Assalamulaikm wrt,
Ini adalah surat saya pada bharian.com. Saya tak tahu keluar @ tak. Mungkin ia boleh tambah koleksi artikel di falak.online

:
" Seperti mana kita sedia maklum, kita baru saja menyambut Hari Raya Idil Adha pada 10 Jan ( Selasa ) lepas. Media-media melaporkan bahawa sambutan kali ini adalah “sederhana tapi meriah”. Walau bagaimanapun pada pemerhatian saya, Hari Raya Idil Adha tahun ini bukan setakat sederhana tapi meriah malah kelam kabut. Ini kerana Hari Idil Adha tahun ini jatuh pada hari Selasa. Manakala cuti umum pula hanya 1 hari, berbanding Hari Raya Idilfitri. Maka kelam kabutlah budak-budak sekolah, kakitangan swasta dan kerajaan terpaksa berkejar ke kampung kemudian ke rumah kembali. Itu bagi yang dekat tapi bagi mereka yang jauh hanya mampu menelefon ibu bapa dan sanak saudara.
Hari Idil Adha merupakan salah satu hari raya yang diiktirafkan oleh Nabi SAW bila Baginda mengatakan umat Islam mempunyai 2 hari raya, iaitu Hari raya Idil Fitri dan Idil Adha. Jika dengan sambutan awal Hijrah, Israk Mikraj, Nuzul Quran diberi cuti 1 hari maka terlebih afdhal atau utama hari idil adha diberi cuti 2 hari. Ini bagi memberi peluang kepada umat Islam melakukan ibadah Qurban sepanjang hari Tasyrik. Jika 1 hari saja cuti tentu kelam kabut tok-tok imam hendak menyelesaikan Qurban-qurban yang dibuat pada 10 Zulhijjah. Ini kerana hari 11,12 dan 13 kita dah bekerja.
Ini juga bertepatan dengan perlembagaan persekutuan, yang memberikan keistimewaan pada agama Islam sebagai agama persekutuan. Sebagai salah satu perayaan utama umat Islam di seluruh dunia maka patut benarlah kita memberikan penghormatan yang lebih besar pada Hari yang mulia ini. Dengan itu moga-moga masyarakat kita akan lebih menghayati hari Raya Idil Adha yang semakin hari telah hilang serinya. Malah ada anak-anak kita tidak tahu pun yang kita akan menyambut Idil Adha pada Selasa lepas. Sesetengah pasaraya pula sibuk mempromosikan perayaan Christmas dan Tahun Baru Cina saja tanpa mempromosikan perayaan Idil Adha.
Maka kerana itulah saya merasakan pihak berkuasa dan berwajib sepatutnya memberikan cuti 2 hari untuk hari Idil Adha. Bukan isu hendak cuti lama di sini tapi isu pengiktirafan dan penghayatan kita pada hari yang mulia ini. Benar kita boleh ambik cuti rehat, tapi jika cuti umum diberikan bukankah ini melambang komitmen dan pengiktirafan kita dalam menyarankan umat Islam untuk menghayati ajaran Islam. Apatah lagi dengan konsep Islam Hadhari yang telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri kita. Jika langkah ini tidak kita ambil maka saya bimbang masyarakat kita akan terus leka dan lupa tentang hari Idil adha. Mungkin satu hari nanti kita akan lihat umat Islam berbondong pergi ke Zoo bagi menghabiskan cuti 1 hari Raya Idil Adha, kerana sudah tidak menghayati pengorbanan yang perlu ada pada hari idil Adha."
al-Zarqali