May 24, 2012, 07:15:48 AM
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Fenomena Planet Bulan September 2004  (Read 2136 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1725


shahgazer
« pada: September 04, 2004, 03:33:19 PM »

UTARID (MERCURY)
Utarid akan berada di langit Subuh pada permulaan bulan September ini. Tetapi menjelang 10hb, ia akan begitu cepat menjunam kembali ke arah kaki langit untuk kembali muncul ke langit petang.

Jangan lupa pada 10 Sep nanti, Utarid akan berada kurang 1/2 darjah dari bintang Regulus (buruj Leo).

Pada 13 Sep, Bulan akan berada 3 darjah di sebelah kiri planet ini.
Cerapan dengan Mata kasar agak mencabar. Binokulars akan lebih membantu. Kedudukannya dari buruj LEO menuju ke VIRGO.

ZUHRAH/KEJORA (VENUS)
Planet Zuhrah atau Kejora terus mendominasi langit sebelah pagi (waktu Subuh) sepanjang bulan ini.Pada awal September, ia akan berpasangan dengan planet Zuhal. Pada 11hb Sep nanti, Bulan sabit tua akan datang mengunjunginya, dan membentuk pasangan yang cukup indah.

Jangan lupa pada 13,14,15 Sep, Zuhrah akan berada di dalam lingkungan 3 darjah sahaja ( 3 kali diameter bulan ) dari gugusan bintang Beehive (M 44). Peluang fotografi yang menarik!

Menjelang akhir bulan, ia akan perlahan-lahan menjunam ke arah kaki langit Timur.Cerapan dengan Mata kasar dan binokulars akan memberi gambaran indah berlatar-belakangkan bintang-bintang. Teleskop menunjukkan bentuk fasa planet ini.  Kedudukan dari buruj GEMINI menuju ke CANCER dan kemudian ke LEO.

MARIKH (MARS)
Marikh berada di sebelah 'belakang' matahari dan dari perspektif kita, ia kelihatan begitu hampir dengan matahari menyebabkan mustahil untuk dicerap. Ia akan perlahan-lahan bergerak ke barat matahari dan muncul kembali di langit Subuh pada bulan-bulan yang mendatang. Hanya teleskop mampu menjejaki planet ini, tetapi itupun cukup sukar dan berbahaya kerana kedudukannya begitu hampir dengan matahari. Posisi dari LEO menuju ke VIRGO

MUSYTARI (JUPITER)
Musytari hanya berada sekitar 7 darjah dari kaki langit pada jam 7.45 Petang, pada awal bulan September dan ia akan semakin rendah setiap hari. Dan menjelang akhir bulan, ia mula kembali muncul di sebelah pagi pula, tetapi masih terlampau rendah dan hampir dengan matahari untuk dilihat dengan jelas menerusi teleskop Mata kasar masih boleh digunakan untuk mencari planet ini.

Teleskop akan dapat menunjukkan rupa bentuk planet ini tetapi kedudukan altitudnya yang rendah akan menghasilkan imej yang distorted. Di kawasan buruj VIRGO

ZUHAL (SATURN)
Zuhal memulakan bulan September, berdampingan dengan planet Zuhrah di langit sebelah pagi sekitar Subuh. Lihat ke arah langit Timur. Pada 10 September nanti, Bulan sabit tua akan berada hampir, lebih kurang 5 darjah ke kiri Zuhal.

Sepanjang bulan ini juga Zuhal akan sentiasa berada hampir dengan bintang Castor & Pollux, dari buruj Gemini, yang mana bintang-bintang ini akan berada ke kiri dari Zuhal. Mata kasar masih boleh digunakan untuk mencari planet ini. Teleskop akan dapat menunjukkan keindahan sebenar planet ini beserta gelangnya. Di dalam buruj GEMINI.

URANUS (URANUS)
Planet Uranus, walaupun amat sukar untuk dilihat dengan mata kasar, ia boleh dikesan menggunakan binokular dan sebuah carta bintang yang bagus. Ia berada pada bermagnitud 6 di dalam buruj AQUARIUS.  Hanya binokulars mampu menjejaki lokasi planet ini. Teleskop berkuasa tinggi akan menunjukkan ia kelihatan seperti bintik BIRU KEHIJAUAN. Di dalam buruj AQUARIUS.

NEPTUNE (NEPTUNE)
Planet Neptune (mag 8 ) hanya boleh dlihat dengan mudah dengan teleskop. Dan kini ia berada di dalam buruj CAPRICORNUS.  Hanya binokulars mampu menjejaki lokasi planet ini. Teleskop berkuasa tinggi akan menunjukkan ia kelihatan seperti bintik BIRU  

PLUTO (PLUTO)  
Planet Pluto sekarang berada tinggi di langit sekitar Isya', di dalam buruj OPHIUCHUS dan bersinar pada magnitud 14 !!  Sekurang-kurangnya teleskop 8 inci dan berbekalkan langit yang gelap dan bebas dari pencemaran cahaya diperlukan untuk menjejaki planet ini!

******************************************

Fenomena Bulan OKTOBER boleh dicapai di http://www.falak-online.net/forum/viewtopic.php?t=44
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.374 seconds with 20 queries.