Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berdasarkan senarai yang dikumpukan di thread
INI, saya ingin mulakan satu kumpulkan maklumat berkenaan
kesan pencemaran cahaya di kawasan masing-masing.
Kemudian, satu
artikel rasmi FO akan saya letak di laman utama, dan dijadikan sebagai sumber informasi kepada media, agensi kerajaan dan pihak-pihak yang berminat untuk mengetahui kesan pencemaran cahaya terhadap alam sekitar dan terutama sekali langit malam.
Jika dapat kumpul banyak info, mana lah tahu boleh desak pihak berwajib untuk mengeluarkan ordinan pencemarana cahaya.

Saya berpendapat untuk permulaan, kita
kumpulkan foto-foto di kawasan yang mengalami pencemaran dan juga kawasan yang gelap penuh bintang. Foto-foto ini, saya mintak izin untuk guna dalam artikel rasmi tu. Kredit akan diberi kepada tuan punya foto.
Comparison on the layman level.
Harap ada respons. Kalau tidak, habislah semua location gelap di Malaysia!!!

kena migrate ke Australia pula..
