dapatlah nak meneropong.

Menjelang jam 8 malam, awan masih tebal, tapi bulan dapat dilihat
sikit-sikit disebalik lapisan awan. Pengunjung makin ramai di pelantar
mencerap. Di situ, kelihatan ada 3 buah teleskop yang dipasang, manakala
imej dari teleskop utama balaicerap Al-Khawarizmi telah dipancarkan ke
dinding menerui lcd projektor yang dipasang di kawasan yang sama.

Alhamdulillah, sekitar 8.30, langit mula beransur bebas dari awan, Bulan
dan Musytari terus cerah memancar! Pengunjung akhirnya berpeluang juga
mencerap objek-objek utama ini menerusi teleskop ada. Sementara
Dr.Kassim menerangkan imej-imej Bulan dan Musytari dan perbezaan  yang
terhasil apabila beliau mengambil imej video menerusi teleskop utama dan
teleskop takahashi (kecil sikit). Saya cukup kagum melihat begitu
detail-nya imej Bulan yang dihasilkan oleh teleskop utama! Memang
betul-betul macam tengah terbang atas bulan! Dan Musytari, kami di sini
dapat lihat dengan jelas the Great Red Spot yang berada betul-betul di
bahagian tengah atas permukaan Musytari!

Sesi cerapan malam itu berakhir sekitar jam 10, dan pengunjung yang
masih berbaki tinggal, bernasib baik kerana di beri peluang masuk ke
dalam kubah utama balaicerap, yang mana ditempatkan teleskop utama!
Alhamdulillah, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr.Kassim
atas kesempatan tu, sejak tahun lepas asyik mengidam nak tengok dalam
kubah utama tu, dan kali ini, genap setahun tercapai juga cita-cita!  smiley

Dan tahun ini juga genap setahun saya bertemu dengan rakan-rakan baru,
peminat falak yang aktif di melaka ini, seperti sdra Rahman, sdra Rosdin
(dari petronas), dan kali pertama jumpa dengan En.Zul (dari petronas
juga), dan seorang pensyarah dari MMU (tak ingat nama!  sad   ). Dan dapat
bertemu juga dengan wakil dari Jabatan Mufti Selangor yang turut datang
menyumbang tenaga.

Tapi yang menarik yang saya dapat lihat disini ialah masyarakat begitu
dahagakan ilmu seumpama ini, dan kita rasa amat bersyukur Balaicerap
Al-Khawarizmi ini telah mampu menjadi portal ilmu dan maklumat astronomi
kepada orang ramai. Semoga mereka terus berkembang maju, saya secara
peribadi akan terus menyokong dan bersama-sama di dalam usaha ini,
InsyaAllah.

(Foto boleh dilihat di SINI)

Wassalam
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.095 seconds with 20 queries.