May 24, 2012, 06:20:06 AM
News: Portal Falak Online sedang menjalani proses pengubahsuaian dan penyelenggaran tahunan. Harap Maaf atas segala kesulitan yang mungkin berlaku
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Berapa jam dlm seminggu korang cerap celestial objects?  (Read 1321 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
fukairei
Pendekar Bulan
**
Offline Offline

Posts: 28


Email
« pada: May 06, 2006, 06:50:12 PM »

:-DBagi astronomer yang memang minat gila dengan bidang ni mesti dah habis berjam-jam mencerap sampai pagi buta. Nak tahu gak berape jam yang diperuntukan oleh otai-otai kita kat sini. Abang Shah dan yang lain-lain boleh cerita skit tak?
Purata seminggu saya 3 jam je dan kadang-kadang pd malam cuti minggu boleh sampai subuh.
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1725


shahgazer
« Reply #1 pada: May 07, 2006, 05:51:27 PM »

ini soalan bonus ni! hehe, sebelum ni tak pernah pulak buat planning dan peruntukan waktu mencerap. Bagi saya lah, jika ada yang menarik di langit, saya akan pergi mencerap, selalunya depan rumah je.

Namun ia bergantung kepada keadaan cuaca jugak. Jika kita dah set 10 jam seminggu untuk cerap, tapi sepanjang minggu tu hujan dan mendung, jadi tak tercapai jugak target tu. Cuaca di Malaysia masalahnya ialah ia tak menentu. Dan jumlah hari langit cerah sepanjang tahun tidak konsisten.

Masa zaman muda-muda sebelum kahwin tu, rajinlah jugak sebulan sekali pergi ke tempat yang jauh dr bandar macam Fraser's Hill. Tapi sekarang ni kurang sikit, almaklumlah ada komitmen lain...

Secara umumnya, untuk kita di Malaysia ni, kena pandai "Observe Smart" atau Pintar Cerap, satu kaedah yang datang sendiri dengan pengalaman yang ada pada kita...

Contoh, jika kita tengok cuaca berangin tetapi langit cerah dan baik, selalunya tanda nak hujan. Jadi janganlan planning sakan nak cerap panjang malam tu, ambik hanya objek yang perlu-perlu sahaja.

Contoh lagi, jika sesuatu fenomena tu melibatkan susunan indah objek-objek di langit yang merangkumi ruang kawasan yang luas, guna binokulars sahaja. Tak perlu susah payah nak setup teleskop, kerana ia tak sesuai pada ketika tu...

Oleh itu kaedah Pintar Cerap penting kerana ia membantu kita mendapatkan hasil yang semaksimum mungkin berdasarkan situasi.

gitu-gitu lah...  afro

ps.. hmmm.. Pintar Cerap ni macam sedap pulak bunyi...kena trademark-kan nye...  grin
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
fukairei
Pendekar Bulan
**
Offline Offline

Posts: 28


Email
« Reply #2 pada: May 07, 2006, 08:49:08 PM »

Pintar Cerap? Best juga bunyinya tu. Boleh dijadikan satu istilah baru heh heh.

Memang saya setuju dgn abg Shah pasal keadaan langit Malaysia yang tak menentu ni. Kadang2 hujan kadang2 cerah,memang tak menentu.

Tapi saya memang suka kalau ptg hujan lebat, dan kebiasannya pd malamnya  langit akan clear. jadi pada malam tu di tempat tinggal saya, buruj yang sukar utk dikesan dengan mata kasar akan mudah dilihat. Guna binokular pun dah memadai.
Logged
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.082 seconds with 19 queries.