jd mampu atau tidak capai mag >10 bergantung kpd aperture gak la ni..
hurmmm....
p/s: kalo SGO mampu capai mag 13-14, wat imaging kt sane je la hehehe

Well, not exactly.
Ini apa yang saya telah pelajari lepas setahun guna CCD dan berjinak2 dalam astrofotografi
Kita mungkin fikir, sebelum ini, aperture memain peranan untuk mencapai magnitude yang kelam.
TETAPI untuk astrofoto, ia sebaliknya.
Untuk astrofoto, F/Ratio adalah RAJA.
Focal Length sesebuah teleskop akan beri kesan dari sudut skala imej (imej lebih besar atau kecil)
TETAPI
F/Ratio akan memendekkan waktu EXPOSURE kita, dan bantu kita mencapai lebih deep.
Contoh:
kita ada 2 buah teleskop
1. Teleskop SCT yang saiz aperture 8" , Focal Lenght = 2000mm dan focal ratio f/10
2. Teleskop Refractor saiz aperture 4", focal length = 600mm, focal ratio f/6
Sekali imbas kita akan anggap teleskop 8" tu besar, maka keupayaannya menangkap cahaya lagi banyak berbanding teleskop 4" tu, maka kita hanya perlukan exposure yang pendek je..
TETAPI apa yang berlaku ialah sebaliknya..
untuk astrofoto, teleskop 4" yang mempunyai f/6 akan dapat bilangan bintang yang sama dengan waktu exposure yang jauh lebih PENDEK.
Maka, teleskop yang ada focal ratio lebih rendah (contoh di atas f/6) akan memerlukan masa lebih pendek berbanding dengan yang focal ratio nye tinggi (contoh tadi f/10)
So summary,
waktu EXPOSURE akan berdasarkan focal ratio SAHAJA.
Jadi, untuk capai magnitude yang lebih kelam, kalau ikut kes di atas , kita nak magnitude 10.
Kita boleh guna teleskop f/6, dan bukak exposure selama 10 saat (contoh saja).
ATAU
kita boleh guna teleskop f/10, dan bukak exposure selama 30 saat.
Kedua-duanya akan dapat capai magnitude 10.
So, terpulang kepada kita nak guna setting yang mana...
NAMUN, ada satu lagi bab kena ambik kira.... MOUNT ACCURACY.
Lebih lama EXPOSURE kita, maka tracking mount (motor, polar alignment) kena lebih jitu. So, kena timbang-timbangkan.
Harap explaination ni betul, maybe sifu fotografer lain boleh menyampuk.
