February 05, 2012, 08:20:35 AM
News: Jangan lupa untuk activate akaun pengguna anda sebaik sahaja anda selesai melakukan pendaftaran. Anda perlu reply email yang dihantar.
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Jom periksa Arah Kiblat sekali lagi ... 28 Mei 2010 ini..  (Read 2043 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1606


shahgazer
« pada: May 26, 2010, 09:49:39 AM »

Assalamualaikum

Sekali lagi matahari dan bumi berada pada kedudukan yang cukup unik, dan sudut yang cukup tepat dan sesuai bagi umat Islam untuk menyemak kembali arah kiblat kita.

Pada jam 5.16 PM , 28 Mei 2010 nanti (Jumaat ini), Matahari berada tegak di atas Kabaah di Masjidilharam Mekah. Fenomena yang dikenali sebagai istiwa matahari ini merupakan satu anugerah Allah SWT yang diberikan kepada manusia di Bumi untuk kembali mengingati kebesaran dan kekuasaanNya mentadbir pergerakan apa yang ada di langi dan bumi untuk kegunaan manusia umumnya.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal"
"(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka"

(Surah Al-Imran: Ayat 190-191).
Rujukan Tafsir Qur'an Per Kata: Dr.Ahmad Hatta, MA.

Ada yang bertanya, mengapa bersusah-payah berjemur tengah panas mencari kedudukan kiblat, lebih baik guna kompas.

Jawapan agak mudah. Kompas berfungsi berdasarkan medan magnet bumi. Namun, jika ada sumber medan magnet yang berdekatan (seperti besi, tv dll) , penunjuknya akan terpesong dan menunjuk ke arah lain. Jika kita tidak berhati-hati ia akan memberi kesan kepada arah yang hendak dicari.

Objek-objek di angkasa merupakan sebaik-baik petunjuk arah kerana ia tidak terpesong walau sedikit pun.

Ini semua  kerana jaminan Allah SWT yang telah diberikan dalam ayat Quran di bawah:

“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari kedua-duanya itu beredar (yasbahun) dalam falaknya.” (Surah al-Anbiya: 33)

“Dan bukan matahari mendahului bulan dan bukan juga malam mendahului siang. Mereka beredar (yasbahun) dalam falak sendiri.” (Surah Yaasin: 40)

Maka itu, buanglah perasaan ragu-ragu anda. Teknologi yang sedia ada ini semuanya berasal daripada keadah ukuran yang dibuat oleh ilmuwan terdahulu.

Dr.Baharuddin Zainal (UDM) menjelaskan di dalam artikel "Arah Kiblat: Isu Istiwa Adzam" di laman web UDM, bahawa kaedah falak tradisional ini lebih 'mesra pengguna', dan mudah untuk dipraktikkan. Malah kaedah istiwa matahari ini telah diketahui lebih 3000 tahun dahulu!

Kembali kepada fenomena yang akan berlaku Jumaat ini, tepat pada jam 5.16 PM, matahari akan bergerak dan berada pada kedudukan tepat di atas Kaabah. Jika kita berpeluang berada di Masjidilharam ketika itu, kita akan lihat Kaabah (serta apa yang berdiri tegak di persekitarannya, seolah-olah tidak ada bayang-bayang.

Ketika itu, waktu di Mekah ialah 12.16 tengahari.

Oleh itu, pada saat itu, jika kita di Malaysia pandang ke arah matahari, bermakna kita sedang menghadap tepat ke arah kiblat.

Cara untuk menentukan kedudukan ini ialah dengan menggunakan bayang-bayang tiang atau dinding bangunan atau apa-apa yang tegak 90 darjah sebagai panduan. Garisan bayang-bayang yang terhasil akan terarah tepat ke Mekah.

Pada tahun 2007, saya telah menghantar sebuah powerpoint menunjukkan kaedah mudah menentukan arah kiblat tersebut. Alhamdulillah, saya dapati selepas itu, ia telah ditukar format di PDF oleh hamba Allah yang tidak diketahui dan tersebar luas dari tahun ke tahun. Semoga Allah SWT merahmati usaha sesiapa sahaja yang menyebarkan maklumat itu untuk kebaikan semua.

Jika berminat, boleh juga muat turun di SINI.

Oleh itu, jangan berlengah lagi. Jom kita periksa sekali lagi arah kiblat pada 28 Mei ini.

NOTA: Fenomena yang sama akan berulang pada 16 Julai 2010, jam 5.28 PM.

Wallahualam









« Last Edit: May 26, 2010, 10:25:51 AM oleh shahgazer » Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
imrangazer
Kapten Sistem Solar
***
Offline Offline

Posts: 64



Email
« Reply #1 pada: May 28, 2010, 05:18:57 PM »

Huhu kat sini Puchong hujan, tak dapat la nak semak arah kiblat....
Logged
lithium72
Amatur
*
Offline Offline

Posts: 1


Email
« Reply #2 pada: June 12, 2010, 06:19:04 PM »

Betulkah Arah Kiblat Kita ?

Assalamualaikum

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal"
"(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka"
(Surah Al-Imran: Ayat 190-191).

“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari kedua-duanya itu beredar (yasbahun) dalam falaknya.” (Surah al-Anbiya: 33)

“Dan bukan matahari mendahului bulan dan bukan juga malam mendahului siang. Mereka beredar (yasbahun) dalam falak sendiri.” (Surah Yaasin: 40)

Adakah setiap kali muncul istiwa kita kena menentukan arah kiblat dan menukar arahnya sedikit untuk membetulkan arah kiblat kita..bukankan Allah telah berfirman  :

"Dan (satu keterangan juga bagi mereka)matahari,ia berlari(beredar)sehingga tempat tetapnya,itulah takdir (aturan Allah) Yang Maha Perkasa la Maha Mengetahui (Surah Yaasin:38).

Apakah para ulama kita dulu telah salah menentukan arah kiblat...saya lihat sendiri di masjid tempat saya, arah kiblat sudah beralih sedikit beberapa darjah. Allahuakbar…walaupun arah matahari telah berubah(jika benar-benar berubah),Kaabah tetap tidak berubah di posisinya di atas muka bumi..cuba kita ambil globe atau peta dunia,buat satu garis lurus dari Malaysia ke Kaabah dan kita pusingkan atau terbalikkan globe atau peta dunia itu..adakah kedudukkan kaabah itu berubah? Pasti tidak bukan…?

Memang benar matahari digunakan untuk menetapkan arah kiblat,tetapi jika  latitude matahari sudah berubah(jika benar-benar berubah) patutkah kita mengikut  arah matahari..sedangkan latitude Kaabah tetap tidak berubah di muka bumi ini.
 

Wallahualam
Logged
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1606


shahgazer
« Reply #3 pada: June 12, 2010, 07:40:57 PM »

Assalamualaikum & dan selamat berforum di FO

Interesting.

Soalan sikit:

1. Arah kiblat beralih sedikit di masjid sdra tu, apa kaedah yang dibuat yang menyatakan ia sudah berubah beberapa darjah?

Setiap tahun kita meraikan fenomena yang cukup indah, yang melibatkan langit dan bumi. Ketepatan posisi matahari tepat di atas Kaabah 2 kali setahun merupakan satu anugerah Allah SWT kepada manusia di muka bumi untuk menyaksikan sendiri betapa hebat dan jitunya perhitungan pergerakan langit, bumi sehingga kita boleh mengambil iktibar daripadanya.

Dari sudut ilmu Falak itu sendiri, secara tidak langsung, orang ramai yang ambil endah tak endah kejadian langit bumi, tiba-tiba mula berminat dan hendak ambil tahu.

Kita ni , manusia sering lupa. Kadang-kadang memerlukan sesuatu kejadian yang 'pelik' untuk kembali beringat.

Surah yang sdra quote kan tadi, (Surah al-Anbiya: 33)(Surah Yaasin: 40)(Surah Yaasin:38).

Semua memang jelas menunjukkan bahawa pergerakan objek-objek samawi memang tepat 100% dan tidak perlu ragu-ragu. ... sampailah ketika Kiamat berlaku..



Adakah setiap kali muncul istiwa kita kena menentukan arah kiblat dan menukar arahnya sedikit untuk membetulkan arah kiblat kita..bukankan Allah telah berfirman  :

"Dan (satu keterangan juga bagi mereka)matahari,ia berlari(beredar)sehingga tempat tetapnya,itulah takdir (aturan Allah) Yang Maha Perkasa la Maha Mengetahui (Surah Yaasin:38).


Hakikatnya, bukan lah aktiviti 2 kali setahun tu, bermaksud arah kiblat berubah. Kaabah tetap di Makkah. Malaysia tetap di Asia Tenggara.

Yang berubah tu selalunya tandaan kiblat yang berada di rumah kita, opis ke, surau, masjid. Tandaan itu berkemungkinan akan terubah, samada sengaja atau tidak sengaja.

Contoh: confident ke tandaan arrow kiblat yang lekat kat siling surau awam tu betul? Mungkin pernah terjatuh, dan diletak kembali dalam keadaan herot sedikit dari keadaan asal..

Pernah saya solat di surau R&R, dah habis beri salam, baru perasan Arrow tu sudah corner 90 darjah!!. Yang lagi haru, habis semua sejadah dalam surau tu sudah di'adjust' ikut arah Arrow tu...

Banyak juga kes surau-surau yang di-check oleh pihak berwajib (seperti Unit Falak negeri), arah kiblat salah, senget kiri kanan. Bukan pasal matahari sudah lari dari kedudukan ke, tetapi kecuaian kontraktor atau pihak yang jaga surau tu.

Maka, hebatlah fenomena 2 tahun sekali ini. Allah bagi peluang bagi kita, yang memang bukannya ahli juru ukur ke,atau ada peralatan seperti teodolit ke, untuk check tandaan arah kiblat kita masing-masing dengan hanya guna matahari dan bayang-bayang yang dihasilnya. Free of charge!

Wallahualam.



« Last Edit: June 12, 2010, 07:44:04 PM oleh shahgazer » Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.094 seconds with 20 queries.