May 24, 2012, 06:56:59 AM
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Trip Report for Astronomy Convensyen 2007, USM Penang 9~11/03/2007 - Part 2  (Read 2448 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
kamayok3
Guest
« pada: March 12, 2007, 04:33:26 PM »

Continue~~~~~~~~~

Sampainya aktiviti pencerapan bagi malam yang kedua. Malam ini cuaca memang boleh dikatakan memuaskan tetapi adanya awan yang tebal juga dapat dilihat. Jadi, lebih banyak teleskop telahpun bersiap sedia untuk menangkap Zuhal pada malam ini. Orang awam dan kanak-kanak juga turut bertambah bilangannya. Sampainya Dinperak menjadi mahaguru dan memberikan peluang kepada orang awam untuk menyaksikan Zuhal dengan siaran langsung di komputer peribadinya. Melalui kaedah begini memang dapat memberikan manfaat kepada orang awam. Aktiviti pencerapan ini tamat pada pukul 11 malam. Saya akan poskan foto-foto bagi aktiviti pencerapan tersebut.

























Amat sedihnya kerana hari terakhir bagi konvensyen kali ini sudahpun sampai. Lombongan dari Singapore juga akan meninggalkan Pulau Pinang pada awal pagi ketiga. Saya berpeluang melihat mereka naik teksi dan berkejar masa ke stsen bas. Memang sedih melihat mereka pergi. Kena tunggu setahun lagi......... Smiley Aktiviti-aktiviti di dewan konvensyen turut bermula. Pencerapan matahari telahpun bermula. jumlah orang awam turut bertambah. Tiap-tiap kaunter sibuk dengan kegiatan mereka. Saya sempat bertemu dengan Professor dari UPM,Serdang di kaunter Perseid Telescope. Nampaknya mereka berminat dengan teleskop yang canggih itu. Smiley















Sudahpun pukul 3 petang. Sampai masanya untuk saya bertolak. Jadi ini juga menjadi masa yang paling sedih untuk saya. Jadi, macam biasa saya mengucapkan selamat tinggal kepada orang-orang yang saya baru kenal, berkenalan lama dan juga kawan-kawan baik saya.

Kesimpulannya, saya amat gembira dan memuas hati dengan kovensyen kali ini. Saya berharap konvensyen tahun depan akan dapat berjumpa dengan lebih banyak lagi rakan saudara dari bidang astronomi dan juga dapat menambahkan pengalaman yang lain berbanding dengan tahun ini. Dengan ini, saya juga akan poskan beberapa muka yang terkenal untuk rujukan kepada semua falak-online member.



Adik bagi Mr. Looi, Infinity Infocus



Mr. Lim, Father of CK Lim from Perseid Telescope.



Mr. Lee



CK Lim, Perseid Telescope.



Kenny Loh Chee Kean, Amateur astrophotographer.



Dr. Chong, USM Penang.



Mr. Sam



Mr. Teoh, Sky & Teoh Observatory.



Noor Azam, Penang.



En. Fauzi, Mufti Melaka.



William Chin, Amateur Astrophotographer.

Sekian terima Kasih.

Tommy Lim a.k.a Kamayok3

Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1725


shahgazer
« Reply #1 pada: March 12, 2007, 04:40:43 PM »

bravo Tommy kerana memberi laporan yang cukup lengkap.

Sayang sekali tahun ni tak dapat nk join, atas "sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan",  cry Banyak pengajarannya...  cool

Teringin nak jumpa Remus, tanya pengalaman dia join IISAC 2007. Dia ada ambil gambar komet McNaught tak?

Ok, terusnya pos gambar-gambar konvensyen tu...

Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
perseid
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 131


WWW
« Reply #2 pada: March 12, 2007, 10:36:07 PM »

Sungguh menarik laporan konvensyen dari Tommy. Malangnya, konvensyen tahun ini tak cukup menarik tanpa kehadiran ramai ahli amateur seperti Sharin.
Harap tahun hadapan semua dapat hadir.
Logged
DinPerak
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 239


falakperak
WWW Email
« Reply #3 pada: March 15, 2007, 11:54:09 AM »

BRAVO TOMMY.... laporan yang lengkap bergambar.. thanks a lot coz tolong baiki LX200 dan kongsi banyak idea cara mengendalikan teleskop dengan lebih baik. Juga thanks to perseid coz idea2 menarik dalam persembahan dan powerpoint presentation ( nanti saya translate powerpoint tu dalam malay version ). Sempat juga berpeluang bertemu dengan member falakonline kita iaitu farhana. Kite dari Perak naik satu kereta , dia dari UIA bawak satu bas.... fuuuhhh... bagus2... teruskan usaha anda Cheesy

Baru hari ni dapat mengadap komputer, sibuk menguruskan kursus falak di peringkat daerah. Nantikan gambar2 dan sedikit cerita pengalaman semasa di USM nanti daripada saya.
Logged

Biar berjuta dugaan... Hidup mesti TERUSS..
Album Falakperak
DinPerak Fotopages
kamayok3
Guest
« Reply #4 pada: March 15, 2007, 04:19:54 PM »

Hi Dinperak,

You are always welcome.... Kalau you need help again, do give me a call.

Tommy
Logged
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.111 seconds with 20 queries.