WOW!
Sebenarnya, saya gembira kalau dapat kita jumpa dan sembang pasal astronomi sebab banyak perkara yang ingin saya bincangkan terutamanya mengenai astrofotografi. Saya hanya mempelajari dan mengetahuinya dari laman web-laman web sahaja. Tidak ada orang untuk saya rujuk atau tanyakan.
Akan tetapi, pada 23hb Disember 2006, saya akan bertolak ke Pasir Gudang untuk menaiki kapal. Kemungkinan saya pulang dalam bulan Ogos atau September tahun depan. Peluang untuk bertemu anda mungkin tahun depan

Tidak apa, kali ini saya berlayar tak jauh, saya berlayar mengelilingi Asia Tenggara sahaja terutamanya Malaysia, Vietnam dan Singapura. Jadi, saya masih boleh belajar dari anda melalui forum ini.
Diharap anda dapat memberi penerangan mengenai pertanyaan saya di atas. Terima Kasih
