Assalamualaikum dan salam sejahtera
10 Dis 2011 nanti akan berlaku gerhana bulan (seperti mana semua tahu).
Oleh itu, saya dapat info awal, yang Kompleks Falak Baitul Hilal Teluk Kemang akan mengadakan program sulungnya pada tarikh tersebut.
Berdasarkan info yang saya dapat, rakan dari MAINS dan juga ahli NETT kita, Ustaz Zaki, akan mengetuai program tersebut.
Antara yang dibincangkan ialah:
1. Menjemput ahli Falak Online sertai program cerapan gerhana
2. Menjadikan Falak Online sebagai laman web dan penyiar rasmi gerhana bulan itu nanti.
3. Astrofoto Peminat Astronomi Malaysia untuk dipamerkan di hotel balaicerap untuk tatapan umum, serta diletak di koridor hotel.
Oleh itu, saya perlukan bantuan untuk handle event-event tersebut, terutama yang
no.2 Ketika gerhana tu, saya juga akan handle bahagian penerangan kepada orang ramai (petang dan malam).
Untuk
no.3 tu, boleh refer kepada apa yang Muzamir minta di
SINI. Ingat 22 Nov tarikh tutup!
Harap ahli FO dapat bergerak aktif kali ini, janganla senyap je.. huhu..
Tq