May 24, 2012, 07:20:07 AM
News: Portal Falak Online sedang menjalani proses pengubahsuaian dan penyelenggaran tahunan. Harap Maaf atas segala kesulitan yang mungkin berlaku
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Hujan Meteor Perseids pada pada awal pagi 12-13 Ogos ini  (Read 1518 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1725


shahgazer
« pada: August 10, 2007, 10:09:05 AM »

Quote
Hujan Meteor Perseids pada pada awal pagi 12-13 Ogos ini
Written by Shah   
Friday, 10 August 2007

Hujan meteor Perseids, salah satu daripada hujan meteor utama sepanjang tahun, akan mula meledakkan juraian meteornya pada awal pagi 12 dan 13 Ogos ini.

Jika ditinjau dari segi keupayaan juraian meteor Perseids kali ini, jelas keadaan cuaca dan langit berada di pihak kita. Paling utama ialah ketidakhadiran Bulan di langit ketika waktu malam 12-13 Ogos tersebut. Ini adalah kerana cahaya Bulan selalunya merupakan faktor penghalang kepada kita untuk mencerap meteor-meteor ini dengan jelas.

Dan satu lagi faktor penentu samada kita dapat lihat banyak meteor atau tidak ialah lokasi cerapan kita. Cuba cari kawasan yang jauh dari sebarang gangguan cahaya, samada cahaya lampu atau cahaya dari bandar-bandar besar. Kita perlukan langit gelap dan hitam untuk benar-benar melihat meteor-meteor yang muncul ini.

Bill Cooke dari NASA Meteoroid Environment Office menyatakan di laman webnya  , dijangkakan 1 meteor setiap MINIT diramalkan akan muncul ketika ia capai waktu puncak meteor.

Mana asalnya meteor Perseid ini?

Menurut laman web yang sama, sumber bahan-bahan meteor ini adalah dari sebuah komet Swift-Tuttle. Pada ketika ini, komet tersebut berada jauh dari bumi, tetapi kebetulan pada setiap Ogos pada tarikh 12-13 , orbit Bumi telah melalui kawasan laluan komet itu, yang penuh dengan debu-debu hasil peninggalan komet Swift-Tuttle ini.

Pukul berapa boleh mulakan cerapan?

Secara umumnya, mulalah perhatian anda ke arah langit sebelah timur laut dan utara sekitar 1 pagi 12 Ogos ini. Ketika itu, radiant meteor Perseid ini, iaitu buruj Perseus. Namun begitu, jangan bimbang, anda tak perlu tahu bagaimana rupa bentuk Perseus, kerana yang hendak dicerap ialah meteor dan bukannya buruj tersebut.

Meteor akan muncul cepat dan dimana-mana kawasan langit. Cuma yang uniknya ialah hampir kesemua meteor yang muncul akan seolah-olah muncul dari kawasan buruj Perseus.

Ada banyak jenis meteor yang muncul, ada yang pantas dan ada yang agak 'perlahan'. Cuma buat kiraan, berapa banyak meteor yang dilihat dalam satu-satu jangkamasa. Walaupun ada kaedah tertentu yang perlu tahu bagi menjadikan data kita itu 'diiktiraf', tetapi bagi kita sebagai orang kebanyakan, jangan peningkan kepala untuk tahu perkara teknikal (buat masa ini). Cuba tenangkan fikiran, rilekkan badan, dan nikmatikan suatu fenomena hujan meteor yang begitu indah dan menakjubkan. Dan jangan lupa setiap yang berlaku di langit, ada sebab mengapa Allah jadikannya.

Oleh tiu, jangan setakat cerap 'kosong' sahaja, perluaskan cabangan minda anda dan cuba fahami maksud yang tersirat di sebalik kemunculan hujan Meteor Perseids tahun ini!

Jom teropong.

Nota: InsyaAllah, saya akan berada dengan team di Ipoh untuk cerap meteor Perseids kali ini.
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
kamayok3
Guest
« Reply #1 pada: August 10, 2007, 04:40:28 PM »

ya ya....hujan akan sampai tak lama lagi. Smiley  wink

Tommy
Logged
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.143 seconds with 20 queries.