Sekarang tak perlu guna illuminated eyepiece.
Kamu boleh guna webcam dan guide dog untuk buat alignment.
Langkah2 -
1) fokus pada satu bintang yang sederhana cerah di zenith.
2) masukkan webcam dan pastikan bintang ada di dalam FOV webcam (guna guidedog dan focus mode dulu untuk pastikan bintang didalam FOV)
3) pastikan webcam align dengan axis mount (RA - atas/bawah DEC - kiri/kanan)
4) tekan butang focus sekali lagi untuk batalkan mode ini.
5) tekan butang preview
6) tekan butang lock dan pilih bintang tadi
7) hanya tumpu pada nilai dY (abaikan dX)

lihat pergerakkan nilai dY. Anda perlu tahu berapa lajunya nilai ini bertambah
9) buat adjustment pada polar axis (hanya teka sama ada ke kanan atau ke kiri - don't worry to just do assumption)
10) semasa buat adjustment, pastikan bintang tadi letak balik ke dalam FOV. jangan adjust sampai hilang.
11) selepas buat adjustment - ada dua kemungkinan.
- pergerakan bintang lebih perlahan
- pergerakan lebih laju
12) kalau lebih perlahan, adjustment tadi dah betul. buat lebih adjustment hingga pergerakan bintang jadi sangat perlahan. Kalau pergerakan bintang jadi terbalik, maksudnya terlebih adjust.
13) kalau bintang bergerak lebih laju, adjustment tadi silap. Tukar arah
Buat adjustment hingga bintang tak berganjak lebih dari 4 arc sec selepas 1 atau 2 minit.