May 23, 2012, 07:33:40 PM
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Suasana langit di Tahun Baru 2006  (Read 2364 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
botok
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 163


« pada: January 01, 2006, 05:15:18 AM »

Selamat menyambut tahun baru 2006 kepada semua.

Sejak dua menjak ni di Alor Setar langit sentiasa berawan, baru sahaja lepas banjir baru baru ini (kawasan rumah saya pun hampir2 naik air jugak) tiba-tiba diambang tahun baru, awan menghilangkan diri, langit sungguh bersih cuma setompok 2 awan sahaja yg kelihatan itu pun cuaca berangin cepat sahaja berlalu.

Sempat saya mencerap seketika (tak tahan serangan nyamuk bertubi2) dan ambil gambar wide field. Menariknya buruj Orion ketika detik tengah malam betul2 pada zenith tegak di atas kepala. Saya ambil beberapa keping gambar dan cuba proses align dan stack dalam perisian IRIS. Saya juga cuba proses perlbagai jenis stacking option yang ada dalam IRIS, lihat perbezaannya.

Klik pada gambar untuk imej beresolusi tinggi 1000x750 pixel







Walaupun dari sumber imej yang sama tetapi menjalani proses yg berlainan, hasil pun berbeza Smiley
Ada juga beberapa keping gambar pada jam 8:30 malam yg menunjukkan buruj Orion juga tetapi ketika masih rendah di ufuk timur. Sebelah timur dari rumah saya menghadap bandar Alor Setar betul-betul sebelah Stadium Darul Aman. Lihat pencemaran cahaya yg terhasil. Tongue





p/s: Apa azam tahun baru? Azam saya? Masjid sebelah rumah jer tapi liatnya nak pergi jemaah, kita mulakan dengan subuh pertama tahun baru . . . Smiley
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« Reply #1 pada: January 01, 2006, 10:44:07 AM »

Selamat tahun baru masehi semua, dan jangan lupa tak lama lagi Awal Muharram!  grin

Botok, ko punya gambar semakin meningkat mutu dan keunggulannya! Kena belajar lah lepas ni bab-bab digital kamera fotografi kat ko..  grin

Paling suka 2nd foto tu... memang detail habis! Ada yang imej pada saiz asal? nk cuba tengok berapa kelam yang boleh dilihat dalam foto tu!!  afro
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
botok
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 163


« Reply #2 pada: January 01, 2006, 02:13:39 PM »

Haah terlupa pulak nak letak imej asal, padahal dah rancang nak letak untuk tunjuk perbezaan.

Klik pada imej untuk resolusi lebih besar 1000x750 pixel


Pada pengamatan saya, lain kaedah stack yg kita guna lain pula hasil imej yg kita dapat. Jika guna median stack, imej memang kurang noise. Jika guna arithmetic stack, detail imej lebih menonjol.

Pemprosesan imej dalam IRIS semakin lama semakin mudah dan automatik. Nanti kalau ada kelapangan saya buat satu panduan bagaimana saya proses imej menggunakan IRIS. Nanti semua warga falak-online.net boleh cuba terutama yg ada digital kamera dan tinggal dikawasan bebas pencemaran cahaya mesti imej2 mengancam!
Logged
botok
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 163


« Reply #3 pada: January 01, 2006, 02:34:17 PM »

Eh silap faham la! Ingatkan shah mintak gambar asal tanpa apa-apa pemprosesan. Rupanya gambar resolusi asal yg arithmetic stack tu eh? Resolusi asal 1600x1200, sebenarnya kamera tu boleh pergi sampai 2272x1704 tapi saya kurangkan resolusi untuk kurangkan noise dan jimatkan masa nak proses imej.

http://img520.imageshack.us/img520/3029/orionadaptiveasal0kf.jpg
Logged
perseid
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 131


WWW
« Reply #4 pada: January 02, 2006, 12:25:52 AM »

Saya setuju dengan Shah. Kualiti gambar Botok semakin hari semakin baik. Itu pun hanya guna kamera digital biasa. Kalau Botok ada digital SLR, tentu lagi mengancam!

Anyway, Selamat Tahun Baru pada semua.
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« Reply #5 pada: January 02, 2006, 12:37:42 PM »

Eh silap faham la! Ingatkan shah mintak gambar asal tanpa apa-apa pemprosesan. Rupanya gambar resolusi asal yg arithmetic stack tu eh? Resolusi asal 1600x1200, sebenarnya kamera tu boleh pergi sampai 2272x1704 tapi saya kurangkan resolusi untuk kurangkan noise dan jimatkan masa nak proses imej.

http://img520.imageshack.us/img520/3029/orionadaptiveasal0kf.jpg

yup betul tu.. nak tanya lagi satu,  kamera canon ixus tu pernah digunakan untuk ambil gambar bulan atau matahari tak? lebih-lebih lagi matahari..... setting exposure time paling laju ialah berapa yek? adakah ia cukup selamat untuk ambil gambar matahari tanpa sebarang filter?
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
botok
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 163


« Reply #6 pada: January 02, 2006, 05:42:51 PM »

Terima kasih Shah dan CK atas galakan anda semua. Tapi sebenarnya saya rasa bukan teknik saya yg makin baik tapi perisian IRIS yg makin lama makin canggih.  wink

Pernah saya guna untuk ambil gambar bulan (handheld eyepiece projection). Tapi kebanyakan gambar bulan yg saya ambil guna Sony DSC pasal ada zoom optikal, Canon Ixus i ni takde zoom optikal tu yg leceh skit jadi guna untuk wide field jer la. Setting exposure paling laju 1/1500 saat, paling lambat 15 saat. Aperture f2.8 fixed. Untuk Matahari tak pernah (tak berani wooo, hangus ccd karang  cheesy)
Logged
kamayok3
Guest
« Reply #7 pada: January 02, 2006, 08:10:44 PM »

teringin nak ambil wide field semacam ni.....Tapi.......camera hilang!!!! Sad

Tetapi saya sekarang ni sedang membuat research tentang vintage 35mm SLR camera.....Ingin dapatkan satu set dengan lenses sekali second hand.Smiley

Harap kita dapat jumpa lagi. Selamat tahun baru!


Tommy
Logged
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.188 seconds with 20 queries.