February 09, 2012, 01:23:57 PM
News: Portal Falak Online sedang menjalani proses pengubahsuaian dan penyelenggaran tahunan. Harap Maaf atas segala kesulitan yang mungkin berlaku
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Betul ke Marikh sebesar Bulan pada 27 Ogos ni? Diskus sini  (Read 3603 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1611


shahgazer
« pada: August 22, 2007, 10:58:39 AM »

Quote
Betul ke Marikh sebesar Bulan pada 27 Ogos ni?
Edit    PDF    Print    E-mail
Written by Shah   
Wednesday, 22 August 2007

Sudah menjadi trend sejak tahun 2003, menjelang saja tarikh 27 Ogos, akan muncullah email yang berbunyi seperti di bawah:

[Collected via e-mail, July 2007]

*Two moons on 27 August*

27th Aug the Whole World is waiting for...*

Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August.

It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on Aug. 27 when Mars comes within 34.65M miles of earth. Be sure to watch the sky on Aug. 27 12:30 am. It will look like the earth has 2 moons. The next time Mars may come this close is in 2287.

Share this with your friends as NO ONE ALIVE TODAY will ever see it again.


[Collected on the Internet, 2003]

The Red Planet is about to be spectacular! This month and next, Earth is catching up with Mars in an encounter that will culminate in the closest approach between the two planets in recorded history. The next time Mars may come this close is in 2287. Due to the way Jupiter's gravity tugs on Mars and perturbs its orbit, astronomers can only be certain that Mars has not come this close to Earth in the Last 5,000 years, but it may be as long as 60,000 years before it happens again.

The encounter will culminate on August 27th when Mars comes to within 34,649,589 miles of Earth and will be (next to the moon) the brightest object in the night sky. It will attain a magnitude of -2.9 and will appear 25.11 arc seconds wide. At a modest 75-power magnification Mars will look as large as the full moon to the naked eye. Mars will be easy to spot. At the beginning of August it will rise in the east at 10 p.m. and reach its azimuth at about 3 a.m.

By the end of August when the two planets are closest, Mars will rise at nightfall and reach its highest point in the sky at 12:30 a.m. That's pretty convenient to see something that no human being has seen in recorded history. So, mark your calendar at the beginning of August to see Mars grow progressively brighter and brighter throughout the month. Share this with your children and grandchildren. NO ONE ALIVE TODAY WILL EVER SEE THIS AGAIN

Buat pengetahuan semua, maklumat yang diceritakan di dalam email-email tersebut adalah palsu. Cuba kita lihat kenapa..

Asal munculnya kisah ini bermula pada tahun 2003. Tetapi entah macam mana, ia kekal dihantar setiap tahun walaupun maklumat di dalamnya sudah outdated atau terkebelakang.

Rujuk cerita yang sama yang muncul tahun-tahun sebelum ini.

    *  http://www.falak-online.net/myportal/content/view/35/58/
    * http://science.nasa.gov/headlines/y2005/07jul_marshoax.htm
    * http://www.skyandtelescope.com/news/home/3523496.html


Planet Marikh memang berada pada jarak yang amat dekat dengan Bumi pada 27 Ogos 2003. Ketika itu, Marikh berada 56 juta km daripada Bumi, dan jarak ini merupakan yang terdekat sejak hampir 60,000 tahun. Pada ketika itu, Marikh kelihatan hampir 6 kali lebih besar daripada biasa. Namun 6 kali ini masih terlampau kecil untuk kelihatan sebesar bulan dengan mata kasar! Kekeliruan mungkin timbul kerana jika kita melihat Marikh menerusi teleskop berkuasa sekitar 75 kali, ia akan kelihatan cukup indah dan besar, seolah-olah sebesar Bulan di langit. Tetapi kena ingat, kita perlu melihat Marikh menerusi sebuah teleskop untuk melihat keadaan demikian.

(Kiri: Ilustrasi dari laman web SkyTonight menunjukkan saiz sebenar Bulan  berbanding Marikh) Adakah Marikh akan hanya dekat dengan Bumi setiap tahun? Jawapannya tidak. Marikh dan Bumi akan saling kejar-mengejar di dalam orbit masing-masing dan setiap 2 tahun 2 bulan, Bumi dan Marikh akan berada paling hampir antara satu sama lain. Oleh itu, tidak timbul persoalan Marikh dan Bumi berada dekat pada tarikh 27 Ogos setiap tahun!!

Jadual di bawah merupakan tarikh ketika Bumi dan Marikh berada hampir antara satu sama lain dari tahun 1999 hingga 2020.

24 Apr 1999    Jarak 0.58 AU
13 Jun 2001    Jarak 0.45 AU
28 Ogo 2003    Jarak 0.37 AU
7 Nov 2005    Jarak 0.47 AU
24 Dis 2007    Jarak 0.59 AU
29 Jan 2010    Jarak 0.66 AU
3 Mac 2012    Jarak 0.67 AU
8 Apr 2014    Jarak 0.62 AU
22 Mei 2016    Jarak 0.50 AU
27 Jul 2018    Jarak 0.38 AU
13 Oct 2020    Jarak 0.42 AU
(Kiraan oleh perisian Skymap Pro versi Cool

1 AU merupakan skala jarak antara Bumi dan Matahari

Jika kita perhatikan tarikh-tarikhnya , tidak ada sebarang ulangan tarikh 27/28 Ogos tersebut. Dan bagi tahun ini, Bumi dan Marikh akan berada dekat pada 24 Disember nanti!!

Kesimpulannya, kejadian Marikh menjadi sebesar Bulan pada tarikh 27 Ogos nanti adalah palsu dan tidak boleh dipercayai.

Wallhualam
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
salleh_y
Pendekar Bulan
**
Offline Offline

Posts: 17

m_salleh_y
WWW
« Reply #1 pada: August 14, 2008, 11:03:51 AM »

hehe..nampak mcm sgt meluas liputannya.. grin  evil  rolleyes
Logged

Falak 4 Human Being!
Jom Teropong : )

Smiley   Smiley
Hafizfirdaus
al-ahkamian
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1611


shahgazer
« Reply #2 pada: August 23, 2010, 08:49:31 AM »

BUMP balik topik ni.... sudah ada ramai yang bertanya..
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
redzuan
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 744


Email
« Reply #3 pada: August 23, 2010, 02:57:34 PM »

Ingatkan org menjual kat forum je yang slalu BUMP...

Topik2 camni pun bleh recycle ek... Haha~  afro
Logged

Astronomers believe that space is not a complete vacuum- there are three atoms per cubic meter...
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1611


shahgazer
« Reply #4 pada: August 25, 2010, 04:30:19 PM »

BUMP back the topic   rolleyes

Mars hoax email ada versi 2010.  angry

So, I also got explanation versi 2010..  grin

*****************************************
Sekali lagi, emel yang mengatakan kisah Marikh akan menjadi SEBESAR BULAN pada 27 Ogos ini mula tersebar.
Sepertimana yang saya jangkakan, tahun ini, seperti mana tahun-tahun terdahulu, menjelang bulan Ogos, ramai di antara kita mula menerima emel yang di-forwardkan oleh rakan-rakan menyatakan tentang 'kejadian' yang amat hebat ini. Yang lebih menarik perhatian ialah ayat "NO ONE ALIVE TODAY WILL EVER SEE THIS AGAIN"

 Suka saya maklumkan bahawa kesemuanya itu adalah TIDAK BENAR sama sekali.

 Ini adalah fakta yang sebenarnya.

 Jika dikira melalui kiraan falak, pada tarikh 27 Ogos 2010 ini, Marikh berada pada jarak 318 km JUTA kilometer daripada Bumi!! Marikh sekarang sedang berada di sebelah 'sana' atau hampir di belakang matahari ketika itu.

 Malah, jika anda hendak mencari Marikh sekarang dan lihat keadaanya pun boleh. Cuba, tinjau-tinjau arah Barat selepas Maghrib. Akan kelihatan sebuah 'bintang' yang bersinat amat cerah pada arah Barat. Itu ialah planet Zuhrah.

 Di manakah Marikh sebenarnya?

 Marikh berada di sebelah KANAN dari Zuhrah, lebih kurang 2 darjah ke kanan, atau lebih senang nak faham, jarak 2 jari ke kanan dari Zuhrah. Dan kecerahannya amat malap dan bersinar seperti sebuah bintang biasa sahaja!

 Saya boleh katakan, jika saya tidak beritahu lokasi Marikh tersebut, anda pasti tidak akan perasan bahawa titik halus itu ialah Marikh!

 Persoalan. Adakaha ia akan menjadi sebesar Bulan pada tarikh tersebut?

 Sudah pasti tidak, kerana ia berada amat jauh. Malah jika dilihat menerusi teleskop pun ia kelihatan seperti sebutir bintang yang halus. Cuba bandingkan dengan Bulan yang sedang mengambang penuh di arah Timur pada tarikh yang sama.
 
 Sejarahnya, kisah ini bermula pada tahun 2003. Pada ketika itu, memang Marikh berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi, iaitu pada jarak 56 JUTA kilometer! JUTA.

 Dan kombinasi orbit Bumi dan Marikh pada ketika itu menyebabkan, kedudukan jarak itu merupakan yang paling hampir sejak 60,000 tahun.
 Pusingan orbit Bumi dan Marikh akan membawa kedua-dua planet ini berhampiran antara satu sama lain setiap 2 tahun 2 bulan. Dan setiap kali ia dekat, jaraknnya berbez-beza. Cuba lihat kiraan di bawah
 
Jadual di bawah merupakan tarikh ketika Bumi dan Marikh berada hampir antara satu sama lain dari tahun 1999 hingga 2020.
 
24 Apr 1999    Jarak 87 juta km
13 Jun 2001    Jarak 68 juta km
28 Ogo 2003    Jarak 56 juta km
7 Nov 2005    Jarak 70 juta km
24 Dis 2007    Jarak 89 juta km
29 Jan 2010    Jarak 99 juta km
3 Mac 2012    Jarak 101 juta km
8 Apr 2014    Jarak 93 juta km
22 Mei 2016    Jarak 76 juta km
27 Jul 2018    Jarak 58 juta km
13 Oct 2020    Jarak 63 juta km
 
 
Asal usul emel

 Pada tahun 2003 tersebut, Marikh memang bersinar amat terang, seperti sebuah lampu oren yang menyala. Tetapi ia tetap bukan sebesar Bulan.
 Jika dibandingkan dengan Bulan, Marikh "kelihatan" 75 kali lebih kecil daripada Bulan.

 Kemudian, hasil daripada perbandingan tersebut, mulalah seseorang tu menyatakan, jika Marikh 75 kali lebih kecil dari Bulan, maka jika kita besarkannya sebanyak 75 kali, mestilah nampak sebesar Bulan!"... maka dari situ mulalah muncul ayat yang mengatakan "Marikh akan kelihatan sebesar Bulan dengan mata kasar"

 hasil daripada kehebatan teknologi internet, maka emel tersebut mula tersebar ke seluruh dunia, dan berubah-ubah isi kandungannya. Sehinggalah ia diringkaskan menjadi "Marikh akan kelihatan sebesar Bulan dengan mata kasar", tanpa mencerita kisah pembesaran 75 kali tu...
 Tahun-tahun berikutnya, tarikh kejadian asal 27 Ogos 2003 itu pun berubah sehingga menjadi "27 Ogos" sahaja. Malah, ada yang rajin, siap ditambah tahun kepada tahun yang terkini.

 Maka, jelas sekali maklumat yang tersebar setiap tahun berkenaan Marikh sebesar Bulan pada 27 Ogos itu adalah tidak tepat langsung dan tidak benar.
 
Jom Belajar Falak Dengan Fakta!

*****************************************
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
IZgazer
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 119


*In God We Trust*

wdzulfiqar
Email
« Reply #5 pada: August 25, 2010, 11:36:49 PM »

Assalamualaikum...

Kadang-kadang, bagus jugak Hoax macam ni sebenarnya. Sedikit sebanyak ia menarik golongan umum kepada astronomi, mendorong mereka mencari fakta dan kebenaran.
Logged

*Dalam Perbandingan Wujud Penghinaan*
Yusri Yusop
Pendekar Bulan
**
Offline Offline

Posts: 43



WWW Email
« Reply #6 pada: August 30, 2010, 04:12:57 PM »

http://www.astronomy.com/asy/default.aspx?c=a&id=8794

Link ni pun ada discuss pasal isu ni..n ada lagi satu penipuan pasal mars retrograde motion, yang kononya mars betul2 berubah arah pusingan ..ada sape2 pasni leh tulis artikle tuk ulas isu ni
Logged

Orion XT10 Classic Dobsonian<br />Orion Apex 90mm Maksutov-Cassegrain<br />Celestron Upclose 10x50
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1611


shahgazer
« Reply #7 pada: August 30, 2010, 04:28:32 PM »

ASW  myy791.

http://www.astronomy.com/asy/default.aspx?c=a&id=8794

Link ni pun ada discuss pasal isu ni..n ada lagi satu penipuan pasal mars retrograde motion, yang kononya mars betul2 berubah arah pusingan ..ada sape2 pasni leh tulis artikle tuk ulas isu ni

Dah pernah diulas dan diterangkan di SINI.
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
Yusri Yusop
Pendekar Bulan
**
Offline Offline

Posts: 43



WWW Email
« Reply #8 pada: August 30, 2010, 04:48:00 PM »

bagus sekali artikle macam ni lah yang patut kita forward2kan melalui email!!! grin
Logged

Orion XT10 Classic Dobsonian<br />Orion Apex 90mm Maksutov-Cassegrain<br />Celestron Upclose 10x50
farrah zainol
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 6

astronomy frenzy, cosmology crazy


Email
« Reply #9 pada: September 12, 2010, 11:39:03 AM »

Yes its true. we should educate people more about what is true and what is hoax. saya sometimes rasa risau juga apaila di sekolah-sekolah ada yang menyebarkan perkara-perkara hoax mcm ni especially this year termasuk di surau-surau sekolah. mereka akan mengaitkan hoax ini dengan nuzul quran pada 27 ogos lepas. tentang kebesaran Ilahi yang ditunjukkan dengan Mars yang besar ni. perkara ini seharusnya dijelaskan dengan lebih details sebelum ia akan memesongkan akidah seseorang. anyway mars takkan la sebesar bulan kerana pada tahun 2003 pun planet tu just 6 times larger than usual and not as big as the moon Smiley
Logged

Bsc(hons) Physics and Astrophysics,
University of Birmingham, UK
Celestron Astromaster 90 Motorised

Share astronomy and cosmology to malaysian! Smiley
Yusri Yusop
Pendekar Bulan
**
Offline Offline

Posts: 43



WWW Email
« Reply #10 pada: September 12, 2010, 03:25:35 PM »

pd tahun 2003, marikh kelihatan sama besar dengan bulan yang dilihat melalui mata kasar dengan menggunakan telescope yang mempunyai magnification sebanyak 75x...-astronomy magazine-
Logged

Orion XT10 Classic Dobsonian<br />Orion Apex 90mm Maksutov-Cassegrain<br />Celestron Upclose 10x50
farrah zainol
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 6

astronomy frenzy, cosmology crazy


Email
« Reply #11 pada: September 15, 2010, 02:35:14 PM »

sorry yusri.. salah phrase meh di rephrase kan balik..
27 august 2003, mars 6 times BRIGHTER than usual...
diameter is 25 arcsecond so moon jut around 15 arcsecond so it makes around 1% larger for mars than moon..
it just because it reach its perihelion point at that time..

thx for alerting me yus!
Logged

Bsc(hons) Physics and Astrophysics,
University of Birmingham, UK
Celestron Astromaster 90 Motorised

Share astronomy and cosmology to malaysian! Smiley
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.186 seconds with 20 queries.