Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya terpanggil dengan idea yang diberi oleh ahli forum kita, kamayok, untuk mengambil foto "earthshine" ketika bulan sabit masih lagi muda. Bertitik-tolak dari situ, saya menyediakan satu topik baru ini untuk memberi peluang kepada ahli-ahli forum membuat ekperimen menggunakan kamera digital untuk merakam foto fenomena ini.
Syarat-syaratnya ialah:
1. Hanya foto yang diambil menggunakan
Digital Kamera atau
DSLR sahaja, tanpa bantuan teleskop atau binokulars.
2. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis setting yang ada pada kamera anda untuk mendapatkan imej yang terbaik.
Tatacara projek ini ialah seperti berikut:
1. Rakam gambar menggunakan kamera digital anda.
2. Kenalpasti nama ciri-ciri permukaan bulan, seperti kawah dan sebagainya, yang berjaya dirakam, dengan menggunakan perisian-perisian khusus untuk bulan seperti
Virtual Moon Atlas .
3. Pos kan foto anda ke forum ini dalam 2 bentuk : yang pertama foto asli tanpa sebarang tandaan , dan foto kedua - beserta dengan tandaan ciri-ciri permukaan yang berjaya dikenalpasti.
4. Sila sertakan setting kamera yang digunakan, tarikh dan masa rakaman.
Jika anda tak tahu macamana nak kenalpasti ciri-ciri permukaan bulan, tak menjadi masalah, poskan sahaja foto asal anda, saya pasti ramai ahli-ahli forum dapat sama-sama membantu.
Jom Teropong...Bulan!
