Cuaca agak OK semalam, namun menjelang tengah malam, ia agak berjerebu.
Namun, bertekad juga untuk merakam Comet Garradd, yang kini berada tinggi di langit sekitar buruj Pegasus. Pada sekitar tengah malam, ia dah mula mendaki hampir ke zenith.
Terima kasih kepada redzuan juga, yang beri reminder tempoh hari. Kalau tak, sure dah terlepas dah..

Foto-foto di bawah diambil dengan exposure 5 min setiap satu, dan sebanyak 8 kali frame. Total 40 minit.
Yang memeningkan ketika nak stacking ialah Komet ini bergerak amat laju!. Malah, dalam satu frame 5 minit tu pun, coma-nya sudah melonjong..ada trailing! Jadi, bila stacking 8 frame tu, jadi macam lightsaber la pulak!

Imej diambil dalam Luminance sahaja. Tak ada usaha nak buat RGB, kerana jerebu telah me-merah-kan di kawasan tu.
Ekor komet tu hala ke arah penjuru atas kanan gambar.
Klik foto untuk saiz besar
