May 24, 2012, 01:28:53 PM
News: Portal Falak Online sedang menjalani proses pengubahsuaian dan penyelenggaran tahunan. Harap Maaf atas segala kesulitan yang mungkin berlaku
Pages: [1]   Go Down
Print
Author Topic: Lokasi kedudukan komet MACHHOLZ sehingga pertengahan Jan 05  (Read 1204 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
shahgazer
Administrator
Pengembara Semesta
*******
Offline Offline

Posts: 1725


shahgazer
« pada: December 24, 2004, 07:23:58 AM »

Assalamualaikum wbt



Saya sertakan di sini peta panduan untuk menjejaki komet MACHHOLZ yang
kini sedang memancar pada magnitud 4.1 !!!

SILA KLIK DI SINI

Kalau diikutkan kecerahan
ini, ia mudah dilihat dengan mata kasar dari kawasan langit yang gelap,
jauh dari bandar, seperti di kampung-kampung, tepi pantai, etc etc.
Namun, jika kita duduk di bandar dan langit bebas dari awan, ia mudah
diilihat dengan binokulars.

Peta yang disertakan ini, menunjuk langit apabila kita pandang arah
TIMUR sekitar jam 9 malam.Ketika itu, buruj Orion sudah berada di atas
kaki langit TIMUR dan mudah untuk dikenalpasti. Pada 23 Dec, komet ini
berada di dalam kawasan buruj ERIDANUS. Ia akan bergerak perlahan-lahan
ke arah UTARA, merentasi kawasan "atas" buruj ORION.

Menjelang tahun baru masihi, ia berada di dalam buruj TAURUS. Yang
menariknya, pada 7 dan 8 Januari, ia akan melintasi berhampiran dengan
gugusan bintang SEVEN SISTERS atau lebih dikenali sebagai PLEAIDES.

Apabila menjelang pertengahan JANUARI, ia bergerak jauh ke UTARA di
dalam kawasan buruj PERSEUS.

Komet MACHHOLZ ini jauh lebih cerah dari yang dijangka, dan besar
kemungkinan akan mencecah magnitud 3.6 pada minggu pertama JANUARI.
Logged

-Shah-
Owner & Founder of Falak Online
Personal twitter : twitter.com/shahgazer
Official Falak Online twitter: twitter.com/falakonline

*** if star moves NORTH, push the scope to EAST*** ... almost there!
Pages: [1]   Go Up
Print
Jump to:  

Page created in 0.138 seconds with 20 queries.