Saya pun tak baper terrer lagi nak kenalpasti buruj-buruj dilangit ni. Hanya beberapa buruj2 yg terkenal sahaja yg saya boleh kenalpasti dengan mudah seperti sagittarius, scorpius, orion, andromeda dll. Saya banyak belajar nak kenalpasti buruj2 ni dengan mengambil gambar langit menggunakan kamera digital dan kemudian saya gunakan software astronomi seperti Starry Night atau yg percuma Stellarium untuk membantu saya kenalpasti bintang2 dan aturan bentuk buruj tersebut.
Mula-mula memang juling biji mata tak tau kat mana nak start mula. Tapi untuk membantu pastikan yg anda tahu gambar tersebut diambil dari sebelah langit yg mana (utara,selatan,timur dan barat) kemudian masa dan tarikh gambar tersebut diambil. Kemudian buka perisian astronomi tersebut dan rujuk kedudukan langit pada arah, tarikh dan masa yg sama seperti yg ada di dalam gambar tersebut. Kemudian cuba bandingkan gambar yg terlah diambil dengan software tersebut.
Saya cuba buat mental image dalam otak dulu kedudukan bintang2 yg terang dalam buruj tersebut dan cuba kenalpasti bintang tersebut dalam gambar. Jenuh jugak sampai isteri saya pun naik pelik apa yg dok tenung gambar hitam berbintik2 tuh

Tapi insyaallah lama2 ok lah.
p/s: gambar diatas saya dah update dengan gambaryg saya dah susun aturan buruj2nya.