May 24, 2012, 07:53:14 AM
News: Portal Falak Online sedang menjalani proses pengubahsuaian dan penyelenggaran tahunan. Harap Maaf atas segala kesulitan yang mungkin berlaku
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Fenomena Planet Bulan OKTOBER 2004  (Read 1993 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1725


shahgazer
« pada: October 02, 2004, 01:17:44 PM »

*************************************************************
*  Fenomena bulan November 2004
*************************************************************

Utarid
Hampir keseluruhan bulan Oktober, Utarid tidak dapat dilihat kerana posisinya begitu hampir dengan matahari. Namun menjelang akhir Oktober, ia akan perlahan-lahan kembali muncul ke langit petang selepas Maghrib. Pastikan anda memiliki kawasan kaki langit yang bebas dari sebarang halangan bagi membolehkan anda mencari planet yang cukup elusif ini!

Zuhrah
Planet zuhrah memulakan bulan Oktober berada hampir dengan bintang Regulus, iaitu bintang paling cerah di dalam buruj Leo. Cuba lihat ke arah timus sekitar waktu Subuh. Anda akan dapat melihat Zuhrah sebagai sebuah cahaya yang bersinar begitu terang sekali, malah seolah-olah kelihatan seperti cahaya dari sebuah kapal terbang. Regulus akan berada di sebelah kanan bawah dari kedudukan Zuhrah.

Pada 4 Okt nanti, Zuhrah dan Regulus akan berada paling hampir antara satu sama lain, iaitu 22 arc minit. Ini bersamaan kurang separuh dari saiz diameter bulan! Ini bermakna anda akan dapat melihat kedua-duanya di dalam satu medan penglihatan yang sama sebuah teleskop berkuasa rendah!

Pada 10 Okt pula, Bulan akan melintasi kawasan ini, dan bersama-sama Zuhrah dan Regulus, membentuk satu segitiga cakah yang indah, di mana Regulus akan berada di antara Bulan dan Zuhrah.

11 Okt, Bulan akan berada kurang 4 darjah ke kiri bawah dari Zuhrah. Satu lagi susunan menarik untuk astrofotografi!

Menjelang akhir bulan Oktober, Zuhrah akan kelihatan semakin rendah ke kaki langit, dan menuju semakin hampir ke planet Musytari. Pastikan jangan lupa bulan hadapan (5 Nov) , di mana Zuhrah dan Musytari , 2 buah planet tercerah di langit, akan berada begitu hampir antara satu sama lain, dan akan kelihatan seperti sepasang bintang kembar yang bersinar terang di awal pagi bulan Ramadhan!

Marikh
Planet Marikh mula muncul kembali ke langit sebelah pagi. Namun ia masih terlalu kelam dan hampir dengan matahari untuk menarik sebarang perhatian daripada kita. Akhir bulan ini, Marikh sudah menjarakkan diri dari matahari sejauh 14 darjah.

Musytari
Musytari memulakan kempen bulan Oktober ini dengan muncul kembali ke langit sebelah pagi. Ketinggiannya akan bertambah dari sehari ke sehari. Menjelang minggu ke-3 bulan Oktober, sekitar jam 6.30 pagi, planet ini sudah berada pada ketinggian 14 darjah, cukup tinggi untuk menarik perhatian kita. Planet ini walaupun ketika ini berada di 'sebalik' matahari nun jauh di sebelah 'sana' sistem suria, ia masih bersinar dengan terang kerana saiznya yang sungguh besar membalikan begitu banyak cahaya dari matahari. Nantikan juga kemunculan planet Zuhrah berhampiran dengannya pada bulan hadapan!

Zuhal
Zuhal akan berada menghabiskan masanya sepanjang bulan Oktober berdampingan dengan bintang 'kembar' Castor dan Pollux di dalam buruj Gemini. Ketiga-tiga objek ini akan membentuk satu garisan yang hampir lurus, dengan Zuhal berada di kanan sekali, diikuti bintang Pollux dan Castor di kiri sekali. Pandang ke arah mata angin Timur dan sedikit ke kiri.

Pada 7 dan 8 Okt, Bulan akan berada di sekitar kawasan ini, membentuk satu formasi cakerawala yang begitu indah.


Uranus
Planet Uranus, walaupun amat sukar untuk dilihat dengan mata kasar, ia boleh dikesan menggunakan binokular dan sebuah carta bintang yang bagus. Ia berada pada bermagnitud 6 di dalam buruj AQUARIUS. Hanya binokulars mampu menjejaki lokasi planet ini. Teleskop berkuasa tinggi akan menunjukkan ia kelihatan seperti bintik BIRU KEHIJAUAN. Di dalam buruj AQUARIUS.

Neptune
Planet Neptune (mag 8 ) hanya boleh dlihat dengan mudah dengan teleskop. Dan kini ia berada di tinggi di langit sekitar Isya' dalam buruj CAPRICORNUS. Hanya binokulars mampu menjejaki lokasi planet ini. Teleskop berkuasa tinggi akan menunjukkan ia kelihatan seperti bintik BIRU

Pluto
Planet Pluto sekarang berada tinggi di langit sekitar Isya', di dalam buruj OPHIUCHUS dan bersinar pada magnitud 14 !! Sekurang-kurangnya teleskop 8 inci dan berbekalkan langit yang gelap dan bebas dari pencemaran cahaya diperlukan untuk menjejaki planet ini!
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1725


shahgazer
« Reply #1 pada: October 02, 2004, 11:37:28 PM »

Untuk mendapatkan senarai lengkap fenomena cakerawala lain, boleh terus lihat menerusi laman utama di http://www.falak-online.net

ataupun

ke ruangan Kalendar di  http://www.falak-online.net/forum/cal_lite.php?cl_m=10&cl_y=2004
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.103 seconds with 20 queries.