Stellarium ialah satu perisian simulasi keadaan langit, iaitu kedudukan buruj-buruj, planet, bulan dan matahari berdasarkan waktu, tarikh dan lokasi pencerap.
Menggunakan teknologi OpenGL,
Stellarium boleh dikatakan mampu memberi satu visual yang sungguh realistik, dan membolehkan kita membayangkan keadaan sebenar langit dengan mudah dan efektif.
Terdapat 3 versi yang boleh dimuatturun, iaitu versu MacOSX, Linux dan Windows.
Yang paling menarik berkenaan perisian ini ialah ia adalah percuma. Kita tidak perlu membayar satu sen pun.

Saiznya agak besar iaitu
16 Mb, jadi jika anda sambung ke internet menggunakan kaedah dial-up, banyak-banyak lah bersabar!

Apa lagi, muat turun lah perisian ini dan berikan komen anda di sini.