|
DinPerak
|
 |
« Reply #4 pada: April 17, 2009, 08:17:09 AM » |
|
Salam semua sahabat2 kat Falak Online ni. Teman terpanggil jugak untuk menaip sikit pandangan yang teman tau tentang falak dan astronomi.
Falak adalah satu ilmu yang sangat luas yang merangkumi daratan, lautan, langit dan bumi. Baik dari sudut kaedah penentuan waktu, peredaran bulan, pasang surut air, arah pucuk pokok didalam hutan, kocakan air di kolam, formasi awan yang berbeda-beda, arah mata angin, kekerapan turunnya hujan, bintang 12 dan macam-macam lagi. Begitu juga dengan apa yang dikaji didalam ilmu astronomi.
Walaubagaimanapun, sebilangan besar manusia telah memahami bahawa astronomi adalah ilmu kaji bintang. Maknanya tidak keterlaluan untuk saya nyatakan di sini bahwa, ilmu astronomi telah masyhur dikenali sebagai satu ilmu yang hanya mengkaji bintang, planet, objek2 cakerawala dan apa sahaja yang terbentang dilangit. Berbeza dengan astrometri dan astrologi. Walaupun antara ketiga-tiganya mempunyai hubung kait di antara satu sama lain.
Begitu juga dengan peranan yang dimainkan oleh nama "falak syarie". Secara ringkasnya, adakah falak itu ada yang tidak "syarie"?? Mengapa sebilangan besar masyarakat di malaysia terutamanya, lebih mengenali falak syarie berbanding ilmu falak itu sendiri. Namun, kita tidak boleh mengenepikan mengapa nama falak syarie itu diberi. Ia tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membezakan antara aktiviti falak, yang berkaitan dengan ibadah fardhu seperti waktu solat, arah kiblat, bila nak puasa, BILA NAK RAYA dan yang paling digemari untuk dipertikaikan adalah isu kenampakan anak bulan. "Kita sudah membuat kiraan bahwa hilal tidak kelihatan, maka jika pada hari ini hilal kelihatan, ia tidak boleh diambil kira" <-- antara kenyataan yang pernah saya dengar di kalangan orang yang 'ahli' dalam bidang tersebut.
Andaikata di sini saya ingin mengajak sahabat-sahabat sekilan untuk sedikit berfikir, dimanakah kewajarannya membezakan antara "falak" , "astronomi" dan "falak syarie", maka apakah kesimpulan yang dapat anda semua rumuskan.
WaAllahua'lam.
|