Assalamualaikum..
Apa-apa pun mohon maaf pada kawan-kawan lama sangat tak post berita di Forum..
Begini ceritanya.. Pada hari selasa baru ini sempena Seminar Gerhana di Ipoh.. berjumpalah sahabat lama dari N.9 Ust. Zaki.. Sehubungan dengan perjumpaan itu Ust. Zaki ada berceritakan tentang Resort + Balai Cerap di PD.. Oleh itu Ust. Zaki cadangkan untuk meletakkan gambar astrofoto di Resort tersebut. Diatas perbincangan itu saya dan bro. Mahruz dari INSTUN mencadangkan agar gambar-gambar itu adalah hasil dari
karya kerja usaha astronomer malaysia. Jadi keputusanya diterima sebulat suara dengan ada beberapa syarat-syarat..
Oleh itu saya diberikan tugas untuk mencari 150 keping gambar.
Jadi keperluanya sekarang adalah gambar astrofoto.... Oleh itu dengan rendah diri saya mohon gambar-gambar astrofoto koleksi yang ada pada ahli forum untuk di pamerkan di resort tersebut.
Syarat dan termanya1. Setiap gambar hendaklah ditulis nama pemilik + Lokasi + masa + tarikh dan jenis peralatan
2. Saya yang akan mencetak gambar tersebut dengan saiz 42.0 cm x 59.4 cm = A2 saiz
3. Gambar mesti berkonsepkan astronomi.. startrill pun boleh
5. Tiada had bagi setiap peserta.
Bagaimana caranya?1. Gambar perlu dihantar kepada saya.
2. Setiap gambar yang dihantar perlu ditanda dan di tulis seperti yang diminta.
3. Gambar dihantar mesti bersaiz A2 untuk mengelakkan gambar yang dicetak menjadi tak cantik. (Gunakan photoshop Convert ke Jpeg resulusi mesti tinggi)
4. Sekira dah siap burnkan di DVD dan diposkan Kepada : (Kos Pos akan di BAYAR BALIK) hehehehe

Muzamir Mazlan
No, 14, Persiaran 10,
Taman Meru 2c,
30020 Ipoh. Perak
5. Jika takada masa nak pos, boleh juga gunakan cara di internet tapi email mesti tak lepas gambar besar jadi boleh guna cara lain (Harap Otai tau dan
maklumkan jika ada cara lain)
6. Jika perlu maklumat lain boleh hubungi saya 012-5900943
7. Gambar perlu dihantar sebelum
22 November 2011 (Selasa) Selepas perkara ini berjaya insyallah semua pemilik karya akan dijemput untuk diadakan majlis rasmi

. Diharapkan agar perkara ini di beri perhatian. Insyallah.
Sekian
Muzamir Hj. Mazlan.