Assalamualaiku hise,
dulu saya tengok hise pernah kata ada bino seperti di bawah
Saya mempunyai satu binokular yg ayah saya punya. Ada tulisan yg tertulis kat binokular tersebut ialah 99990 x 9880 MODEL 750 8m/980000m.. adalah binokular jenis ini boleh tengok bulan atau bintang atau sebagainya??

dah cuba untuk cerap guna bino tu?
Sebagai sedikit nasihat dan pandangan, kita jangan jadikan alasan tiada kelengkapan untuk tidak mencerap, saya percaya majoriti daripada kita di sini semua bermula mencerap guna mata kasar je ....

lagipun sdra hise agak bertuah kerana duduk di pantai timur, langit malam sana jauh lebih bagus berbanding kami yang berada di KL. Saya pernah dapat lihat hingga magnitud 5 dengan mata kasar je dari sana, dan boleh nampak Andromeda Galaxy dengan mata kasar!
Nasihat saya, jadikan kekurangan yang ada pada diri kita sebagai satu kelebihan! Kita utilize-kan segala yang ada pada kita, untuk dapatkan hasil.
Mungkin satu hari nanti, ada dermawan yang mungkin dapat bantu, tetapi itu hanya satu anggapan....oleh itu sebelum ia berlaku (atau tak berlaku), jangan biarkan malam-malam indah berlalu begitu sahaja... kerana langit malam tidak menunggu kita!
just my 2 cents..
