May 23, 2012, 09:32:13 AM
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Kem Astronomi 2011 (5-7 Mei) - Perdana Resort, PCB, Kelantan  (Read 1332 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« pada: May 04, 2011, 12:49:13 PM »

Assalamualaikum

Saya akan menghadiri sebuah Kem Astronomi anjuran SUK Kelantan, bersama-sama dengan peminat Astronomi Amatur di Perdana Resort PCB, Kelantan.

Program ini adalah untuk para pelajar sekolah menengah di Kelantan dan ia bermula esok (5 Mei sehingga 7 Mei).

Bagi rakan FO yang berada berhampiran dan ingin menyumbang tenaga untuk sesi cerapan malam, dijemput hadir.

Mudah-mudahan cuaca di sana lebih elok dari di KL.

Jumpa di sana...
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
redzuan
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 852


Email
« Reply #1 pada: May 05, 2011, 04:52:50 PM »

A few people left KL for KB and the KL sky suddenly became blue and clear... I simply cannot believe it!  shocked






Mesti awan dah ke KB skrang ni...  cheesy
Logged

Astronomers believe that space is not a complete vacuum- there are three atoms per cubic meter...
mymoon
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 1269


Wish list comes true


Email
« Reply #2 pada: May 07, 2011, 04:35:05 AM »

malam pertama the sky open just enough for Shahgazer to perform. Lepas tu hujan lebat.  grin

malam kedua cannot complain.


scopius  top right





scorpius  rising



the objective is to drift align the Astrotrac for mobile astrophotography

cheers





Logged

Astronomy is looking up!.......
Member of self funded astronomy group!
xzex93 MML10
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 1


Ijtima' Falak Syarie 2011


WWW Email
« Reply #3 pada: May 07, 2011, 04:44:06 AM »

satu perkembngn yg baik dalm ilmu falak dan astronomi apabila pihak kerajaan, jabatn mufti, pengelola sekolah (YIK/JPN), NGO yg lain mula memandang serius dalam prkembangn ilmu ini...Diharapkn ia dapat diteruskan dan berlanjutan adar ilmu permata Islam ini dapat dijulang kembali oleh kita....
Mabruk Alaikum.
Logged

" Bersama menjulang kembali keagungan Falak "
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« Reply #4 pada: May 09, 2011, 11:16:22 AM »

Alhamdulillah perjalanan Kem Astronomi 2011 yang pertama di Kelantan telah dijalankan dengan jayanya.

Kombinasi lokasi program yang selesa, fasilitator yang cekap, penganjur yang bersedia, dan cuaca yang elok membolehkan semua peserta mendapat input yang sebaiknya.

Lokasi yang dijalankan adalah di Perdana Resort PCB, Kelantan. Terus terang saya tak tau kewujudan resort ini sehinggalah pada hari program. Bila sampai memang saya agak terkejut dengan keselesaan resort ini.

Para pelajar yang hadir ialah dari sekitar Kota Bharu, kalau tak silap lebih kurang 60 orang. Ini termasuk para pelajar 'senior' didikan Dr.Rowi dan Ustaz Md Noor, yang turut datang sekali.

Beberapa siri aktiviti riadah dikawalselia oleh fasilitator dari KIAS, dan saya tabik salute untuk mereka yang bertungkus lumus buat kerja siang malam, tidur pun tak cukup. Tanpa mereka memang tak mungkin perjalanan program bergerak selesa.

Dari rakan-rakan FO, Abejih merupakan penggerak utama program. Tahniah atas semangat dan komitmen yang dibuat oleh Abejih...harap jangan serik pasal nampak gaya respon, akan ada banyak lagi permintaan program seumpama ini akan datang. grin

Pak Aziz turut sertai malam cerapan pertama, bersama-sama dengan rakan dari JUPEM Kelantan dan KL. Ustaz Talhah dan rakan dari unit Falak Negeri Kelantan turut hadir.

Rakan lama Abejih, iaitu Shafie turut turun padang walaupun berdepan ranjau.. hehe

Paling best ialah mendengar curahan ilmu oleh Ustaz Hanapiah  yang datang nun dari Johor ke Kelantan, untuk bercerita perihal falak, awan, angin dan hujan!

Sesi syarahan yang saya kira ramai juga yang suka ialah pengalaman seorang pensyarah berkenaan dengan UFO!!  cerita mistik tetap menjadi ikutan ramai..  cool

2 malam di sana, langit agak coorperative. Malam pertama selang seli, apabila clear, memang bintang berkerlipan indah. Dan kadang kala kepulan awan datang mengusik.

Tetapi malam ke-2, yang mana pada maghrib dan Isya-nya langit agak banyak awan, tiba-tiba menjelang jam 10 ke atas, bebas sebebas-bebasnya dari awan! Lebih kurang 10-15 orang dari kami mengambil keputusan mencuba mencerap meteor Eta Aquarids di tepi pantai. Tidak banyak yang kelihatan, sekitar 5 sepanjang 2 jam observation, namun kehadiran ribuan bintang di langit cukup menakjubkan yang hadir!

Bima Sakti dengan mudah kelihatan dan senang dikenalpasti oleh mereka yang belum pernah lihat sebelum ini.

Di utara, Big Dipper gah mengawal. Sementara sang Arcturus mengiringi permata Corona Borealis meninggi ke zenith. Di timur, Scorpio dan Sagittarius tanpa belas kasihan menerjah dengan jutaan bintang-bintang Bima Sakti. Di Selatan Crux, dan Alpha Centauri melibas-libas pucuk pokok kelapa dan penceramaran cahaya dari Kota Bharu. Manakala tegak di atas kepala, sang Virgo dengan penuh gerun memandang tepat ke arah kami di bawah, namun Zuhaulin... sang planet Zuhal, setia bersinar tenang seolah-olah memberi kesimbangan dan ketenganan di jiwa kami..

Saya amat teruja kerana Omega Centauri berjaya di-resolve-kan ke bintang-bintang menerusi telescope 80mm Equinox yang dibawa. Pelajar yang hadir turut disajikan dengan keindahan Jewel Box cluster yang saya dapati hampir semua dapat lihat cantiknya gabungan bintang-bintang putih dan sebutir bintang merah di tengah-tengah gugusan ini!

Sementara waktu siang, teleskop 80mm dengan berpenapiskan H-Alpha, telah membawa peserta mengamati letusan matahari (prominence) yang agak banyak disepanjang 2 hari aktiviti.

Alhamdulillah semua selesai!

Tahniah sekali lagi diucapkan buat penganjur, SUK Kelantan, Abejih dan rakan, fasilitator dari KIAS dan ramai lagi yang mungkin tak teringat nama.

Jom buat lagi!!! grin
« Last Edit: May 09, 2011, 11:38:06 AM oleh shahgazer » Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
sunlay
Kapten Sistem Solar
***
Offline Offline

Posts: 75

lamanindah@hotmail.com
Email
« Reply #5 pada: May 09, 2011, 01:42:34 PM »

tahniah ..mane gambonya Huh?
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« Reply #6 pada: May 09, 2011, 02:23:38 PM »

tahniah ..mane gambonya Huh?

maaf tuan, kawe x banyak ambik gambo aktiviti.. tunggu abejih atau member lain pos kat sini..
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« Reply #7 pada: May 10, 2011, 11:21:34 AM »

Beberapa foto yang diambil oleh Abejih kita ni.. power kamera..berbaloi beli...hehehe . grin

All photos credited to Abejih...

"Kami Anti-Plagiarism"  evil

Sebahagian dari peserta Kem, ketika majlis perlancaran... masa ni saya kat Gua Musang..minum kopi sorang-sorang..huhu



Ni bersama En. Ahmad Bin Jamaludin (Pengkaji UFO)





As commented by Abejih "Abe Zul sedang memberi penerangan "EXTRA" fenomena UFO kpd Hj Zawawi (BPTM-SUK)& En.Zuhal wakil UITM"



Ustaz Mohd Nor , "Mana gi semua orang ni? "



Laaa..sini rupanya, skodeng matahari..



"Aku nak tengok gok!!, dah sepuluh minit dah nii..."



"Yes yes dapat tengok gak,... double protection"



Bersama otai-otai program Kem Astronomi.. salute!

 
uihh..cepat cepat... matahari tengah clear ni.. buat mana yang patut!


pehhh.. power la teleskop ni, atas bawah kiri kanan leh nampak matahari.. nak satu nak satu..  evil


Malam, kita berkaraoke....



Tq Abejih kerana membenarkan guna gambar-gambar ni, kamera kawe kecik je.. hehe
« Last Edit: May 10, 2011, 11:24:03 AM oleh shahgazer » Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
redzuan
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 852


Email
« Reply #8 pada: May 10, 2011, 04:24:08 PM »

Bersemangat sungguh semua orang.  Tahniah, dan minta maaf sebab tidak dapat menghadirkan diri.

Good job!
Logged

Astronomers believe that space is not a complete vacuum- there are three atoms per cubic meter...
abejih
Kapten Sistem Solar
***
Offline Offline

Posts: 55


BROSINSPACE

abejih@yahoo.com
WWW Email
« Reply #9 pada: May 13, 2011, 03:01:21 AM »

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Mula-mula saya ingin mintak maaf byk2 kepada sifu dan seluruh warga FO sbb lambat reply dari awal kewujudan forum ini, biase lah dah jadi AJK ('Ahli Jong kalut') ni x sempat nak berinternet bertambah-tambah lagi dgn tugas hakiki sebagai penjawat awam.

2. Dengan kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kelantan terutama Bahagian Perkhidmatan Teknologi Maklumat (BPTM) & Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) kerana sudi menaja keseluruhan aktiviti Kem Astronomi 2011 Peringkat Negeri Kelantan yang julung-julung kali di adakan juga dimasukkan salah satu dari 18 program yang dirancang pada tahun ini.

3. Tidak lupa kepada juga Hero & Heroin kita yang menjadi 'tulang belakang' UTAMA dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) FC-FC yang 'tabah' lagi 'ayu' (Letih Tapi Seronok! evil) kerana memberi komitment yg mantap lagi jitu.

4. Penyumbang/penceramah terhebat seperti Dr.Rowi(walaupun tidak dpt hadir rolleyes), Sifu Shahrin FALAK ONLINE!, Redzuan (sumbangan dari jauh grin),Ustaz Md Nor, Pak Aziz, Ustaz Talhah(Jab Mufti Kelantan) juga rakan2 dari JUPEM dengan sepenuh jiwa sudi "mencemar duli" membantu kami disini.

5. Kepada penceramah jemputan Ustaz Hanafiah(jab mufti johor), En.Ahmad Jamaludin(pengkaji UFO), En, Zulkifli (NSTP) serta En. Taufan TERIMA KASIH DAUN KELADI!!!

6. Teman-teman lama tapi mesra...SHAFIE & WANRAZI bravo anda telah menunjukkan satu kualiti yang luar biasa!! Good Job my frens! cool

Kesimpulan

Keseluruhan perjalanan program ini saya anggap objektifnya tercapai dan dengan berjayanya program ini, telah menjadi satu titik penting dan sejarah baru sedang dicipta oleh generasi muda hari ini terutama di negeri Kelantan AM nya, Ilmu Astronomi kian mendapat tempat dan telah mendapat perhatian yang serius oleh pihak kerajaan Kelantan. Khabarnya negeri Kelantan akan mendapat sebuah Balai Cerap  pertama ...mudah mudahan dengan doa kita semua harapan ini dapat dimakbul oleh Nya..Insyaallah!

Saya amat berpuas hati dan syabas kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung demi menjayakan program ini. Dengan respon yang amat bagus program ini diharap dapat dimasukkan sebagai acara tahunan dalam kalendar SUK Kelantan INSYAALLAH!! Saya dengan rasa rendah hati sekali lagi ingin mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat dan memohon maaf bagi pihak diri saya dan rakan2 AJK jika ada yang terkasar bahasa @ tidak berpuas hati dengan layanan yang disediakan oleh pihak kami.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
NMRAZIF @ ABEjih

p/s: Kemungkinan Peminat2 Astronomi di kawasan JELI, Kelantan dapat berjumpa dengan kami bulan depan! Tunggu updatenyer..eh jadi ker? heheh Gambar-gambar program akan di upload dari masa ke semasa.
Logged

ABEjih
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« Reply #10 pada: May 13, 2011, 10:31:55 AM »

mak aii... siap surat rasmi tu...  cheesy

tahniah sekali lagi buat semua. Abejih memang class gitu jadi organizer kat sana.. harap x serik!  grin

Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
abejih
Kapten Sistem Solar
***
Offline Offline

Posts: 55


BROSINSPACE

abejih@yahoo.com
WWW Email
« Reply #11 pada: May 14, 2011, 08:17:18 PM »


Ala..sifu bukannya aper sgt, biasa-biasa jer...sapa2 pun boleh...kebetulan sesat kat situ hehehhehe

serik?? x lah...cuma "LETIH TAPI SERONOK!" jerr... evil

Aper kurangnya sifu...mmg "Kelas!!" n "Profesional" masa kem tu. Harap2 boleh mtk tunjuk ajar lagi...! grin heheheheh
Logged

ABEjih
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.345 seconds with 20 queries.