May 24, 2012, 07:26:29 AM
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
Pages: [1] 2 3   Go Down
Print
Author Topic: Mukaddimah  (Read 19568 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1725


shahgazer
« pada: September 23, 2004, 08:10:47 AM »

Assalamualaikum wbt.

Saya mula melibatkan diri di dalam bidang Astronomi sejak di bangku sekolah rendah lagi (sekitar tahun 1984). Pada ketika itu, sumber maklumat amat terhad sehingga menyukarkan saya mendapat berita-berita terkini. Namun, Allah jualah yang telah mengizinkan saya menjumpai beberapa jenis buku Astronomi di kedai berhampiran rumah saya. Abang saya yang ketika itu sedang menyambung pelajaran di UK, turut membeli majalah-majalah seperti Astronomy dan Sky & Telescope.

Di sekolah menengah, saya bersama beberapa rakan lain, telah berjaya menubuhkan Persatuan Astronomi. Walaupun mendapat sedikit tentangan dari guru-guru tetapi kami tetap bertekad hendak mengembangkan minat astronomi di peringkat sekolah.

Di peringkat lebih tinggi, semasa melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM), saya telah diketemukan dengan Prof. Madya Dr. Zaidan Abdul Wahab, seorang pensyarah Fizik, yang mempunyai minat yang sama seperti saya! Alhamdulillah, pertemuan yang berlaku di semester terakhir saya itu, berkekalan sehingga ke hari ini.

Pada sekitar pertengahan dan akhir 90an, saya bersama En.Looi Keng Kok (dari syarikat Infinity Infocus) telah sama-sama menjadi group coordinator mengetuai kumpulan peminat Astronomi di dalam Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS). Kami telah  melakukan beberapa aktiviti ekstrem seperti bermalam & berembun di Bukit Fraser meneropong bintang dan merentasi laut ke pulau sambil mengangkut berkotak-kotak peralatan astronomi untuk mencerap gerhana matahari!  Tongue



Apabila masuk alam pekerjaan, masa aktviti saya sudah agak terhad, ditambah lagi dengan tanggungjawab keluarga. Saya mula menghadkan diri di dalam aktiviti yang membabitkan saya sebagai AJK. Saya meletak jawatan group coordinator Astronomi di MNS. Tetapi saya masih lagi ikut mana-mana aktiviti astronomi, sebagai penyumbang tenaga dan menghulurkan bantuan dari segi menyediakan peralatan astronomi untuk mencerap.

Alhamdulillah, rezeki Allah amat luas. Sehingga hari ini, saya masih dijemput memberi ceramah astronomi. Kebanyakkannya adalah dari pihak sekolah, kadang-kadang pihak FRIM (Kepong) ada jemput juga.



Dari segi peralatan, saya memiliki 2 buah teleskop. Yang pertama ialah LX90 bersaiz 8", manakala yang ke-2 ialah jenis Dobsonian bersaiz 10". Saya menggunakan kamera Mintron 12V1-EX dan yang terbaru Mallincam Pro untuk membuat rakaman imej menerusi teleskop di atas.

Lihat di sini untuk maklumat lebih lanjut

Minat saya lebih kepada pencerapan secara visual dan merakam imej objek-objek yang menarik. Saya sedang mencari jalan memperbaiki kaedah pencerapan yang saya lakukan, kerana dari segi jurusan ini (visual & imaging astronomy), saya dapati minat di kalangan umat Islam di Malaysia masih kurang.

Saya gemar membaca tulisan-tulisan yang mengaitkan setiap fenomena  cakerawala yang berlaku dengan Al-Quran serta Hadith! Ia cukup memberi kesan kepada diri saya. Amat berlainan rasanya jika kita hanya mampu baca sahaja sesuatu pengajaran dari Al-Quran & Hadith, tetapi tak dapat lihat dengan mata sendiri keindahan alam semesta ciptaan Allah.

Bagi kebanyakkan orang yang saya temui, ramai yang berasa pelik dan berasa apa perlunya bersusah payah meneropong malam-malam buta, melihat 'benda-benda' yang halus-halus dan kelam apabila dilihat dalam teropong. Bagi saya, benda-benda kecik, halus dan kelam itulah yang memberi pengajaran yang cukup besar di dalam memberi kesedaran di dalam diri seseorang akan betapa hebatnya ciptaan Allah, dan betapa kerdil dan powerless diri kita sebagai hambaNya.



Gabungan 2 jenis ilmu inilah yang saya amalkan sehingga kini.

Cadangan masa depan?
Allah Maha Berkuasa! Selagi minat saya masih menebal, yang mana saya anggapnya sebagai rahmat dan kurniaan dari Allah, selagi itulah saya akan terus mendalami ilmu astronomi dan selagi itu saya terus berkongsi dengan sesiapa sahaja. FALAK-ONLINE ini merupakan antara usaha saya cuba berkongsi ilmu dan minat dengan pelayar cakerawala di sekitar Nusantara!

Mudah-mudahan Allah memberkati usaha kita semua, InsyaAllah.


« Last Edit: November 12, 2005, 12:35:38 PM oleh shahgazer » Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
abuqaw
Pendekar Bulan
**
Offline Offline

Posts: 24


WWW
« Reply #1 pada: September 26, 2004, 11:33:22 PM »

Smiley  Assalamualaikum semua...
Saya ni tak lah berapa arif sgt fasal ilmu falak ni. Tapi dengan minat yg amat mendalam, saya cuba juga mencari bahan berkenaan ilmu falak dari buku2 dan internet.

Tak sangka saya jumpa web yg dibuat oleh saudara Shah ini. So, memang saya sentiasa mengikuti perkembangan hanyalah melalui web ini dan web falak KUSZA.

Saya adalah bekas pelajar KUSZA dlm bidang Perdagangan Antarabangsa. Semasa saya di sana, saya pernah mengambil kursus ilmu Falak ngan En. Baharudin Zainal. Beliaulah pensyarah yg saya minati. Saya rasa En. Baha mungkin tak kenal saya. Tapi takper, dengan kesibukan kerja saya pada sebelah siang, saya akan sentiasa mengikuti perkembangan ilmu falak dengan melayari web Falak Online dan Falak KUSZA di samping yg lain2.

Sekian, serba sedikit infor tentang saya, Wassalam...


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. Cool
Logged

abuqaw@2005
capri
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 1


« Reply #2 pada: November 01, 2004, 04:25:20 PM »

assalamualaikum w.b.t...
     saya mula meminati bidang astronomi sejak di sekolah rendah lg dan saya bersyukur kerana minat ini masih ada sehingga kini.saya menuntut di dlm bidang kejuruteraan aeroangkasa dan mula mengetahui laman web ini lebih kurang sebulan yg lalu.mmg seronok bila dpt tahu ramai lg yg berminat dgn kajian astronomi.saya berasa pelik sekiranya ada yg langsung tidak berminat atau mengambil tahu ttg alam semesta kita.bg    saya mempelajari bidang ini mmg menarik krn tiada penghujungnya.selain dpt menikmati keindahan s/jadi ciptaan tuhan dpt juga menilai betapa besarnya kuasa tuhan.
       saya berharap dgn adanya web site ini dptlah kita menambah dan berkongsi maklumat.
      lastly,saya ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa dan selamat hari raya aidilfitri.... Smiley
Logged
ibnusina
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 2


« Reply #3 pada: May 13, 2005, 03:56:22 PM »

salam semua,

Selamat berkenalan. Tahniah kepada webmaster kerana menghasilkan satu website yang berinformasi dan menarik.

Sejak dari bangku sekolah lagi memang saya dah berminat dengan astronomi ni cuma belum berjumpa teman yang sama-sama minat. Sampai lar nih, bekerja dan berkeluarga. Namun sejak tsunami kat sumatra hari tu, kisah hari kiamat menjadi semakin hangat. Terdetik hati untuk buat research kat internet pasal komet. Tup... Tup... jumpa website nih.

Semoga website ni akan terus aktif menyalurkan informasi astronomi terkini.
Logged
khafly
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 1


« Reply #4 pada: September 16, 2005, 06:29:54 PM »


Assalamu'alaikum sahabat;

Tahun 2005 ni, bila kita tengok anak bulan untuk Ramadhan & Syawal? Ada chance nampak ke? Bolehke kita pergi sama2 tengok anak bulan tu kat Bukit Melawati dengan orang Jabatan Mufti ?

Wassalam
Logged
syehcooladram
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 1


Email
« Reply #5 pada: October 19, 2005, 10:05:14 PM »

Assalaamu`alaikum

Saya baru hendak berjinak-jinak dengan ilmu falak. Tak tahu di mana nak mula. Saya bercadang untuk membeli sebuah teropong cerap. Saya tinggal di Penang. Harap Sdr dapat memberi sedikit maklumat tentang ahli-ahli yang terdapat di Penang dan pembekal teropong cerapan di sebelah utara.

Sekian. terima kasih.

Shaikh Mahdzar Ahmad

E-Mail: datsal@tm.net.my or syehcooladram@yahoo.com
Logged
botok
Perantau Galaksi
****
Offline Offline

Posts: 163


« Reply #6 pada: October 20, 2005, 09:37:35 AM »

Selamat berkecimpung sdr syehcooladram, kalau sdr kat penang boleh contact sdr CK Lim (nickname perseid) kedai dia ada di Kompleks Bukit Jambul atau email saja dia perseid@streamyx.com , truss tube telescope dia menarik dan mengikut review yg sdr Tommy (kamayok) bagi mmg bagus.
Logged
suffiyatul_abdah
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 1


Email
« Reply #7 pada: February 05, 2006, 04:14:00 PM »

Assalamualaikum...
Salam perkenalan semua.Alfun mabruk diucapkan kpd saudara shah kerna dpt memperkenalkan laman web ni pada semua. Alhamdulillah baru2 ni barula ana terpanggil untuk melayari website ni.. Bnyk sungguh info yg buleh didapati di sini. Ana mule meminati bidang falak ini ketika mule2 mempelajarinya di KUSZA.. Cikgu Baharrudin dan warga kerja falak bnyk mendidik kami mengenali ilmu ini. Dari situlah dtgnya minat yg mendalam terhadap bidang ni. Pernah satu ketika ana memohon untuk bekerja di bahagian falak negeri, tp ssguhnye kuota untuk kaum hawa cukup limit. Benar, tugas2 dlm bidang ini cukup terbatas untuk kami. Pelbagai pengalaman telah dapat dikutip semasa menyertai kursus falak syarie di KUSZA.

Semoga dgn usaha saudara untuk memartabatkan ilmu falak ini diberkati.. Amin Ya Rabb
Logged
bentze
Kapten Sistem Solar
***
Offline Offline

Posts: 50


WWW Email
« Reply #8 pada: April 17, 2006, 10:55:52 PM »

Hey, you're from MNS!!
Logged

"May the aperture be with you"
-Mark
umifatimah
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 1


Email
« Reply #9 pada: April 21, 2006, 10:56:21 PM »

saya ni macam lain-lain peminat ilmu falak. Berminat sgt, tapi dok tahu nok mula. Tahniah kerana mewujudkan laman ini. My favorite web site. Teringin jugok saya nok tengok komet tu, tapi at mana duduknya bintang kappa herculis.tq. 
Logged
ben hassan
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 1


elbaab_yemenie
WWW Email
« Reply #10 pada: May 13, 2006, 05:22:13 PM »

assalamualaikum...untuk encik syahgazer.. sudilah kiranya encik menceritakan kepada saya riwayat hidup bintang bermula dari mana nebula datang sehingga lah proses black dwarf dan juga keperingkat black hole dan neutron star...kalau boleh encik sertakan dengan rujukannya sekali...diharap encik sudi memenuhi permintaan saya dengan menghantar artikel encik ke email saya:  chenoob@yahoo.com  ataupun disiarkan diruangan forum ini untuk dikongsi dengan sahabat-sahabat lain. terima kasih.  afro
Logged
zarqali
Pendekar Bulan
**
Offline Offline

Posts: 14


« Reply #11 pada: May 15, 2006, 12:57:12 AM »

Assalamualaikum wrt,

Bila baca semua replies ni teringin saya nak kongsi pengalaman saya dalam dunia falak dgn semua. Al-kisah :....

Saya bekas pelajar seklah agama di 2 buah negeri iaitu Pahang dan Kedah. Cita2 nak jadi arkitek sbb saya suka sgt tgk situasi hidup seorg arkitek. Kenapa ? Mungkin kerana saya bayangkan betapa syoknya berimaginasi dgn lukisan, dgn komputer. Mungkin pengaruh abang saya seorang drawing desingner kuat pada diri saya. Sayangnya di sekolah saya ketika tu takdek subjek lukisan, makmal sains pun takdek, komputer...?? seingat saya ada sebijik kat pejabat pentadbiran. Maklumlah sekolah agama rakyat dulu tidak mcm sekarang. Saya nekad belajar melukis sendiri2, saya hafal buku nota sains sasbadi tu..

Bila dpt result SPM dan isi borang UPU barulah saya tahu bahawa kalau nak jadi arkitek kena ada certain qualification. Sampai sekarang kalau saya ceramah dgn student sekolah, saya akan bagi nasihat kena tahu kelayakan memohon dulu sebelum memohon. Jadi saya yg tidak ada arah tujuan ambik la Dip. Syariah di Kusza. Mula2 tu rasa tension sbb dah lari dari cita2 saya utk jadi arkitek.  huh embarassed

Sebulan pertama saya berperang dgn jiwa saya.. mcmn dgn impian aku... aku nak jadi ustaz ke...jadi ust mana ade peluang buat keja2 teknikal mcm arkitek... mcm2 lagi. Tapi alhamdulillah Allah swt takdirkan saya terus bertahan di bumi Kusza. Saya ambik kursus falak sebagai subjek ko-kurikulum dgn alasan yg cukup ntahapapa antaranya boleh naik bas campur laki2 pompuan kah..kah...  grin

Kemudian saya sambung Pengajian di "U" ambik syariah & Qanun. Waktu tu dah tak terdetik utk jadi "arkitek". Habis pengajian saya kejar kerja sebagai seorg lawyer @ hakim. Namun Allah swt menentukan segalanya saya diterima berkerja di Jab. Mufti yg baru nak cari staff di bahagaian falak. Tak sangka dgn bekal sijil ko-kurikulum falak di Kusza dapat bg saya sikit advantage berbanding calon2 lain.

Akhirnya sudah hampir 4 thn saya dok bergelumang dgn dunia falak. Masih bertatih-tatih saya dalam falak dgn guru2 saya mcm cikgu Baha,Cikgu Mat, Mr. Shah, Azam & ramai lagi. Kehidupan saya cukup aman dgn dunia falak. Bermain dgn angka2, fakta2 agama & sains, Komputer, teleskop dan segalanya. Cuma saya baru tersedar bahawa tuhan Maha Adil kerana akhirnya saya ditadirkan juga utk menjadi arkitek... walaupun arkitek LAngit... smiley

Wassalam

P/s :Sorilah Syah pasal byk plak ambik space dalam forum ni..
Logged
MUZAMIR
Pengembara Semesta
*****
Offline Offline

Posts: 357

Biar Bulan Bicara


Email
« Reply #12 pada: May 16, 2006, 02:26:22 AM »

Assalamualaikum..

Sahabat-sahabat seperjuangan Angkasa. Saya pun nak tumpang cite sikit. Semenjak saya jumpa Abg. Shah dan kawan-kawan falak online yang lain saya rasa macam bersemangat untuk belajar dan manfaatkan peluang yang ada dalam falak online.

Cita-cita saya nak buat seluruh rakyat Islam di malaysia ini celik falak. Saya akan buktikan di NEGERI saya sendiri NANTIKAN !!!.

Saya tak akan lupakan Detik kali pertama saya melihat bulan mengunakan teleskop..

"MAHA SUCI ALLAH" Dialah yang maha pencipta sekelian alam.
Logged

AmiR
amie
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 3


Email
« Reply #13 pada: November 14, 2006, 12:02:02 AM »

Dengan Nama Allah Yang Amat Pemurah Lagi Amat Mengasihani..

Assalamu'alaikum wrt..


   Segala puji hanya bagi Allah swt Tuhan sekelian alam.Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang hidup kekal.. lagi berdiri dengan sendirinya.. dan aku mohon taubat kepada Mu.. Amin..

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Shahgazer,kerana berjaya mewujudkan laman web ini sekaligus memberi sedikit ilmu yang amat berharga kepada semua yang mengunjungi serta membaca isi kandungan laman ini.

Tidak melampau bagi saya untuk saya katakan yang saya seorang yang meminati ilmu falak.Dengan komuniti forumer yang amat berpengetahuan di sini,saya amat berharap agar kita dapat berkongsi 'nikmat' anugerah Allah Yang Maha Besar ini!..
Saya masih lagi baru dalam bidang ini dan amat berharap agar mendapat tunjuk ajar dari sahabat-sahabat sekalian.


Sekian wassalam..

Logged
Penyelamat Dunia
Pendekar Bulan
**
Offline Offline

Posts: 15



Email
« Reply #14 pada: December 09, 2006, 01:05:42 AM »

Assalamualaikum, Saya Penyelamat Dunia,

Saya amat berminat dengan Astronomi semenjak saya di bangku sekolah rendah lagi. Ketika itu saya mula menjinakkan diri kerana terpengaruh dengan gambar-gambar foto astronomi dari sebuah buku di perpustakaan sekolah.
Sejak itu, saya suka membaca, membelek dan mencari apa jua maklumat mengenai astronomi. Saya cukup berminat sehinggakan saya suka bertanya kepada ibu bapa, guru dan rakan-rakan mengenai pengetahuan langit. Saya masih ingat sehingga sekarang pada masa itu saya boleh menceritakan perihal astronomi dan maklumat-maklumat tentang langit malam kepada semua orang. Mereka terkejut kerana tidak menyangka kanak-kanak seperti saya ketika itu memiliki pengetahuan yang agak mendalam. Rakan-rakan sepermainan juga sering berkumpul di hadapan saya semata-mata mahu mendengar cerita saya mengenai langit malam ketika kami berkumpul di pangkin beramai-ramai. Sungguh indah sekali pengalaman pada waktu itu.

Kemudian, ketika saya di sekolah menengah, pengetahuan dan pengalaman saya dipertingkatkan lagi malah saya buat pertama kalinya mengenali dan menyentuh teleskop milik rakan saya. Perasaan dapat menyentuh dan menggunakan teleskop untuk mencerap bintang sangat gembira dan menambah semangat saya untuk menerokai langit malam. Ketika itu juga, pengetahuan astronomi saya bertambah dengan melalui debat bersama rakan-rakan yang memiliki minat yang sama.

Kini, saya sudah bekerja, sebagai ahli pelayaran yang telah berlayar ke seluruh pelusuk dunia, saya melihat dan merenung sepuas-puasnya keindahan langit malam di tengah lautan yang gelap dan luas itu. Pelbagai fenomena telah dapat saya lihat, galaksi, planet, cluster, nebula, meteor dan pelbagai lagi objek di langit. Cukup dahsyat apabila mendongak ke langit malam di tengah lautan, bintang-bintang bertaburan penuh memenuhi langit malam, sungguh indah ciptaanMu Ya Allah, saya berasakan diri saya begitu kerdil dan lemah sekali, kadang-kadang saya menangis keseorangan melihatkan keindahan langit berbintang itu.

Kini, saya sedang berjinak-jinak untuk memulakan hobi astrofotografi, saya amat berminat dengan kamera digital DSLR Canon EOS 30D, adakah kamera ini bagus untuk astrofotografi? Saya amat berharap maklumat dari anda semua, terima kasih.
Logged

ImpianKu Ingin Menjelajahi Alam Semesta
Pages: [1] 2 3   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.109 seconds with 19 queries.