Nice pics!!

Cassini division senang je nampak. Yang ni guna Toucam pro II ke?
Thank you all for the words on encouragement.
Memang saya guna ToUcam, tapi tak pasti model mana. Pro II kot. Yang susah nak nampak ialah Encke division atau keeler gap kat ring A. Kalau process lebih, boleh nampak, tapi imej Saturn tak nampak elok sangat.
Botok,
Tak lah elok sangat gambar Saturn saya. Ada gambar yang lebih elok lagi yang diambil oleh amateur. Tapi saya agak berpuas hati sebab masa ambil gambar, seeing condition sangat baik. Dalam raw frame pun boleh nampak banyak detail.
Kalau cerah malam ini, mungkin nak cuba dapat wide field dengan Beehive cluster sekali masuk.
Observatori saya kat Balik Pulau, Penang dah saya pasang dua mount untuk pelbagai teleskop. Kalau ada sesiapa yang ada plan datang ke Penang, boleh lah singgah dan buat pencerapan bersama.