Haah, terlupa pula saudara bulan kita pun ada pada waktu itu

Dah 2 malam saya berjaga, rezeki belum tiba lagi, awan penuh menutupi langit, saudara bulan pun tak nampak.
Untuk mencerap meteor guna video apa jenis lens yg sesuai kita guna? wide-view atau telephoto?
Baru-baru ini saya masuk ke stor kat pejabat nak cari barang, sekali terjumpa dalam kotak barang2 surplus dari project security kat Ngurah Rai Airport Bali dulu. Terfikir pula nak setup automated video recording untuk mencerap meteor.
Yg dah ada :CD Camera. Yg ni berlambak. Dulu ada 2-3 camera high gain camera 0 lux rating tapi tatau dah yg mana satu sebab takde tanda jadi kene cuba satu try and error. Normal CCD security camera.

Ini pula capture card. Pun high-end model boleh cature 48 video signal source real-time at full frame-rate 30fps. Ini rasanya dari Hankook (company yg sama buat tayar

), korea. Harga beli dulu kalau tak silap RM12K!

Overlay card untuk multiplex overlay video ker monitor secara real-time. Ini high-end model up to 48 video sources boleh display in one time.

Sony DDS tape sepatutnya rosak tapi saya test okay plak ... disebabkan video ambil ruang yg besar guna tape lagi bagus cuma nanti susah nak review isi kandungan jer la, sepatutnya berfungsi sebagai backup tape.

Cable untuk sambung camera dari capture card melalui coaxial cable.
Yg belum ada :1. High-end dedicated PC. Ini kalau nak guna banyak kamera. Kalau setakat 3-4 kamera setup sahaja memadai PC biasa sahaja.
2. Time scheduler atau motion detect video capture software, sekarang tengah test UFOCapture yg ykchia member singaastro guna untuk meteor capture setup dia.
3. Housing untuk kamera2 tersebut. Sebab nak letak kat luar nanti kang hujan sia2 jer.

4. Cuaca yg baik untuk test sistem. Dah 2 malam belum ada rezeki. Minta doa semua, aminnnn.
SetbackKesemua peralatan adalah milik syarikat. Maka semua setup mestilah berada dalam lingkungan pejabat sahaja tak boleh buat balik. ehehehe. Terpaksala setup kat opis semua benda2 ni. Tapi yg bagus pulak tak payah bayar bil letrik dan kat opis saya light pollution kurang dari kat rumah saya.
Sebarang komen dan cadangan dari saudara/i semua amat2 saya harapkan.