kalau ikut pengalaman saya lah, dulu sebelum guna barlow lens, saya depend pada eyepiece pembesaran tinggi. Problem paling utama ialah eye reliefnya yang terlampau kecil. Memang pening kepala nak cuba cari 'alignment' yang perfect sambil diseimbangkan dengan keselesaan kita.
Kemudian lepas guna kombinasi eyepiece kuasa kecil atau sederhana dengan barlow lens, walaupun eye reliefnya semakin kecil, tapi tak lah sekecil kalau guna eyepiece pembesaran tinggi. Masih lagi selesa untuk saya cerap dengan aman damai.
Dari segi kualiti, ia bergantung kepada kualiti barlow lens kita. Saya cadangkan cari barlow lense yang high kualiti as opposed to eyepiece.
Gitulah ceritanye...
