May 23, 2012, 06:41:27 PM
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Tarian Kejora & Musytari  (Read 3632 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« pada: August 26, 2005, 12:07:40 PM »

 Jika anda melihat ke arah langit sebelah barat, setiap kali selepas waktu Maghrib, anda akan dapat lihat dengan jelas kehadiran 2 buah objek seperti bintang yang bersinar begitu terang sekali.

Objek-objek tersebut ialah planet Kejora dan Musytari. Ketika artikel ini ditulis, Kejora berada di bawah dari kedudukan Musytari, dan bersinar paling terang.

Sehingga awal bulan September nanti, perhatikan perubahan posisi kedua-dua planet ini. Untuk memudahkan anda, jadikan Kejora sebagai tanda. Kita akan dapati setiap hari bermula hari ini, Kejora akan bergerak semakin hampir dengan Musytari. Sehinggalah kedua-duannya berada pada kedudukan paling dekat ( dipisahkan sejauh 1.2 darjah ) pada petang 1 Sep nanti. Selepas dari tarikh tersebut, Kejora pula yang berada di atas Musytari.

Perubahan posisi planet-planet ini amat jelas, dan merupakan satu peluang fotografi yang menarik dan tidak harus dilepaskan begitu sahaja! Anda tidak perlukan teleskop untuk mengambil gambar. Cuma gunakan kamera slr biasa atau kamera digital dan set lah bukaan aperture selama 1 hingga 2 saat. Cukup menarik untuk dijadikan koleksi.

Apa lagi jom teropong!  grin
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
bulan
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 2


Email
« Reply #1 pada: October 20, 2005, 10:37:15 AM »


Assalamualaikum,

En. Shahrin, betul ke pada 21hb meteor akan jatuh ke bumi? Adakah kehadiran meteor nanti akan membawa kesan ke atas bumi seperti bencana alam?

Adakah berita ini betul2 disahkan? Bolehkah meteor ini dilihat dengan mata kasar atau teleskop berkuasa biasa?

Saya harap En. Shahrin dapat mengupload gambar2 meteor tersebut.


Sekian, terima kasih.


* Tak sabar nak tengok meteor...setelah sekian lama menunggu
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« Reply #2 pada: October 20, 2005, 12:27:38 PM »

Waalaikumsalam,

alamak! meteor mana pulak nak jatuh?  shocked  boleh attachkan sumber berita tersebut....

Tapi kalau sdra bulan maksudkan juraian meteor Orionids, memang akan berlaku awal pagi 21hb nanti, tapi benda tu dah berlaku tahun-tahun sebelum ni.... kira normal lah tu..

dan begitu juga juraian meteor yang lain yang berlaku sepanjang tahun...  grin
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
udin
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 3


Alam Nan Indah... Anugerah Allah... AllahuAkbar...


WWW Email
« Reply #3 pada: October 20, 2005, 12:34:35 PM »

shocked huk aloh... nih kira bahaya jugak nih... sbb sekarang nih isu yang macam nih boleh dikira sensitif..sbb dah terlalu banyak orang percaya dengan "berita" tu... jangan percaya benda yang bukan2... tunggu je dengan teleskop 21 haribulan tu nanti.. heheheh  grin grin
Logged
bulan
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 2


Email
« Reply #4 pada: October 20, 2005, 03:36:24 PM »

Assalamualaikum,

La....ye ke..? Saya tersilap tafsir kot...ahaks..!


 afro
Logged
hairul
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 1


« Reply #5 pada: October 21, 2005, 03:09:00 PM »

assalamualaikum, en shah, juraian meteor tu dah berlaku ke...hari ni 21hb
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« Reply #6 pada: October 21, 2005, 06:37:21 PM »

sepatutnya berlaku sekitar awal pagi tadi, tapi cuaca mendung di sini. Lagipun Bulan yang hampir penuh berada di kawasan radiant juraian meteor tersebut menyukarkan lagi kenampakan meteor2 tersebut.  tongue
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
Bahiyah
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 1


« Reply #7 pada: November 08, 2005, 11:51:03 AM »

assalamualaikum...

saya ni memang tak arif langsung dengan bidang ni... just that lately ni banyak sungguh pemandangan objek yang cukup menarik di langit kita... subhanallah... sejak itu saya berusaha menjejak bintang apakah itu, planet apakah itu???.... anak2 pun cukup berminat bila saya bercerita tentang planet yang dikaitkan dengan "alien"... saya dah dapat menjejak kedudukan marikh... cuma ada satu bintang cerah (kadang2 terlalu cerah cahaya putihnya) di langit barat  (sekarang ni berdekatan dengan bulan sabit ) yang saya tak tahu apa dia... selama ni saya beranggapan ia adalah satelit... wahai ahli2 astronomi yang arif, 1) apakah bintang cerah tu 2) macam mana nak identify yg itu adalah satelit 3)perbezaan rupa bintang biasa dan planet... last but not least "selamat hari raya".... thanks....
Logged
botok
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 163


« Reply #8 pada: November 09, 2005, 02:16:08 PM »

Mengikut ilmu saya yg tak seberapa ni, saya cuba jawab

1. Bintang yg sekarang tersangat terang dilangit barat ketika waktu senja hingga awal malam adalah planet Kejora (venus) yg merupakan objek langit yg paling terang selepas bulan. Pada waktu sekarang, ketika waktu senja, 2 planet akan kelihatan, dilangit timur planet Marikh (mars) akan mula naik dan dilangit barat planet Kejora (venus) akan mula turun.

2. Yang ini tak pasti, tetapi setahu saya, satelit ni bergerak dengan agak pantas melintasi langit tidak seperti planet dan bintang. Satu lagi agak sukar untuk kita melihat satelit kecuali ketika waktu matahari mula naik dan mula turun. Disebabkan kedudukan orbitnya yang dekat dengan bumi, maka memerlukan sudut2 tertentu untuk membolehkan cahaya Matahari dipantulkan.

3. Yang biasa saya guna ialah, planet biasanya terang dan tidak berkelip (benar bagi planet2 yg terang seperti kejora, merkuri, marikh, musytari dan zuhal). Satu lagi lokasi planet2 dilangit biasanya sentiasa berubah2 berbanding dengan bintang2 yg kekal pada buruj2 masing2.

Wallahualam
Logged
kamayok3
Guest
« Reply #9 pada: November 09, 2005, 05:29:50 PM »

shocked wohoooo.....Jawapan Botok betul jua.

Tommy
Logged
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.109 seconds with 19 queries.