Hello Tommy
Its nice to know you
I hope I can gain my knowledge from you.
Ok, sebenarnya saya masih belum berjumpa dengan Ms Cho lagi kerana plan saya untuk membeli teleskop dijangka tahun depan, jadi buat masa ini saya menimba pengetahuan sebanyak mungkin sebagai persediaan ke arah menjadi 'amateur astronomer'.
Saya ingin membaca pendapat anda tentang permasalahan yang saya hadapi, mungkin anda memiliki pengetahuan tentang ini. Baik, baru-baru ini saya mendapat tahu tentang Infinity Infocus Co di Petaling Jaya. Syarikat ini juga menjual teleskop dan saya inginkan kepastian dari anda.
Adakah syarikat ini benar-benar menjual teleskop dan peralatannya dari jenama terbaik dunia iaitu MEADE ?
Jika benar, berilah jawapan dan berikan saya lebih maklumat mengenai syarikat itu kepada saya. Saya juga tidak tahu di manakah lokasi syarikat itu memandangkan Petaling Jaya bukanlah satu bandar yang kecil. Saya harap anda boleh tunjukkan melalui peta.
Seterusnya pula, saya ada membaca katalog teleskop MEADE keluaran 2007. Di sana saya dapati teleskop jenis Lightbridge Series 16" Deluxe memiliki 'aperture' yang paling tinggi iaitu 16". Aperture 16" bagi teleskop ini amat tinggi dan ia sama juga aperturenya dengan teleskop MEADE LX200R 16" dan MEADE RCX 400 16" Maxmount. Soalan saya ialah adakah aperture 16" bagi Lightbridge sama kekuatannya dengan aperture teleskop MEADE LX200R 16" dan RCX 400 16" ?
Saya dapati Lightbridge 16" cuma tidak ada kelengkapan untuk astrofotografi, GPS, AutoStar dan lain-lain oleh sebab itulah harganya jauh lebih murah akan tetapi mampu mencerap bintang yang jauh.
Nampak gayanya saya pendamkan dahulu keinginan astrofotografi 'deep sky' memandangkan teleskop untuk astrofotografi cukup mahal dan mungkin akan saya dapatkan di lain-lain tahun akan datang. Cuma, saya mulakan langkah astrofotografi 'scenic' dahulu memandangkan ia hanya memerlukan kamera digital DSLR sahaja.
Saya sudah jatuh cinta dengan teleskop MEADE Lightbridge 16" Deluxe disebabkan godaan aperturenya yang cukup tinggi. Di harap Tommy memberi penjelasan mengenai kemusykilan saya diatas.
Hi Penyelamat dunia,
Infinity infocus Co memang ada jual MEADE telescope. Tetapi apa yang saya tahu ialah harganya memang lebih mahal berbanding dengan dealer lain. Owner syarikat ni ilaha Mr. Looi. Dia adalah seorang yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang tinggi di bidang telescope dan astronomy.
Saya juga tak pasti kat mana Infinity Infocus pindah. Kemungkinan besar ialah di Old town, PJ sebab Mr. Looi tinggal kat sana. Jadi mungkin dia menggunakan rumahnya sebagai Kedai telescope buat sementara.
Sebenarnya di dunia astronomi, kita mesti tahu mengenalpasti apakah maksud "amateur astronomer"? Pada pendapat saya, amateur astronomer ialah seorang yang belajar pelbagai-bagai jenis subjek di dalam dunia astronomi semasa beliau masih muda lagi ataupun yang baru sahaja minat dalam bidang astronomi.
Jadi, apakah yang harus awak belajar supaya dapat menjadi seorang amateur astronomer? Jawapannya ialah, membaca buku yang berkaitan.....belajar macam mana nak mengenalpasti buruj-buruj.......mengetahui serba sedikit theori-theori astronomi......dan akhirnya, barulah beliau belajar memilih telescope yang sesuai dan bukannya idaman dan mahal pada permulaan.
Kebanyakkan amateur astronomer bermula dengan sepasang binokular. Binokular senang nak beroperasi dan juga senang untuk anda mengetahui benda-benda yang terang ataupun yang gelap sekali di langit malam. Maksud saya benda-benda yang terang ialah, bulan...planet....star clusters dan lain-lain lagi. Manakala benda-benda yang gelap ialah, galaksi...nebula...dan sebagainya. Siapa yang kata sepasang binokular tidak dapat melihat benda-benda di atas langit malam? Jawapannya ialah memang boleh!! Anda kena cubanya dengan mata sendiri.
Selepas anda dapat mengenalpasti sekurang kurangnya 20 buruj dan bintang bintang yang terang di langit malam, barulah anda fikirkan sama ada anda perlukan sebuah telescope ataupun tidak.
Process memilih telescope yang sesuai untuk sendiri adalah process yang paling penting sekali. Anda juga kena tanya sendiri beberapa soalan yang penting.
1. Apakah sistem telescope yang sesuai untuk saya? (INGAT: Bukannya telescope idaman ataupun yang mahal sekali)
2. Mengapa saya nak memilih sistem ni?
3. Apakah objectif saya supaya memilih sistem telescope ni?
4. Adakah sistem ini sesuai untuk digunakan dalam keadaan yang mempunyai pencermaran cahaya?
5. adakah sistem ini mudah dipindah ke sana sini?
Mungkin banyak lagi soalan yang akan muncul kemudian..........
Pada penday saya, telescope yang mempunyai large aperture memang bagus dalam menikmati langit malam. TETAPI, terdapat banyak aspek yang anda harus fikirkan. Salah satunya ialah:
1. keadaan cahaya di sekeliling tempat tinggal awak. Sedikit cahaya yang terang akan mengganggu anda membuat observation. Kecuali anda ingin pindahkan monster ni ke tempat yang memang gelap sekali......
Oleh itu, Visual astronomy merupakan salah satu subjek yang penting sekali di dalam bidang astronomy.
Dalam dunia teleskop, saya akan cuba classify kan untuk anda supaya anda dapat melihat dan mengetahui dengan lebih teliti lagi.
Terdapatnya beberapa jenis telescope yang bukannya mahal dan senang untuk beginner operasikan.
1. Refractor
2. Reflector (Newtonian)
3. Cassegrain
4. Maksutov
4. Banyak lagi yang mahal punya tak perlu sebut la.....

Refractor memang sesuai untuk beginner dan amateur astronomer. Terdapanya long focal length refractor dan sort focal length refractor(Short tube). Refractor memang senang untuk transport ke sana sini. Lebih besar aperturenya, lebih tinggi kosnya. Jadi, saya akan recommend 80mm to 102mm untuk beginners. Telescope semacam ni sesuai untuk melihat planet dan juga deep sky objects yang terang.
Newtonian pula sesuai untuk melihat planet dan benda-benda sama ada terang ataupun gelap sekali. Saiz yang sesuai untuk beginners adalah 4.5 inch, 6 inch dan juga 8 inch. Harganya bukan mahal sangat dan kualitinya agak baik juga.
Cassegrain dan maksutov adalah telescope sistem yang compact sekali. Ia boleh di-classify-kan sebagai "all purpose telescope". Oleh kerana sistemnya yang compact sekali, jadi maintainancenya agak rendah seperti refractor juga. Sistem yang sesuai untuk beginner ialah 5 inch, yang baru-baru ni keluarnya 6 inch pulak, 8 inch. More than 8 inch can consider susah nak transport ke sana sini dan juga mahal. Jadi, fikirkan betul betul ni...
So, banyak lagi story ni.....sampai sini sahaja yang saya boleh terangkan. Kalau ada apa yang tak faham, bolehlah join kita dan belajar more and more before you buy anything.....
Selamat datang ke dunia astronomi.....
Regards,
Tommy