Terima kasih
Ck saya dah cuba
Tak ada masalah dengan peralatan. Hanya fokus tak tepat.
Mungkin anda hanya fokus dengan kanta mata. Lepas itu, anda gantikan dengan kamera. Biasanya anda perlu lakukan proses fokus setiap kali anda tukar peralatan.
Untuk mencapai fokus untuk kamera selepas mencapai fokus untuk kanta mata, biasanya anda perlu ubahkan kedudukan kamera hampir kepada teleskop. Kalau anda gunakan diagonal dengan kanta mata, mungkin titik fokus tidak jauh apabila anda tanggalkan diagonal dengan kanta mata dan gantikan dengan kamera.
Paling senang untuk fokus ialah gunakan live view kamera. Mula2 fokus pada bintang yang cerah dengan kanta mata. Tukarkan dengan kamera and fokus guna live view. Gunakan pembesaran live view, biasanya 5x atau 10x. Lepas capai fokus, ubahkan teleskop ke objek yang anda nak rakam. Berhati2 supaya anda tak ubah fokus. Kalau objek, cerah, anda boleh guna live view untuk pastikan fokus tidak berubah.
Lagi satu sebab anda tak capai fokus ialah mungkin anda tak ambil gambar secara prime fokus. Maksud prime fokus ialah pasangkan kamera terus ke fokuser tanpa melalui sebarang peralatan lain seperti diagonal.
Begini cite nye..
Peralatan yang saya gunakan :
1. EQ5 Mount
2. Teleskop Skywatcher 80mm
3. Canon 1100D untuk image
4. Camera adapter
Bila guna Eyepiece view memang cantik.. tp bila masuk kamera jadi gini dah edjust zoom xbleh2 juga.. Mohon tunjuk ajar

Guna peralatan yang sama tapi di
siang hari. 
1. Aim ke buah kelapa atau lampu di tiang letrik tapi yang terjauh. Hanti2 jangan aim ke mata hari. guaranti buta mata.

2. guna eyepiece yang sama. focus. tanda focus di batang focuser dengan pensil. ini untuk memastikan yang aim yang betul.

3. tampa gerak telescope tukar eyepiece dengan Canon 1100D.
4. set camera ke P mode.
5. Turn on Live View.
6. Adjust focus terbaik.
7. Magnify live view ke 5X
8. Adjust focus sekali lagi
9. Magnify ke 10X
10. Adjust focus. Tanda di batang focuser dengan pensil. (
Bila malam nak focus ke bintang dengan kamera adjust focuser ke line ini. Trim lah.)
11. Take a picture.
12. Aim ke tempat lain. Buat lagi sekali.
Masalah:
Mungkin tak boleh focus sebab

i. kena guna extender.
ii. kena potong adapter.
cheers
Semua pak aziz cakap saya dah cuba juga..
Macam tak capai fokus bila guna camera + adpater??