May 23, 2012, 08:07:51 PM
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
Pages: [1] 2   Go Down
Print
Author Topic: Siap sedia untuk menyambut rantaian Komet Schwassmann-Wachmann 3  (Read 4642 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« pada: April 11, 2006, 06:26:32 PM »

{Imej pada Mar. 8, 2006 oleh Ernesto Guido and Giovanni Sostero}


Komet Schwassmann-Wachmann 3, yang juga dikenali sebagai Komet 73P, sedang menuju pantas ke Bumi ketika ini.

Sudah hampir beberapa bulan, ahli astronomi amatur dan professional memerhati perubahan yang berlaku terhadap komet ini. Komet 73P telah berpecah kepada beberapa segmen sejak tahun 1995 lagi. Sehingga hari ini ia masih berpecah kepada satu rantaian komet yang panjang. Komponen pecahan komet ini digelar mengikut abjad. Komponen yang paling cerah ialah C, diikuti komponen B dan G.

Komponen B mengikuti C 1.0 hari ke belakang, dan kecerahannnya hampir sama. 0.2 hari di belakang komponen B ialah G, yang bersinar 5 magnitud lebih kelam dari B. Komponen-komponen seterusnya menyusuri di belakang G, pada kecerahan yang agak malap, menjangkau 1.2 hari ke belakang.

Dijangkakan pada pertengahan bulan Mei, komponen C akan bersinar pada magnitud 4, B (mag. 4 atau 6), G (mag 10). Komponen selebihnya besar kemungkinan berada pada magnitud 13 atau lebih.

Namun begitu tiada siapa yang tahu apakah yang sebenarnya akan dapat dilihat menjelang bulan Mei nanti. Adakah komet ini akan bersinar lebih cerah apabila ia terus menerus berpecah? atau adakah ia terus menjadi malap?

Kali terakhir sebuah komet berada begitu hampir dengan Bumi ialah pada tahun 1996, apabila komet Hyakutake berada pada jarak 40 kali ganda jarak ke Bulan. Komet 73P ini merupakan komet yang akan berada paling hampir dengan Bumi sejak hampir 20 tahun, dengan jaraknya akan mencapai sekadar 25 kali ganda jarak ke bulan ( 6 juta batu dari Bumi!)

Mengapa kecerahannya tidak sehebat komet Hyakutake (1996) atau  Hale-Bopp(1997) ? Ini adalah kerana komet ini telah berpecah kepada beberapa fragmen atau komponen yang kecil-kecil, justeru tidak memungkinkan ia bersinar dengan cerah.

Pada 7 April lepas, ahli astronomi amatur mendapati kecerahan komponen B meningkat dengan mendadak dan ia berada lebih cerah sedikit berbanding komponen C!

Pada 10 April, jarakknya sudah pun berada hanya 0.3 AU dari Bumi. Namun agak pelik kerana keadaan komet ini masih lagi compact dan kecil. Tidak terserak atau mengembang seperti komet Hyakutake.

Di mana komet 73P berada sekarang?

Pengiraan berikut saya buat berdasarkan elemen orbit yang diambil dari laman web
http://astrosurf.com/orbitas/COMETAS/73P.html dan dibuat pada kedudukan setiap jam 4 pagi.

Ketika ini, komponen C berada hampir di zenith, di dalam buruj Serpens, Menjelang akhir bulan April, ia akan merentasi di antara buruj Hercules dan Ophiuchus. Pada 2 Mei ia akan berada hampir dengan bintang alpha Ophiuchus (mag 2). Menjelang pertengahan bulan Mei, ia akan berada di dalam buruj Aquila, sebuah buruj yang berada di dalam kawasan Bima Sakti, penuh dengan bintang dan gugusan bintang! Pasti suatu pemandangan yang menarik!

Jom Teropong!
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
kamayok3
Guest
« Reply #1 pada: April 12, 2006, 09:57:18 AM »

Cubalah kita ikut yang ni...

http://cfa-www.harvard.edu/iau/Ephemerides/Comets/0073P.html

Tommy
Logged
kamayok3
Guest
« Reply #2 pada: April 12, 2006, 10:11:21 AM »

Hi,

apa kata kita plan satu comet hunting session pada awal bulan Mei?

Tommy
Logged
DinPerak
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 239


falakperak
WWW Email
« Reply #3 pada: April 12, 2006, 10:57:43 AM »

okey jugak tu.. bagi tau awal-awal..
Logged

Biar berjuta dugaan... Hidup mesti TERUSS..
Album Falakperak
DinPerak Fotopages
kamayok3
Guest
« Reply #4 pada: April 12, 2006, 12:57:39 PM »

Halo Dinperak..

Are you coming down to kl if thecomet hunting is ON?

Tommy
Logged
ridzuan
Pendekar Bulan
**
Offline Offline

Posts: 15


Email
« Reply #5 pada: April 12, 2006, 08:16:48 PM »

bagus juga tuu......boleh plan observation ramai2
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« Reply #6 pada: April 13, 2006, 05:28:48 PM »

mungkin kita boleh join activity starfinder sebagai permulaan...

lihat topik Spring Sky Observation-Organising by Starfinder Astronomical Society
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
bentze
Kapten Sistem Solar
***
Offline Offline

Posts: 50


WWW Email
« Reply #7 pada: April 14, 2006, 10:39:21 PM »

Since its not stated here, I'll just say it right here.
There is a propability that the comet may brighten up to 1st magnitude. However, the odds are very low.

It will brighten up to around fourth magnitude to so, but it is unlikely that it will get brighter than that. Here's an excerpt from Astronomy Magazine's Explore the Universe 2006.



Comet...... Comet
Nothing very exciting is expected to happen, but if another slight break-up occurs, it could make the comet a lot more prominenet.
Logged

"May the aperture be with you"
-Mark
kamayok3
Guest
« Reply #8 pada: April 15, 2006, 12:39:39 AM »

hi kawan-kawan...

Aktiviti malam sabtu akan diadakan seperti biasa. Sesiapa nak pergi tapi tak tau jalannya, cuba call saya kat 016-2230048(Tommy). KIta boleh meet kat Dam besar ulu yam.

Shah....you nak pergi keh? tak payah datang awal la. Tapi kalau nak, boleh juga. Setup semua alat dulu....Smiley

Regards,

Tommy
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« Reply #9 pada: April 15, 2006, 12:51:33 AM »

Tommy,

Saya akan pergi esok, dengan syarat kesihatan ok. Sekarang tak berapa sihat, kena rehat dulu, tengok keadaan esok... demam turki ni..  afro
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
bentze
Kapten Sistem Solar
***
Offline Offline

Posts: 50


WWW Email
« Reply #10 pada: April 15, 2006, 10:00:41 PM »

Read this

http://www.space.com/spacewatch/060414_night_sky.html
Logged

"May the aperture be with you"
-Mark
kamayok3
Guest
« Reply #11 pada: April 16, 2006, 10:44:43 AM »

hi,

Semalam saya cuba hunt the comet kat society activity, but at last fail to get it. The position is too near to Moon.

But if it is a moonless night, for a magnitude 10 object shouldn't be a problem to see through 4.5-8 inch scope.

Shah, semalam sana tak de line lah. Jadi tak dapat dengar suara awak. Kenapa u sampai Rawang sana?

Regards,

Tommy
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« Reply #12 pada: April 16, 2006, 10:33:46 PM »

Tommy,

Saya tak ingat jalan melalui batu cave, pasal dah lama tak pergi kawasan ulu yam. Jadi ikut selayang, hala ke kuala kubu, nasib baik ada nampak simpang masuk ke hulu yam baru.

Bila sampai jalan ulu yam tu, drive slow jugak, tapi tak nampak tempat P2 tu!!  shocked sampailah tiba-tiba dah berada di simpang hala ke batu caves! Lepas tu saya pusing balik! jalan..tapi still tak nampak signboard P2!!  shocked

masa tu dah pukul 12.30, last-last terus je balik!  grin

hari ni terus demam! batuk, hilang suara etc etc...demam turki tu!!  wink
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
kamayok3
Guest
« Reply #13 pada: April 22, 2006, 05:29:25 PM »

Hi,

Malam ni Saya dan Shah telah bercadang nak pergi ke suatu tempat yang agak memuas untuk melihat dan mengambil gambar comet 73P tu. Sesiapa nak join kita bolehlah sms saya kat 016-2230048 ataupun berkumpul kat carpark di luar FRIM,Kepong.

Lokasi kita adalah kat Hulu Yam Perdana. Ia terletak kat atas bukit.

Regards,

Tommy
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1724


shahgazer
« Reply #14 pada: May 09, 2006, 04:23:38 PM »

Carta yang diterbit menggunakan Skymap Pro 8


Imej di atas untuk 10 Mei


Imej di atas untuk 11 Mei


Imej di atas untuk 12 Mei


Imej di atas untuk 13 Mei


Imej di atas untuk 14 Mei
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
Pages: [1] 2   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.126 seconds with 20 queries.