Waalaikumsalam sdra mior,

Kalau kita rujuk kepada gambarajah dlm website NASA di
http://sunearth.gsfc.nasa.gov/eclipse/OH/image1/Fig06-PLE2005.GIFkita dapat perhatikan maksud fasa gerhana maksimum ialah ketika bulatan bulan berada pada kedudukan paling ke "dalam" di dalam kawasan bulatan bayangan bumi yang berada di langit.
Kalau dalam kes gerhana 27 Okt 2004 dulu , kalau lihat gambarajah kat bawah ni, kita perhatikan laluan bulan ketika tu memasuki ke dalam sebahagian besar kawasan bayang-bayang bumi, seterusnya menyebabkan gerhana penuh. Dan ketika ia berada di kawasan paling 'dalam' , ketika itu ia dipanggil 'fasa gerhana maksimum'

Begitulah ceritanya...

Kalau ikut kalendar masih 13 Ramadhan, tapi yelar, kita kira pertukaran ke tarikh baru berlaku sebaik sahaja matahari terbenam, jadi malam tu dah masuk 14 Ramadhan.. cepatnye masa berlalu!!

-Shah-