Klik untuk imej lebih besarSebentar tadi (7 Mei 2006) , langit agak baik di sekitar Sri Damansara. Walaupun ada awan, namun tidak ada nampak kehadiran lapisan jerebu yang telah hadir buat beberapa lama di sini. Saya mengambil peluang yang ada ini untuk merakam imej planet Musytari menggunakan webcam TouCam Pro, menerusi teleskop 8" LX90. Saya memberanikan diri dengan menaikkan pembesaran teleskop tersebut dengan menambah 3X Barlow Lens.
Hasilnya amat memuaskan. Ini merupakan kali ke-2 saya menggunakan TouCam, dan kali ini setelah mendapat tips dari rakan-rakan seperti kamayok, saya berjaya merakam ciri-ciri awan Musytari dengan begitu jelas sekali. Agak sayang ketika imej ini dirakam, the Great Red Spot tidak berada di kawasan yang menghadap bumi.
Saya menggunakan perisian VirtualDub untuk mengambil 1000 frame pertama dalam fail AVI yang diambil. Kemudian saya memasukkan fail tersebut ke dalam perisian Registax versi 3, untuk proses stacking. Selepas itu, saya edit sekali lagi contrast dan brightness menggunakan perisian GIMP.
Memang benar, webcam Toucam Pro ini membolehkan kita merakam imej planet-planet dalam keadaan yang amat jelas sekali!