My bad...

Minta maaf, salah saya rupanya. Light frames ambil guna Ixus 60 lepas tu dark dan offset frames ambil guna Powershot 570. Kamera yang berlainan mesti ccd profile yang berbeza.

Tapi saya baru jumpa link dalam internet untuk kita tahu samada kamera kita ada built-in dark frame subtraction atau tidak. Semasa ambil gambar, cuba guna exposure time yang agak panjang katakan 5 saat. Kemudian ketika anda tekan shutter button, lihat pada lensa kamera anda. anda boleh nampak iris kamera anda terbuka selama 5 saat kemudian tutup selama 5 saat juga (ketika ini dark frame diambil) kemudian baru anda boleh ambil gambar seterusnya.
Fungsi dark frame subtraction ini adalah untuk mengurangkan noise yang terhasil dalam gambar. Jadi saya rasala.. kebanyakkan consumer camera yang ada noise reduction kebanyakkannya ada proses dark frame subtraction ini. Jadi tak perlulah nak ambil lagi dark dan offset frames untuk exclude dari light frames.