Di langit Malaysia sekarang, sekitar jam 8:30 PM, kelihatan satu gugusan bintang yang agak rapat. Menggunakan mata kasar, ia kelihatan seperti satu gugusan anggur dengan 6 atau 7 buah bintang. Menariknya sekitar gugusan bintang ini, terdapat nebula berwarna kebiru-biruan mengelilingi gugusan bintang ini. Ia dikenali sebagai bintang 7 / 7 sisters / Pleiades.
Semalam cuaca sedikit baik, memberi saya peluang untuk cuba merakam objek ini menggunakan setup saya:

Cuaca masih tidak sempurna sepenuhnya kerana masih terdapat awan nipis. Akan membuat cubaan lain jika cuaca & masa mengizinkan...
Saya juga berkesempatan merakam kembali Nebula paling terang di langit malam tersebut... Memang nyata, lokasi dan cuaca memainkan peranan yang penting dalam mendapatkan imej yang baik...