|
shahgazer
|
 |
« pada: April 16, 2009, 10:56:56 PM » |
|
Assalamualaikum
Sebentar tadi baru sahaja berjalan-jalan sekitar pantai Bayu Beach, Port Dickson bersama anak isteri. Kami disajikan dengan langit yang penuh dengan bintang dari satu penjuru ufuk ke penjuru ufuk yang lain. Tidak pernah ku berpeluang melihat keadaan seperti ini dari langit PD sebelum ini.
Orion sedang perlahan-lahan menuju ke ufuk barat, bagai sang pemburu sedang melabuhkan pedangnya, kilauan Mintaka, Alnitak dan Alnilam terus memanah tepat menuju lokasi kiblat, Makkah Al-Mukarramah.
Sang Sirius, dengan cahaya berumur 8 tahunnya itu, gagah mengiringi Sang Pemburu, perlahan-lahan melabuhkan gagasan Canis Majornya dengan seribu satu ceritera.
Langit selatan pula ditaburi dengan puluhan malah ratusan bintang-bintang bermagnitud 3 ke atas, sambil cahaya lembut Bima Sakti terus setia menjadi latar belakang kawasan ini. Argo Navis, buruj purba gergasi sememang cukup besar dan megah menerangi lautan selatan.
Crux bersama si Alpha Centauri, seolah-olah berpakat menjengah meninjau-ninjau kehilangan sang pemburu di barat.
Sambil mendongak ke atas, anak-anakku disajikan dengan Singa Besar, Leo sambil Zuhal terus kekal mengganggu-gugat formasi Leo yang biasa kita lihat.
Biduk terus hebat melibaskan pasangan bintang Merak dan Dubhe, ke arah bintang Al-Qutbi yang terus dihambat pokok dan bukit-bukau.
Mata kami akhirnya berakhir ke Arcturus, bintang ke-4 tercerah di langit, yang turut tidak mahu kalah silauannya dengan sang Sirius, Canopus dan Alpha Centauri di langit selatan.
Peralatan 'perang' hampir-hampir diheret keluar dari kereta, namun keselematan keluarga terpaksa diutamakan. Ramai pulak orang yang bukan orang berpelisiran di pantai malam ini. Namun, ada juga hikmahnya, kerna jika tidak berlaku demikian, tidak mungkin saya dapat menyapa kembali "sahabat-sahabat" lamaku sepertimana bermulanya pengembaraanku hampir 29 tahun yang lalu. yadaa yadaa yadaa... waktu untuk tidor..
|