Assalamualaikum
Pagi tadi, Alhamdulillah keadaan langit agak OK, walaupun ada juga awan sana sini, tapi awan ni jenis rendah dan bergerak dengan laju.
Sekitar jam 6 pagi, saya terlihat sebiji 'bintang' yang cerah di atas bumbung rumah jiran saya. Pada awalnya saya sangkakan planet Zuhrah, tapi bila saya keluar menuju ke tengah jalan sikit, baru ternampak Zuhrah, yang jauh lebih cerah dari Musytari.
Memang indah betul pasangan planet ini, seolah-olah macam kapalterbang yang terbang sederet! Kecerahan dan proximity kedua-dua planet ini memang sukar untuk diungkapkan menerusi perkataan, dan jauh sekali mampu direkod menerusi kamera. Hanya dengan kita saksikan sendiri dengan mata kepala kita barulah kita benar-benar appreciate keindahan objek samawi ini!
Imej di bawah saya ambil menggunakan kamera digital Sony FD97. Dari imej ini dan dibandingkan dengan imej yang saya ambil pada 4 Nov lepas, (rujuk
http://falak-online.net/forum/viewtopic.php?p=122 ) jelas kelihatan pergerakan planet-planet di langit.!



Imej di bawah jelas kelihatan bintang gamma Virginis, sebuah bintang bermagnitud 3.45 yang terletak di dalam buruj Virgo. Bayangkan cahaya dari bintang ini mengambil masa 39 TAHUN untuk sampai ke Bumi, manakala cahaya dari planet Musytari mengambil masa lebih kurang 52 MINIT untuk sampai, dan cahaya dari Zuhrah mengambil masa 11 MINIT untuk sampai ke bumi!


