May 23, 2012, 06:40:08 PM
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: 8 Ogos 2005 Himpunan Bulan, Musytari dan Kejora  (Read 6324 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
botok
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 163


« pada: August 08, 2005, 10:32:44 PM »

Bagus sungguh maklumat dari Kalendar Samawi Falak-Online ni. Dapat saya bersedia untuk mengambil gambar fenomena semasa yang terjadi. Petang tadi sejurus selepas Maghrib semasa keluar untuk ke kelas saya bawa bersama kamera digital untuk mengambil gambar himpunan Bulan (berumur 3 hari) dengan planet Musytari (Jupiter) dan Kejora (Venus). Saya panjat atap rumah sebab banyak pokok yang menghadang permandangan dari arah barat, nampak tangki air kat sebelah kanan gambar!  tongue



Bulan dan Kejora ketika ini berada dalam buruj Leo manakala Musytari berada dalam Buruj Virgo. Kadar kecerahan objek pula mengikut perisian Starry Night; Bulan (magnitude -10), Kejora (magnitude -3.95) dan Musytari (magnitude -1.81). (Semakin cerah/terang objek itu maka nilai magnitude akan semakin berkurang). Jarak antara objek di dalam gambar mengikut perisian Starry Night; Musytari-Bulan 22 darjah dan Bulan-Kejora 2 darjah.

Kita tunggu esok pula untuk fenomena seterusnya, insyaAllah . . .
Logged
kamayok3
Guest
« Reply #1 pada: August 09, 2005, 02:28:04 PM »

Cantiknya....tak sempat nak balik rumah ambil gambar ni. Smiley

Sayang sekali. Harap malam ni dapatlah mengambil gambar ni.

Tommy
Logged
rizal
Kapten Sistem Solar
***
Offline Offline

Posts: 90


« Reply #2 pada: August 09, 2005, 11:19:55 PM »

Masyaallah-Memang cantik sempat saya tengok semalam lepas Maghrib masa balik surau.
Cuma takde camera yang sesuai nak ambik shot tu.
Good shot botok!

Logged
botok
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 163


« Reply #3 pada: August 10, 2005, 10:40:29 PM »

Malam 10 Ogos 2005 ni pula, masih himpunan yang sama (Bulan, Planet Musytari dan Planet Kejora) tetapi dalam susunan yang berlainan. Saya ambil beberapa gambar dengan konfigurasi kamera yang berbeza untuk melihat kesan dan kualiti gambar tersebut. Susah juga nak ambil gambar objek samawi yang lain bersama dengan Bulan yang terang ni. Kena mainkan sikit exposure setting.



Bulan dan Musytari berada dalam buruj Virgo manakala Kejora berada berseorangan dalam Buruj Leo (Semacam Musytari dan Kejora bertukar tempat pula, sedangkan Bulan yg beralih posisi  tongue) Kadar kecerahan objek pula mengikut perisian Starry Night; Bulan (magnitude -11.13), Kejora (magnitude -3.95) dan Musytari (magnitude -1.80). (Semakin cerah/terang objek itu maka nilai magnitude akan semakin berkurang). Jarak antara objek di dalam gambar mengikut perisian Starry Night; Bulan-Musytari 2 darjah dan Bulan-Kejora 24 darjah.
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« Reply #4 pada: August 11, 2005, 02:30:54 PM »

nice shot botok! kira boleh lah jadi presiden kelab "camera digital astronomy"  grin

 aktif dan sungguh menarik! Alhamdulillah tengok cuaca kat Alor Setar tak kena jerebu! Ni tengahari ni baru smapi KL dari PD, sepanjang perjalanan memang teruk, tak pernah tengok macam ni! Matahari warna merah dan boleh tengok direct!  shocked 

Masyaallah-Memang cantik sempat saya tengok semalam lepas Maghrib masa balik surau.
Cuma takde camera yang sesuai nak ambik shot tu.
Good shot botok!

bro rizal!! lama tak dengar berita? sibuk standby lepas launching 3G haritu ke?  grin  amacam teleskop baru?
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
kamayok3
Guest
« Reply #5 pada: August 11, 2005, 02:50:53 PM »

Ada kelab digital camera?Huh? Saya nak join, boleh tak?
 afro

Tommy
Logged
rizal
Kapten Sistem Solar
***
Offline Offline

Posts: 90


« Reply #6 pada: August 11, 2005, 03:25:51 PM »

Sibuk sikit shah Jumaat lepas ada problem stay kat site 30 jam tak tido!
 Nak meneropong tak sempat. Bila nak kumpul .. nak beljar lagi dengan shah ni Smiley
Logged
kamayok3
Guest
« Reply #7 pada: August 11, 2005, 03:32:39 PM »

shah,

macam mana dengan perjumpaan kat ahad ni? Jerebu kuat oh. Macam mana nak teropong?

Rizal...macam mana dengan visual back tu?

Tommy
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« Reply #8 pada: August 11, 2005, 03:38:12 PM »

Sibuk sikit shah Jumaat lepas ada problem stay kat site 30 jam tak tido!
 Nak meneropong tak sempat. Bila nak kumpul .. nak beljar lagi dengan shah ni Smiley

bila-bila boleh.. kena set satu masa, weekend ke, jumaat malam sabtu ke.. time semua free... tapi kalau dpt jumpa sabtu ni ok gak.. memang tak dapat dtg ke?  undecided


shah,

macam mana dengan perjumpaan kat ahad ni? Jerebu kuat oh. Macam mana nak teropong?

Rizal...macam mana dengan visual back tu?

Tommy

Tommy, nampak gaya terpaksa cancel je lar... API dah above 400 ni risau gak... dan tak jadi lah nak beli focuser tu..buat kira-kira tadi...  lari budget! sori. maybe ada pembeli lain yg berminat. tnx though  smiley
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
kamayok3
Guest
« Reply #9 pada: August 11, 2005, 03:56:11 PM »

Kalau begiu....biar sajalah. Jumpa lagi hari sabtu ni.

Tommy
Logged
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.135 seconds with 20 queries.